20 Jun 2013

[WASPADA] Jangan Mudah Terpedaya Dengan Kenalan FB


Marang - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. -SH

4 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

itulah padahnya.

Tanpa Nama berkata...

Bila berFB, sila elakkan berChatting. Itu sahaja ubatnya untuk tidak berlebihan.

Jangan gedik sangat. huhu

Tanpa Nama berkata...

FBkah, play online gamingkah atau apa juga yang seumpama dengannya telah banyak menyebabkan orang hanya tahu bersosial dengan komputer tapi dengan manusia langsung tiada dah. Mungkin perempuan dah tertipu sebab tak boleh beza dah sama orang itu baik ataupun tidak sebab kurang bersosial dengan masyarakat.

Lesson here nak main FBkah mahupun online gaming cuba ambil sikit masa untuk bersosial dengan orang pula. Insyaallah dengan sedikit bersosial dengan orang (bukan komputer) at least kita kenal sifat seseorang dengan lebih baik dan boleh buat pencegahan lebih awal kalau dah tahu orang itu macam mana serta mengenal sifat orang yang baik dan buruk dengan lebih jelas lagi.

عزازيل berkata...

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu).

Surah as syura :30