Laman web White House dipenuhi rakyat Malaysia tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.
Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.
Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.
Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.
Laman berkenaan bagaimanapun tidak memrlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.
White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.
Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.
Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).
BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan - di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan hati yang dakwa mereka telah ditipu.
PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.
PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini. -TMI
Ulasan GB
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.
Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.
GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.
Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.
Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!
14 ulasan:
lain kali bagilah link. saya pun nak sign petisyen
KENAPA JUMLAH PENGUNDIAN BOLEH BERUBAH?
Apa perlunya peti undi diusung & dihantar ke pusat pengiraan undi?
Objektifnya mudah, BN dgn kerjasama sekutu rapatnya SPR mempunyai ruang masa dgn boleh mengenalpasti keptusan tersebut samada perlu penambahan atau tidak undi pos, undi hantu dsb. Proses ini boleh dibuat semasa PENGHANTARAN peti undi ke pusat pengiraan undi dgn kawalan sepenuhnya oleh SPR - (Parti komponen BN). Sekiranya, pengiraan di pusat pembuangan undi telah menunjukkan kekalahan kpd BN, proses "top-up" boleh berlaku semasa proses penghantaran tersebut. Sekiranya majoritinya terlalu besar, agak sukar utk "top-up"kan & ini biasanya memberi kemenangan kepada PR. Sebaliknya, sekiranya majoriti yg agak sedikit, agak mudah BN membawa masuk lain2 peti undi.
Pasal tu seringkali kita melihat, undi awal telah dimenangi PR, tp bila pengiraan semula dipusat pengiraan undi, calon BN pula yg perolehi kemenangan! Pasal tu juga byk berlaku "blackout", pengiraan undi sampai 5 6 kali (tujuan tambah masa), kekecohan pertambahan peti undi dan pelbagai insiden yg tidak masuk akal bg tujuan “top-up” ini...
Bgitu juga dgn keputusan undi pos, kenapa ia tidak diumumkan terlebih awal, atau pengiraan slps tamat mengundi serta mewakili mana2 kawasan yg berkenaan? Ia menunjukkan, undi pos merupakan sbg penyelamat serta "bantuan" di mana2 kawasan BN yg hampir tumbang / tumbang.
HAKIKATNYA...
Pengiraan undi sememangnya boleh dibuat terus di tempat pembuangan undi selepas sahaja tempoh mengundi tamat. Ia dpt menjimatkan masa, kos & meningkatkan ketelusan. Di tempat pengundian pula, sudah mempunyai pegawai SPR, pegawai polis dan wakil2 calon yg bertanding serta proses pengiraan terus boleh dilakukan. Untuk tujuan pengesahan, borang 14 dikeluarkan. Oleh itu, apa perlunya, peti undi dihantar ke pusat pengiraan undi sedangkan keputusan telah diperolehi & disahkan? Apa yg perlu dibuat, keputusan sahaja yg perlu dihantar samada menerusi email, atau sistem SPR sendiri ke pusat pengiraan undi & BUKANnya beserta peti/kertas undi tersebut menerusi helikopter, teksi, polis even kenderaan SPR sendiri! Terlalu byk kecenderungan penipuan dalam proses tersebut - Pertukaran & petambahan peti undi / kertas undi.
Selagi proses angkut peti undi tidak dihentikan, & selagi SPR tidak dibersihkan, selagi itulah Pakatan Rakyat TIDAK AKAN dpt menawan putrajaya & selagi itulah rakyat terus ditipu & polisi negara akan terus ditadbir urus oleh perompak2 harta rakyat.
Nota ;
SPR sbg salah satu komponen parti dalam BN sbgaimana ;
1. Masa pengumuman “Parti kita telah memenangi Parlimen / DUN... – SPR”
2. Rata2 pegawai SPR adalah ahli UMNO..
BANGKITLAH KITA RAKYAT, SAYANGI NEGARA KITA – SAMA2 KITA PERANGI PENYANGAK TERMASUK SEKUTUNYA – SPR - (Suruhanjaya Penipu Rakyat)

dan lembu-lembu nfc akan berkata mereka-mereka ini adalah agen amerika! ini mesti semua salah anwar !
Suruh antarabangsa beri tekanan agar pilihanraya diadakan semula dan besihkan senarai nama pengundi....kalo tak mau.. Berikan tekanan ekonomi... Biar bn umno tau rakyat kita seluruh dunia menolak penipuan... Aku tak kesah PR kalah ke menang tapi biar cara adil dan kejantanan... Jangan biarkan telo kerajaan dipegang kak ros ... Jom ubah lagi dan ini kalilah !!..
Gambar kartun Najib sudah direndah rendahkan ke tahap kartun, apakah Najib ini seorang kartun atau Clown sehinggakan dibuat begini.....Presiden Obama semestinya sudah melihat kartun ini dan ketawa terbahak bahak.
Memalukan bangsa saja.
Bro, awat artikel kuan ping ang kena phishing? mana link utk petisyen ni? hang just share artikel ni ke tanpa usul periksa ke? dah2 la tu bro, buta mata takpe, jgn buta hati. duk suka sgt sebar maklumat yg sendiri xpasti kewujudannya,
Salam,
Whatever the case is, saya mmg sangat tak bersetuju kita babitkan pihak US dalam hal dalaman negara. US, macam kita sedia maklum, takkan tolong dgn ikhlas. Diorang ada agenda diorang sendiri, jgn kasik peluang pada diorang untuk masuk kacau negara kita!
Wassalam
https://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation
Sesuai betullah jika ada pemerhati luar/antarabangsa.Perkara seperti tidak boleh dibawa berbisik sesama kita dlm malaysia..apalagi apabila melibatkan umno yg sudah terkenal dgn salah guna kuasa,penipu besar dan penuh muslihat keji/kotor.Jangan sesekali biarkan diri utk percaya atau termakan kata-kata yg datang dari umno.Sekali pun..jgn berlembut.Teruskan DSAI.Hanya satu perkara yg boleh membuatkan umno patah taringnya iaitu penyokong PR jgn tinggalkan pemimpin-pemimpin PR berjuang sendiri, dan apabila himpunan penyokong-penyokong PR bersuara..pemimpin-pemimpin PR pun jgn biarkan penyokong-penyokong PR tak ada sokongan daripada pemimpin-pemimpin PR. Selebihnya ialah Seluruh Dunia harus diberitahu.Dan kebebasan itu wujud kepada bangsa manusia walaupun mungkin tidak bagi umno. Sokongan lagi teguh ku berikan buat PR dan DSAI.
Aku salah sorang yg telah sign petition tu dan sebar pd org lain. Aku dpt link drp response pembaca di blog ni lah. Aku puas hati i've done my part, bukan hanya pemerhati.
setelah 13 kali rakyat malaysia memilih kerajaan,masih tiada sop untuk pengiraan undi. sepatutnya pimpinan pr lebih memberi perhatian pada masalah utama ini. hari penamaan calon begitu ramai penyokong tapi bila tiba hari pengiraan undi dimanakah pergi para penyokong untuk mengawal proses pengiraan. ini lah yang kita terlepas pandang..
maaf sekadar menegur hangpa dari PR ni..awatla nak p mengadu kat Amerika tu. Sedangkan masalah palestin pun depa acuh x acuh. Fokuslah kekalahan, kaji kenapa kalah. Contoh di kedah, ir phalrolrazi dan Ust azizan bertelagah dan muhasabah balik. ada juga kesilapan dari kita. Jangan asyik menunding jari ja pada org lain..
Sapa ketua wanita keadilan yg kata Kerusi MB Selangor hanya untuk pkr?itulah silap dia tu.maaf kata, satu penjelasan yang tak bertanggungjawab.Pru14 nanti kami ada jawapan untuk orang yang tamak.. Apapun syabas Selangor kerana banyak kuliah Agama..teruskan kecemerlangan ini..
Catat Ulasan