28 Mei 2013

SPR Letak Jawatan Tak Memadai, Kena Penjarakan Macam Di Thailand Ini!


Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun

Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas.

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

“Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil,” demikian mahkamah memberitahu. “Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun.”

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut.

“Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin,” tambahnya.

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah.

“Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir,” kata Prinya . “Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

“Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan,” kata Thavor.

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa.

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut.

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang.

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Yang bersalah tetap akan terima padahnya.

Kes di atas berlaku semasa Thaksin menjadi perdana menteri di Thailand sekitar tahun 2006.

Seperti ia bakal berlaku di negara kita juga malah di Malaysia kesalahan Suruhanjaya Pilihanraya lebih dasyat lagi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, padam lampu, proses kiraan meragukan, peti undi ditemui di belukar dan berbagai-bagai kesalahan lain lagi yang telah dikesan.

Jka Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman ke atas pesuruhjaya pilihanraya negara tersebut, kita berharap keputusan yang sama nanti berlaku di negara kita. Biar terkencet ketiga-ketiga, pesuruhjaya, timbalan dan setiausaha membacanya dan boleh buat persediaan untuk tinggal di penjara.

Selepas itu, barulah PM Malaysia terima nasibnya sama seperti bekas PM Thailand yang bernama Thaksin itu.

Dah banyak kali GB pesan, jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu. Islam menyebutnya sebagai "sunnatullah" dan Allah menyatakan kamu tidak dapat melihat perubahan pada sunatullah itu!

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. - Al-Ahzab 62

Yang bersalah PASTI akan terima hukumanNya, tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Thailand ni lebih bermaruah dari UMNO...bahkan bukan Thais saja...pemimpin negara bukan Islam yg lain seperti Jepun, Australia dll lebih bermaruah dari UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bagusnya jika dapat dilaksana di sini,pesalah pro BN masih berkeliaran terus memudaratkan negara berlindung dengan kuasa.
Rakyat dah bosan dengan karenah BN.
Ketua SPR,JPN memang patut kena hukuman penjara,tiada penglibatan bidang sama selama hayat sebagai contoh dan pengajaran menjadi anjing suruhan,jika tidak mereka dengan selamba menganjingkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ORANG KAFIR PUN BOLEH MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MELAHSANAKAN PERATURAN YANG ADIL. MALU MALAYSIA NEGARA ISLAM??????? PENGUASA YANG DILANTIK HAPRAK BELAKA

Tanpa Nama berkata...

Tangkap semua parti korupt iaitu syaitan yang dikenali. Masukan mereka ke penjara.

Tanpa Nama berkata...

Demi melayu depa kata hahaha
Demi akidah depa kata hahaha (ini umpan yg paling mujarab tak caya tanya cedet) hahaha
Ini acuan kita, jgn ikut acuan org lain hahaha
Menipu demi kebenaran hahaha

Andre Irwan berkata...

Aku setuju dengan Anon May 28, 6.45.
Di tanah air "Malaysia Boleh", Melayu kita suka pada penyelewengan, permbohongan, persundalan, ....! Walaupun depa tahu bahawa Melayu kita ni berperangai macam setan tetapi atas nama MELAYU, tak pa lah, janji Melayu kita yang memerintah. Keadilan bagi Melayu di tanah air Malaysia Boleh ni ialah Melayu mesti memerintah walaupun tidak adil.
Selagi Melayu kita dok memerintah, tidak akan ada sinar keadilan di atas bumi Malaysia Boleh ni.
Sekali lagi aku cabar pada Melayu kita, tolonglah dirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU di atas Tanah Simpanan (Reseve)Melayu. Jangan berselindung di sebalik Islam. Jangan lupa ajak ustaz Zam ala Ka Zim.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat camne, selagi org Melayu boleh diperbodohkan selagi itulah mereka terus berkuasa. Org2 Thai dah mula nampak cerdik & mereka ada maruah & harga diri.

Tanpa Nama berkata...

Setuju anon 7.44
Alasan2 super bangang "demi melayu"
"nanti melayu kena sembelih cina"
"tanah melayu tergadai cina"
"melayu terpinggir mcm singapura"

Tak kuasa nak senaraikan lagi sebab melayu-umno-bangang ni sampai mampos masuk kubur memang takkan tukar pendirian ....jawablah besok dlm kubur depan malaikat nanti......

Tanpa Nama berkata...

apa nak jadi dengan Melayu bahalol siang malam hidup menongkat duit rasuah....sudahlah malas, otak bahalol, tahu tahu aje nak pau duit rakyat.

tak ada maruah melayu melayu jenis perasuah hidupkan bangsa aje, bukan tegakkan agama ALLAH SWT...

melayu melayu....