3 Jul 2013

Cium Tangan Rosmah Terus Dapat Jadi Pengerusi LUTH?


Tindakan Perdana Menteri melantik Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.

“Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro Umno mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai,” tulis pemerhati politik, Shahbudin Husin di dalam blognya, http://shahbudindotcom.blogspot.com.

Menurutnya, gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah pelantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.

Berikut tulisan penuh beliau.

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai. Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.

Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.

Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya.

Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.

Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.

Dr Latif Ahmad, Ahli Parlimen Mersing yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Johor dan timbalan menteri, hanya diberikan jawatan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad atau SPNB, sebuah syarikat milik kerajaan yang tumpuan khususnya lebih kepada projek perumahan kos rendah dan memulihkan projek terbengkalai.

Berbanding dengan Tabung Haji, SPNB jauh lebih kecil walaupun Dr Latif seorang yang lebih berpengalaman serta berpengetahuan dalam politik dan pengurusan.

Annuar Musa yang difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi MARA adalah tokoh hebat dari Kelantan dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kepandaiannya dalam mengurus menjadikan Persatuan Bolasepak Kelantan atau KAFA yang dikendalikannya kini menjadi kuasa baru dalam bolasepak negara dengan memenangi beberapa kejuaraan utama.

Tetapi beliau hanya diberikan jawatan Pengerusi MARA yang kini semakin mengecil peranannya dalam membantu orang-orang Melayu di bidang perniagaan serta pendidikan berikutan peruntukan kerajaan yang semakin dikurangkan tahun demi tahun. Lebih-lebih lagi setelah Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan oleh Najib pada 2009 lalu, MARA seolah-olah sudah tenggelam peranannya dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera.

Berbanding dengan Tabung Haji juga, MARA ternyata lebih keci meskipun Annuar Musa yang bakal dijadikan Pengerusi agensi itu adalah individu yang cukup pengalaman dalam politik, pengurusan serta banyak membantu rakyat di pelbagai peringkat sebelum ini.

Syed Hamid Albar yang pernah menjadi peguam dan berpengalaman sebagai menteri di pelbagai kementerian, apabila digugurkan daripada kabinet pada 2009, hanya diberikan jawatan Pengerusi SPAD yang secara kasarnya hanya menjaga bas, lori dan teksi saja. Bahkan pelantikannya sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum ini telah ditarik balik walaupun sudah menerima surat perlantikan itu.

Syed Hamid Albar juga dikenali seorang yang berintergeriti tinggi dan wibawanya diketahui ramai di dalam dan di luar negara. Dibandingkan dengan Tabung Haji juga, SPAD jauh lebih kecil dan seolah-olah tidak padan seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti beliau hanya ditugaskan menjaga bas, teksi dan lori saja.

Begitu juga dengan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan kini Ahli Parlimen Kubang Pasu, Johari Baharom yang dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat di JPM. Perlantikan beliau itu lebih kepada untuk memberi jawatan semata-mata sedangkan tiada peranan khusus walaupun pengalaman dan pengetahuannnya dalam politik dan kerajaan selama puluhan tahun sebelum ini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk peranan yang lebih besar lagi.

Jika dibandingkan dengan Pengerusi Tabung Haji, jawatan sebagai penasihat di JPM ini hampir tidak memberi makna kerana belum tentu ada nasihat Johari yang mahu diterima-pakai oleh Najib yang diketahui sudah pun mempunyai ramai penasihat sebelum ini.

Semua perlantikan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa semakin tinggi pengetahuan, pengalaman dan wibawa seseorang itu, semakin tidak penting dan kecil agensi kerajaan, GLC atau jawatan yang akan diberikan kepadanya manakala mereka yang tiada pengalaman, malah kewibawaannya dipertikaikan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan syarikat yang bernilai berbilion-bilion ringgit pula.

Dalam hal ini jika Tengku Razalegh Hamzah, seorang yang mempunyai wibawa, pengalaman dan pengetahuan yang lebih tinggi, pernah menjadi Menteri Kewangan, Pengerusi IMF, Pengerusi Bank Dunia dan pelbagai jawatan lagi serta berperanan menubuhkan Bank Bumiputra dan Petronas, mahu diberikan jawatan oleh Najib, barangkali jawatan yang akan diberikan hanyalah Pengerusi Persatuan Beca Se-Malaysia saja.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, dunia sudah nak kiamat, manusia yg munafik dilantik menjadi pemimpin. di pejabat sy pun sama, pengarah urusan saya org dato husni hanazdlah pun begitu juga. takpalah Allah Maha Kaya dan Adil.

Tanpa Nama berkata...

Kami ni berkira-kira nak tinggalkan cuma RM 10 je dalam tabung haji. Protes mamak patah tengkuk jadi bos tabung haji.

Tanpa Nama berkata...

Mmg betoilah mgkn Rosmah ni wanita paling berkuasa. Saper2 nak jawatan sila cium tangan dia, ke kaki dia gerenti dpt!

Tanpa Nama berkata...

Tuan...

Pembetulan... bukan LUTH tapi LTH saje...

tapi betullah jugak dibuangnya 'urusan' tu, sebab la nie, urusan jemaah haji bukanlah priority depa, yang penting 'masyuk'...

Tanpa Nama berkata...

Isa rasuah gadai felda,takada kaitan dapat saham lebih dari peneroka.Apa bala pula menimpa pada LUTH tunggu sajalah tak mungkin semakin baik,semakin jahanam ya.

bijak kancil berkata...

Bermula hari ini TH bertukar nama se
bagai LEMBAGA TABUNG HITAM/TABUNG ROSMAH..
supaya dapat guna dana bagi menutup
kepincangan/hutang negara yang dikhianati pemimpin um NO dn B angkai
N egara.Sepatutnya Prof dRAJA Ungku Aziz dilantik sebagai Pengerusi TH se
bagai hatgai jasanya dan buah fikirannya menubuhkan LEMBAGA URUSAN
DAN TABUNG HAJI

Tanpa Nama berkata...

Satu tabung yg boleh mengegarkan dunia kewangan Islam, tapi kalau pilih kaki bodek tak ada pengalaman kewangan dunia, habis LUTH.Ketua mesti orang warak dan didikan kewangan terbaik.Pasal itu syarikat kewangan atas nama umno tak maju.Jangan tipu,perogol budak perumpuan jadi boss Risda, perasuah, politik jadi boss felda, mb yg stadium banyak runtuh pun jadi boss untuk guna kan mereka agar minipu lagi. apa nak jadi Malaysia ini.Confirm mereka ini kaum munafik, hai umno bertaubat lah, selagi u bohong rakyat selagi dekat neraka Allah.Mengapalah org Melayu masih lagi buta hati.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Sebenarnya perlantikan Azeez Rahim sebagai pengurusi LUTH adalah perlantikan politik. Tidak lebih dari itu.Jika dilihat dari kepimpinan, banyak lagi pemimpin2 lain yang lebih layak dari beliau. Perlantikan Azeez sebagai Pengerusi LUTH tidak mengikut kriteria dan kelayakan sesaorang itu kpd agensi kerajaan yang diamanahkan. LUTH juga merupakan tempat tabungan terbesar umat islam. Begitu pun beliau tidak ada pengalaman dalam perniagaan dunia koporat yang boleh dipertikaikan, apa lagi LUTH yang mempunyai aset ribuan juta dgn rangkaian perniagaan di merata tempat di dunia malah menjadi tempat umat Islam menyimpan wang sebagai tabung menunaikan fardu haji ke Mekah. Jika LUTH hanya diamanahkan oleh pemimpin politik hanya untuk kepentingan pihak2 tertentu bukan dari golongan yg wibawa maka LUTH kemudian hari akan menjadi sebuah badan yang lemah dan tidak berkualiti dikaca mata umat islam. Kesimpulannya...semua sekadar perlantikan politik membalas jasa..

Tanpa Nama berkata...

Pertama dan utama taukah Pengerusi Baru LUTH ni menunaikan haji tu keMakkah bukan Bombay?

Tanpa Nama berkata...

hahaha... satu tugas yang diberi kepada bukan orang yang selayaknya... dunia akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Lantik yang BODOH, baru la mendengar kata, kalau yang CERDIK nanti pasti akan melawan. Duit LTH kan ada BILION-BILION jenuh nak kasi perabih.

SYABAS BARUA MACAI..

Tanpa Nama berkata...

maksud zalim itu adalah meletakkan ssuatu bkn pd tmptnya...