31 Ogo 2013

[SERIUS] “Ada Peminjam PTPTN Mahu Bunuh Diri”


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkongsi sebuah kisah tragis yang ditemui dalam soalan terbuka kepada responden dalam kaji selidik Keberhutangan PTPTN yang bermula pada 23 Ogos lalu.

“Banyak jawapan yang saya terima, ada yang memberitahu tidak makan kerana mahu membayar pinjaman.

“Ada satu kisah nak bunuh diri kerana gagal membayar PTPTN,” ujar ahli parlimen Pandan itu ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Perpustakaan MBPJ semalam.

“Pada mulanya saya gelak. Tetapi bila fikir balik, perkara ini sebenarnya serius,” katanya.

Menurut Rafizi, respon berkenaan diterima dalam soalan terbuka yang dikemukakan kepada peminjam bagi mengenal pasti apakah punca peminjam gagal membayar pinjaman.

“Kita tidak menyediakan pilihan. Sebab kalau tidak nanti orang ramai anggap kajian ini hanya bertujuan menepati kehendak KEADILAN sahaja,” katanya. -KDbr>

PKR lancar kaji selidik profail peminjam PTPTN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) merintis jalan memahami masalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan melancarkan satu kaji selidik keberhutangan golongan itu.

Kaji selidik ini wajar disertai semua peminjam PTPTN dengan mengisi satu borang kajiselidik yang boleh dicapai di laman www.siasatptptn.wordpress.com yang akan disebarkan melalui laman sosial dan blog.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, keputusan kajian ini akan dibentangkan dalam satu perjumpaan ‘tweetup#PTPTN’ yang akan diadakan 29 Ogos ini, jam 8.30 malam di Perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.

“Semua peminjam, aktivis anti-PTPTN dan pemimpin masyarakat turut dijemput hadir dalam ‘tweetup’ yang bertujuan menyusun gerakan anti-PTPTN dalam sebuah pertubuhan rasmi yang lebih tersusun.

“Sudah masanya peminjam-peminjam PTPTN membentuk satu pertubuhan lobi yang berpengaruh supaya mana-mana pihak berunding dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, bagi mengelak berulangnya peristiwa cadangan penyenaraian Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pagi tadi.

Rafizi berkata, sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaklumkan sebarang kajian khusus untuk memahami apakah faktor yang menyebabkan majoriti peminjam PTPTN menghadapi kesukaran membayar pinjaman PTPTN.

Antara faktor penting yang perlu dikaji sebelum satu langkah tersusun yang tepat dapat diambil seperti, profil pendapatan bersih peminjam-peminjam PTPTN, profail kejayaan mendapat perkerjaan yang setaraf dengan kelulusan atau jurusan dan profail kualiti IPTS yang membawa kesan kepada kemampuan seorang pemegang ijazah mendapat kerja.

Mengulas cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan nama peminjam PTPTN ke dalam CCRIS, Rafizi berkata cadangan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan BN begitu terpisah dengan realiti kepayahan hidup golongan muda yang dibebankan hutang PTPTN.

“BN tidak pernah berminat mendalami masalah keberhutangan golongan muda ini dan mengambil pendekatan kasar dengan memukul rata kononnya semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.

“PKR menggesa Datuk Seri Idris Jusoh supaya tidak lagi memandai-mandai mengumumkan langkah baru menekan peminjam PTPTN sehinggalah maklumat ini dikaji sepenuhnya dan dibentangkan di parlimen,” ujar Rafizi lagi.

Terdahulu pengumuman Idris untuk menyenaraikan nama peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman PTPTN di bawah CCRIS mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan.

Terdesak selepas menerima asakan teruk, Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam menolak cadangan tersebut.
-selangorku

5 ulasan:

cdinkb berkata...

Jika mahu benar-benar Malaysia berdaulat,menteri,MP,YB,mesti benar-benar berkorban demi agama,bangsa dan negara,bukan untuk pilihanraya atau kroni.Hentikan modul dan silibus kerja cara lama dan bina modul silibus lebih menjurus ke alam nyata bersama rakyat.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Mereka tak pernah merasa payahnya cari duit untuk belajar sbb mereka tdk pernah jadi bapa yg susah.mereka sebagai bapa sekarang ini ketika mereka sdh pnyai kdudukan pngkat dan kewangan yg kukuh untuk anak2 mereka..

mae berkata...

Dua-dua pihak (pemberi pinjam dan penerima pinjaman) kena jujur dan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

Masalah sekarang ramai lagi mahasiswa di luar sana yang menganggur atau dapat kerja tak seimpal dengan kelulusan. If you betul nak suruh orang yang bayar pun selesaikan masalah pengganguran baru you boleh cakap pasal bayar PTPTN.

Malangnya amalan pemberian kerja menggunakan kebal dan semakin meruncing di Malaysia apatah lagi PM kita suka beri kerja secara kebal kepada orang diaorang.

AMALAN MEMBERI KERJA SECARA KEBAL ADALAH TIDAK ADIL KEPADA MAHASISWA. SO PM MANA JANJI LU NAK KURANGKAN PENGANGURAN DI MALAYSIA???

Tanpa Nama berkata...

Orang politik khususnya BN,tak perlu bersusah payah. Tanpa melalui t/duga terus lantik jadi Pengerusi itu dan ini di bawah GLC walaupun tiada kelayakan. Betapa senangnya mereka.