Laporan portal berita adil, kata CIJ pada menteri
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berpandangan, pertimbangan untuk mengawal media atas talian lebih kepada usaha untuk "menyekat perbezaan pendapat" daripada mengawal kualiti laporan.
Memetik kajian pemantauan media oleh Universiti Nottingham, badan itu berkata, media atas talian "menunjukkan prestasi terbaik" berbanding media cetak dan penyiaran yang dikawal.
Malah, menurut CIJ lagi dalam kenyataannya hari ini, sifat media atas talian yang tidak dikawal itu memberikan liputan dengan jumlah dan kualiti yang lebih kurang sama untuk BN dan Pakatan Rakyat.
Ini berdasarkan pemantauan yang dibuat semasa masa berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata NGO itu.
"CIJ percaya, faktor penyumbang utama bahawa media atas talian - tidak seperti media lain - tidak dikawal oleh kerajaan dan mempunyai lebih ruang untuk mengamalkan laporan bebas dan adil," kata CIJ.
Menteri komunikasi dan multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura.
Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada. -mk
K'jaan timbang kawalan untuk portal berita
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan kini sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan negara Singapura pada minggu lalu.
Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.
“Kini media sosial telah menjadi media aliran perdana,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Katana, kerajaan menjalankan kajian tersebut memandangkan negara Singapura yang dilihat sebagai negara yang lebih canggih melaksanakannya.
Tambahnya, peraturan yang dikuatkuasa di negara berkenaan akan meliputi portal berita untuk laman seperti The Straits Times dan Berita Harian di negara itu.
“Ia tidak akan menyentuh blog dan sebagainya,” katanya lagi. -mk
APA KOMEN PEMBACA?
5 ulasan:
org mcm ni sgt layak tggl dalam hutan spt kata Noh Omaq...
Kalau pasal nak sekat bukan main ko nk ikut singpore,tang transparensi,indeks jenayah x nak pulak si mat buih ni ikut..yg buruk ko jadikan tauladan yang baik ko buat sempadan..apa punya bangang!!!!!
contoh golongan puak2 yg xde kekuatan...ada kekuatan maknanya ada ilmu Dan golongan ini ramai dlm pakatan...jom teruskan menolak puak2 lemah Dari jd pemimpin...lawan tetap lawan....manjadda wajada.
sniper
sekat halaman porno dulu........ tu kerja wajib kau sabbery oii........ pemimpin umno pemimpin minda kelas ketiga..... macamana nak banding dgn Singapore ....pemimpin Singapore minda diorang kelas pertama.....tulah sebab walaupun x ada tanah tapi negara maju.....pemimpin Umno kena banyak membaca ....nampak kurang idea diorang niii
Anon 7:24 AM
Pemimpin Umno kelas pertama gak... pasal tanah no 1.. tu yang poket maju...
Catat Ulasan