Guru Besar Seri Pristana terima ugutan bunuh
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
Pada majlis yang sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - Bernama

Pemberi maklumat SK Seri Pristana lapor polis kerana diugut
Pemberi maklumat yang mendedahkan murid diarahkan makan di bilik persalinan sekolah kini berdepan dengan ugutan terhadap nyawanya.
Wanita yang memilih untuk dikenali sebagai Guneswari itu berkata, ugutan terhadapnya muncul di laman sosial Facebook - medium yang digunakannya untuk menunjukkan bagaimana SK Seri Pristana di Sungai Buloh melayan murid bukan Islam.
Bimbang dengan keselamatan diri dan anak perempuannya, Guneswari membuat laporan polis.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider antara ugutan yang diterimanya ialah ancaman untuk menculik dan mengurung dirinya dan anak perempuannya.
"Mereka tidak memperkenalkan diri dan saya takut mereka melakukan sesuatu kepada anak perempuan saya," katanya.
Mengingati kembali keputusannya untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.
"Bagaimana lagi saya hendak meluahkan keprihatinan saya. Mengapa mereka tidak boleh memahaminya," kata Guneswari.
Gambar yang disiarkannya di Facebook mengejutkan pengguna internet yang kemudian berkongsi gambar itu, dan akibatnya menyebabkan kekecohan di media sosial.
Sehingga petang semalam, gambar yang disiarkan itu menerima lebih 600 komen.
Ramai yang menyokong sementara ada juga pihak yang mengkritik dan mengugutnya.
Pengguna internet yang memberikan maklum balas negatif kebanyakannya membuat komen berbaur perkauman, meminta Guneswari dan ibu bapa bukan Islam yang lain menghantar anak mereka ke sekolah vernakular jika mereka tidak gembira dengan SK Seri Pristana, sekolah yang terbabit dalam kontroversi itu.
Seorang pengguna akaun Facebook dikenali sebagai Zainol Fitri memberi komen:`Jika kamu tidak suka, tukar sekolah. Ada sekolah Tamil, Cina dan sekolah nasional yang lain.'
Ada yang lebih teruk apabila seorang pengguna dengan nama Asmadi Axass memberita Guneswari untuk pulang ke tanah air asalnya dan jangan mengganggu bangsa itu.
Guneswari berkata, gambarnya dalam akaun Facebook digunakan oleh orang lain untuk menyebarkan khabar angin dan ugutan.
"Jika tiada tindakan diambil untuk menghentikan ugutan ini, ibu bapa tidak mahu lagi bercakap mengenai isu lain pada masa depan," katanya.
Guneswari bertegas menyatakan bahawa gambar yang disiarkannya itu tidak pernah menyentuh mengenai bangsa dan isunya hanya berkaitan kebajikan murid.
Beliau yang tertekan dengan kutukan itu berkata:"Keadaan kini memberikan tekanan emosi kepada saya dan semua ini sangat menyedihkan. Adilkah ini?" -TMI
5 ulasan:
bro kawan saya citer sekolah guna kantin sengaja dimain2 dan diperbesarkan oleh suratkhabar dan mediasosial cina. Kita patut baca penjelasan PIBG sekolah tuh hari nih... Sikap racist bangsa cina memang tak boleh dibuang. Kena sikit bangsa cina dianggap BESAU mengalahkan pembunuhan beramai2 secara sadis! Kalo mereka bertanggungjawab tentu mereka selidik dulu sebelum kepoh2kan tak tentu pasal.
Sekarang nih semua dah nak jadi macam utusan malaysia, terbit cerita bohong dulu lepas tuh baru timbul cerita sebenar.
Nampaknya sasaran BN agar kita berasing2 mengikut bangsa dan agama semakin jadi kenyataan. Teruk sungguh malaysia sekarang nih
Kadang2 rasa nak trgelak dgn sikap stengah individu rakyat Malaysia. Kerana kes murid diberi tempat makan sementara yg kurang selesa sikit,dah ugut bunuh. Macam dunia nak runtuh. Kes besar spt pencerobohan tentera sulu di Sabah,tak nak ambil bahagian mempertahannya ke?Khabarnya masih dlm berjaga2.
Puak umno bn puashati lah gamaknya isu perkauman yg dimainkan selama ini berhasil atas kebodohan rakyat malaysia tak kira le apa fahaman politik hasilnya idea yahudi ada hasilnya. Sampai mampospun umno bntetap jadi boss malaysia.
Berhati-hatilah Rakyat Malaysia. Itulah rentetan dari peristiwa "tsunami" yang disebut PM. Tak kan kerana hal ni saja, GB tu akan dibunuh. Jangan-jangan inilah rancangan puak munafikun agar rakyat kembali rasis. Maka akan berlaku sekali lagi 13 Mei dan puak munafikun BN akan berindaka sebagai HERO manakala PR akan disebut sebagai pengkhianat. Luka lama kembali berdarah. Yang bodoh ialah rakyat Malaysia yang marhein dan yang cerdik ialah puak munafikun BN ni.
Ni semua UMNO punya pasal. Tak nak hukum Islam dilaksanakan, 1Msia tak kena cara Islam, Allah tarik keberkatan pada Msia. One by one.
Masih tak sedar2 lagi ke?
Catat Ulasan