Faktor hiburan keterlaluan dan proses ‘cuci otak’ yang dibuat melalui peranan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara punca sebahagian pengundi muda Melayu, keberatan menyokong Pakatan Rakyat.
Pengerusi Jingga 13, Fariz Musa, berkata rata-rata pengundi muda antara produk PLKN yang digunakan Umno BN untuk menabur propaganda dan fitnah terhadap Pakatan.
Menyifatkan ia sebagai antara punca peningkatan peratusan pengundi muda menyokong parti pemerintah, beliau berkata, dakyah sama juga disebar melalui pelbagai program kerajaan.
“Ia digunakan sebagai alat untuk melaksanakan propaganda dan persepsi negatif terhadap Pakatan,” katanya kepada TV Selangor dan tidak menolak kemungkinan, pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga sebagai faktor lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan kajian Merdeka Center yang menyatakan pengundi muda Melayu yang pertama kali mengundi, menyokong Umno BN.
Mengikut kajian itu, golongan muda menjadi kumpulan pengundi lebih besar dalam proses mengundi akan datang berbanding hampir dua pertiga, atau 64.7 peratus pengundi muda yang berdaftar tahun ini.
Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail pula menyalah media tempatan yang banyak menyogok golongan muda dengan hiburan keterlaluan bagi mengelakkan mereka menyokong Pakatang.
Bagaimanapun, beliau percaya, kelemahan pada PRU-13 lalu khususnya berkaitan sokongan anak muda Melayu diatasi pada pilihan raya akan datang apabila mekanisme tertentu dibuat.
“Kita akan beri corak baru untuk mencari formula menawan golongan pengundi muda,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

1 ulasan:
Hiburan diutamakan, kebajikan dibahlulkan. Pemberian hiburan keterlaluan secara tidak langsung nak suruh orang muda bertuhankan hiburan dan sekaligus nak surah orang Muda pilih pekerjaan yang ada link dengan hiburan termasuk GRO sekaligus gejala maksiat terus meningkat dengan mendadak. Biasalah pemimpin beragama Melayu (Pemimpin beragama Islam takkan lakukan perkara sedemikian), kalau tak rosakkan akidah orang muda mana mungkin diaorang akan dapat undi. Fikirkanlah.
Catat Ulasan