31 Ogo 2013

Hormati Patriotisme, 51% Rakyat Undi Pakatan Rakyat


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam kepemimpinan negara.

Katanya, beliau juga curiga dengan ‘patriotisme’ pemimpin yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.

“Kalangan yang paling nyaring melaungkan ‘patriotisme’ selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr Samuel Johnson bahawa ‘Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat’,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini.

“Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah.

“Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47 peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru ini,” ujarnya.

Menurut Kit Siang, patriotisme bukan semangat yang boleh dipaksa-paksa tapi ia lahir dalam diri setiap rakyat.

Beliau bersetuju dengan Kee Thuan Chye yang menulis artikel terbarunya mengenai patriotisme dan kemerdekaan yang menyatakan ‘patriotisme’ adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa kecintaan terhadap negara, ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya’

“Saya berkesempatan menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri,” ujarnya.

“Saya rasa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam menyambut Hari Kebangsaan, Sabtu ini.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkenalkan undang-undang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Merdeka ini, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur dan mengakui kecewa kerana pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh mengibarkan bendera kebangsaan.

“Mengapa perkara ini boleh terjadi? sedangkan pada perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum ini dan selepas PRU-13, rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina berdiri bangga menyanyikan lagu kebangsaan, ini menunjukkan semangat patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara. Ini membuktikan semangat mereka belum lesap,” katanya. -Roketkini

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petriotisma harus dimulai dgn semangat jitu dan ikhlas oleh kepimpinan negara. Jika sikap dan tindakan mengepung hak rakyat,membelenggu setiap inci kebebasan luahan rasa rakyat seperti menarik royalti minyak, membantai perhimpunan aman,mencuri dgn mempelbagaikan kaedah saman trafik yg secara total memberi kesan langsung kpd rakyat,tidak dihentikan maka apa perlunya meminta kepedulian rakyat. Semangat petriotisma tetap membara pada setiap rakyat,tetapi fahamilah bahwa rakyat sekian lama membawa lara atas tindakan pemerintah yg berat sebelah. Rakyat faham,tidak semua kehendak rakyat dapat ditunaikan. Akan tetapi tindakan keterlaluan,penyelewengan berterusan & kronisma yg terang2an, membuatkan rakyat rasa tertipu dan terpinggir. Maka petriotik dalam bentuk manakah lagi yg perlu ditagih.

BaDiN berkata...

tak seharusnya umno saja yg ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan,padahal ada lagi pihak lain yg terlebih dahulu memperjuangkannya.Makna Kemerdekaan pihak lain adalah lebih bermakna dan lebih berdaulat jika Penjajah + umno tidak mengharamkan Parti parti Siasah berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Tadi saya ke HSBC bank untuk urusan kerja. Dihadapan bank berkibar bendera Msia, bendera Negeri dan bendera HSBC. Amat meyedihkan kerana ke3 bendera kelihatan amat lusuh. Mungkin lebih 10th tak berganti. Sebagai sebuah orginisasi keawangan yg gah dipersada dunia, tak mampu utk mengantikan bendera baru yg terlalu lusuh sehingga tidak kelihatan warna bendera yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Ada byk faktor rakyat memandang lesu perayaan kemerdekaan ini. Pada aku, faktor yang paling besar ialah kerajaan telah menyebabkan kos hidup tinggi dan terpaksa banyak berhutang. Kerajaan membuat dasar ini supaya rakyat tidak kesah kan langsung ttg kenegaraan kerana agar mereka lebih fokus kepada kelangsungan hidup. Apabila keadaan ini berlaku, ahli politik bebas membuat dasar gila apa sekalipun sbb rakyat dah x ambik peduli. Nak 'beraya' mcm mana jika keadaan dlm gundah gulana, x tenteram dan x gembira. Jika rakyat dalam keadaan sejahtera, barulah rakyat merasai akan nikmat kemerdekaan tersebut. Walaupun negara merdeka tp hakikatnya mereka dibelenggu@dijajah oleh beban hidup yang tinggi. Jadi sebenarnya kelesuan sambutan ini merupakan 'silent protest' kpd kerajaan yang mentadbir sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam GB..
Kemerdekaan bukan sekadar pembebasan dari penjajah namun Kita perlu memahami maksud kemerdekaan yang hakiki. Memang benar penjajah British sudah lama meninggalkan tanah air kita. . Namun hakikatnya, kehidupan rakyat masih lagi terus dijajah melalui sistem lama yang ditinggalkan oleh penjajah. Minda kita disekat dalam segala bentuk dgn memwujudkan berbagai akta ..Akta Rahsia Rasmi, Akta Auku dan sebagainya. Namun kemerdekaan dari penjajah telah diteruskan oleh bangsa kita sendiri dengan menopoli berbagai bentuk ekonomi di negara ini. UMNO sebagai tali barut mereka terus memesongkan pemikiran rakyat dengan pemikiran-pemikiran sekular.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Kemerdekaan bukan sekadar pembebasan dari penjajah namun Kita perlu memahami maksud kemerdekaan yang hakiki. Memang benar penjajah British sudah lama meninggalkan tanah air kita. . Namun hakikatnya, kehidupan rakyat masih lagi terus dijajah melalui sistem lama yang ditinggalkan oleh penjajah. Minda kita disekat dalam segala bentuk dgn memwujudkan berbagai akta ..Akta Rahsia Rasmi, Akta Auku dan sebagainya. Namun kemerdekaan dari penjajah telah diteruskan oleh bangsa kita sendiri dengan menopoli berbagai bentuk ekonomi di negara ini. UMNO sebagai tali barut mereka terus memesongkan pemikiran rakyat dengan pemikiran-pemikiran sekular.

Tanpa Nama berkata...

Erti petriotisma antara lain adalah kecintaan kepada Negara. Tapi apalah maknanya sebelum ini rakyat dibekalkan dgn selendang *I LOVE PM* yg tak pernah2 dibuat zaman pemerintahan PM terdahulu. Tiba hari 31 Ogos baru nak minta rakyat cintakan negara?

Andre Irwan berkata...

PATRIOTISM ...
Bagaimana rakyat nak merasai patriotisme jika pemimpin negara hanya melaungkan patriotisme pada mulut dan bukan mengamalkan pada pentadbiran?
Patriotisme bukan semata-mata merainya pada hari merdeka saja, malahan ianya melibatkan tata cara hidup kita setiap-tiap hari.
Patriotisme ... cintai negara.
Adakah pemimpin mencinta negara kita yang dalam termasuk rakyat?
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, depa tak rasuah.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, depa tak "perkena" rakyat dengan membeli barangan nasional yang harganya lebih mahal.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, depa tak tipu dalam pilihan raya.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, depa tak mengamalkan ciri-ciri perkauman dalam pentadbiran mereka.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, depatak terlibat kes-kes jenayah maupun moral.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, rakyat didahulukan (bukan laungan saja).
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, tiada kronisme.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, mereka tak jadikan harta negara macam harta mak bapa depa.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, ... depa letak jawatan bila berlaku penyelewengan dalam pentadbiran mereka dan bukan menyalahkan orang lain.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, sudah tentu pemimpin BN malu nak menjejaki PUTRAJAYA sekarang.
Kalaulah pemimpin negara bersifat patriotisme, .......
Sayangnya, pemimpin yang ada sekarang memang tiada patriotisme sebab meneruskan penipuan dan penindasan pada rakyat yang tidak menyokong mereka.
Satu lagi persoalan yang timbul, setiap kali tajuk ini disebutkan, seolah-olah hanya askar dan polis sahaja yang bersifat patriotisme???? Bagi aku, depa tu bukannya patriotisme sangat tapi ... ... faham.
Kemerdekaan Negara ... UMNO terlibat secara keringat dan darah. Buat malu saja, pernah kita dengar ada pemimpin UMNO yang terbunuh semasa memperjuangkan kemerdekaan??? Tok Kenali itu ahli UMNOkah? Datuk Bahaman itu ketua bahagian UMNOkah? Dr Burhanuddin tu Presiden UMNOkah? ... Yang ni pun nak tipu .. masih nak berbicara tentang patriotisme. Dasar munafikun.... la ditambah dengan yahudism ...endless possibility.

Tanpa Nama berkata...

Semangat patriotik kini luntur seluntur jalurgemilang yg tak pernah berganti di kebanyakan premis dan pejabat kerajaan dan luntu selunturnya bila mana rakyat semua kaum yg berada dlm negara yg dikatakan aman menghadapi berbagai kemelut hidup, dari pelajar sehingga yg berpencen menghadapi dan menaggung bebanan hutang dan sara hidup yg dikatakan negara yg kos sara hidup yg rendah, rakyat tertipu dgn berbagai transform yg di laungkan..percaya lah rakyat amat kecewa kerana kemerdekaan hanya untuk org UMNO dan kroni2 sahaja. segala hasil mahsul dan harta negara berputar dan berpusing org2 tertentu...kita masih lagi di jajah dgn minda Hakim Beruk...Satu untuk engkau ...dua untuk aku...Rakyat merana kemerdekaan tak wujud di hati rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Kalau rakyat berpuashati dengan kejayaan tatakelola yang baik,jenayah terkawal,sistem kehakiman boleh disandarharapan keadilan,pembiayaan pelajaran bukan perkara yang menakutkan pelajar dan ibubapa,rakyat asing tidak membanjiri negara dan berbagai kepincangan sepatutnya tidak ujud tidak berlaku maka rasa untuk merasa kemerdekaan sebenar muncul dihati rakyat,tidak payah dirayu-rayu.
Setakat yang nampak- jauh dari kenyataan,ekonomi mengundur salahkan parti lawan,pimpinan sekarang hanya tahu memerah keringat dari pendapatan rakyat,tahu macamana sambar projek dan songlap duit.Lantik pemimpin korup kemudian minta rakyat sambut 'MERDEKA'.Sedih lagi menyedihkan,malang lagi memalangkan.