Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.
Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.
Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?
GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.
Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka “tsunami Cina” yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.
Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.
Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.
Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!
Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.
"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.
"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.
Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.
“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.
“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.
Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.
Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.
Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.
Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini. -mk
35 ulasan:
Be a gentleman with dignity.
dulu bkn mahathir sja...tp menteri pun pressurre pk lah.....najib ni keras hati....dia tk malu jd pm hgga pru14
Melihatkan prestasi buruk BN yg menyaksikan jumlah popular votes, jumlah kerusi Parlimen dan jumlah kerusi DUN yg meningkat ketara kpd PR disebalik segala advantage dan tipu muslihat BN maka mungkin Najib akan serah kuasa kpd Tun M sebgai PM semula.
Undur Najib jgn tak undur. Bg peluanglah pd org lain pulak.
apa nak kelam kabut , selagi Dr Mahathir ada , selagi itu lah tak senang duduk. kan Dr M yang tubuh UMNO Baru yang ada sekarang nih...
bagi aje satu-dua minggu , pencen lah Najib.
orang orang Moodeen bukan nya bodoh , siang siang dah get ready. kena pulak budak budak opis Najib 5 orang kantoi , maka lagi senang lah Moodeen take over.
PM pengecut.Debat pilihan raya pon takut.Malu rakyat Malaysia mempunyai PM yang berani hanya di gelanggang sendiri.Hanya jaguh kampung.Depan tv 1 dan tv 3 suku cakap sorang-sorang boleh la.So.......gantilah dengan jaguh kampung yang lain pula.Kot- kot boleh bersabung dengan ANWAR.
hanya orang yang tahu akan dirinya akan mengundurkan diri tanpa tekanan dari mana-mana pihak...
anda rasa dia akan berbuat begitu ke demi kepentingan UMNO...
Takziah BN atas kemenangan mu melalui penipuan,penyelewengan,peras ugut,rasuah sana sini,penyalahgunaan kuasa jentera kerajaan,keluarkan modal yg amat mahal tapi menang tak bermaruah KPI merosot teruk.
Saluran 1 & 2 adalah penyumbang utama kpd kemenangan BN ditahun tahun mendatang pengundi pengundi di saluran saluran ini semakin pupus dan makin berkurangan .Jangan gundah gulana kerana saluran 3,4,5,6 akan menjadi penyumbang utama kecemerlangan PR dimasa masa mendatang terutama di PRU 14 dan seterusnya setelah saluran ini menggantikan saluran 1 & 2.Esok Masih Ada ,Insya Allah BN akan kecundang bila tiba masanya.Eratkan,Rapatkan,Persefahaman Mesti Jitu dalam saf kepimpinan PR dalam menuju Kemenangan.
Najib dah bagi gula-gula kat Cek Det. Anak dia jdi MB kedah...
So., Malaysia terlepas ke tangan PR ker? Give Najib another 5 year will cause what to this nation? Support Najib since he is not very matured with current politic situation. Najib ialah Pak Turut dari legasi lama.. Yang lama tur harus beri laluan pada cara baru..
Yer betul Najib dan tutup mulut orang tua nyanyuk tu dengan memberi jawatan Menteri Besar Kedah kepada anaknya.
Tempat aku saluran 4&5 221 pas vs 1210 bn, jgn ingat maklumat semua sampai kat anak muda... kena turun padang gak bukan takat bertempur di maya...mostly kawasan felda
Betul tu..awal2 dah beri gula2 kat Che Det..
Mau ka dia... (diucapkan dalam loghat utara)
Najib perlu berundur secara terhormat, kerana keputusan PRU 13, LEBIH TEROK DARIPADA pru YANG KE 12,YANG MANA KATA beliau keputusan yang paling terok dalam sejarah pilihan Raya di malaysia, yang mana Pak Lah ditendang keluar olih puak2 Najib. TS muhyudin, inilah peluang untuk tendang Najib.
cadangan saya najib patut serah kuasa kepada yg plg berhak iaitu puan datin Rosmah mansur
apa susah2..bagi jer Madey jadi yang dipertuan agung..dia kan nak tongkat dunia..bagi jer nanti senyap ler tu..xyah gaduh2
Klu najib berundur pom. Xnk la muhyidin jd pm. Koho parok kita.
mana aci nak tendang tendang pulak,kan tok jib dah istihar sehari sebelum pilihanraya mukhriz jadi mb kedah.apa plak nak suroh dia undor?.KAN TOK JIB DAH KATA YOU HELP ME JADI PIEM,I HELP YOUR SON JADI MB,TAK GITU?.
Apa beza antara kebanyakan pengundi Cina dan Melayu? Adakah DAP parti perkauman? Cuba ikuti ceramah DAP. Lepas tu banding pulak dengan tindakan UMNO/MCA/.... terutama bila UMNO hanya panggil kakitangan kerajaan yang berketurunan Melayu saja. Pernah menghadiri BTN? ... Banyak lagi ...
Inilah yang dikatakan umat akhir zaman. Orang Islam yang sepatutnya mengutamakan keadilan sudah diganti oleh orang bukan Islam. Orang yang mengaku Islam dah tak mampu melaksanakan keadilan sejagat, selalu dihasut oleh syaitan laknatullah. Apa beza antara orang Islam dan bukan Islam? Orang bukan Islam memang tak berpeluang memasuki syurga Allah swt walaupun sebaik mana dan seadil mana sekalipun tetapi bagi orang Islam yang memang berpeluang, tidak menggunakan peluang itu dan selalu melakukan tindakan yang menyalahi kehendak Allah swt, ... ini yang menuju neraka Allah swt.
Jadi fikirlah sebaik mungkin sebab yang kalah pada hari ini bukan kalah selama-lamanya. Dan yang menang pada hari ini dikhuatiri orang yang kalah selama-lamanya. Kan Neraka itu abadi.
Aku personally hormat BN menang tapi turunlah Najib, benda sume xsettle tgn dia..He should just give up & lek one corner.
asik2 orang tue ni yg bsore..gile kuase ke lagi ape?senang cite soh die je naik jd PM lagi..da tua2 pon tak ingat mati lagi..
undi keseluruhan (popular votes)
BN 5.2 juta
PR 5.5 juta
DUN
BN 275 (2012 = 344)
PR 230 (2012 = 161)
PARLIMEN
BN 133 (2012 = 140)
PR 089 (2012 = 82)
Peningkatan & kemajuan yang penting...
Hukum karma telah berlaku...
Mau atau tidak masanya akan sampai jua.....masa tu sendiri sendiri lah menanggung hasil amalan masing masing.....jika baik berganda ganda lah kebaikannya....kalau sesiapa yg menunjuk kpd kejahatan lalu dituruti oleh pengikutnya maka terimalah dosanya sebanyak dan selama mana jadi amalan pengikut itu....(na'uzubillah...saya takut ya Allah).
....tak kira diri saya....atau fir'aun, atau che det atau ds najib rosmah
Har har har....kelakarnya umno....Cet det pulak yg loratt... kut yer pun xsabar2 nak tengok mukriz jadi PM...dulu masa zaman paklah muhyidin sanggup derhaka pd paklah utk naikkn najib...tp skrang,jgn harap muhyidin akan back up najib..haha umno mmg rosak..!
biarkan najib memerintah sampai cukup penggal. nak tengok camner dia settle kan manifesto n mcmna punya pressure nyer najib lepas ni.
Mahathir Kutty ni akan puas hati dan menyokong Najib sebab anaknya akan jadi Menteri Besar Kedah.Jawatan MB Kedah amat penting kepada Mahathir kerana dia banyak projek diLangkawi.Kemunkinan akan dibuka kilang arak San Miguel(beer dari Filipina)diKedah untuk menambahkaya anaknya Mirzan dan stesion minyak Petron akan berada disepanjang jalan diKedah.Petron kepunyaan San Miguel dan Mirzan.Inilah harapan dan impian Mahathir Kutty,tak lama lagi akan tercapai.
Peringatan untuk PM Najib. Ubahlah sikap dan mentaliti menipu, salahguna kuasa,kronisma, rasuah.Jadilah pemimpin yang baik, patuh dan tunduk kpd arahan dan larangan Allah. Ingatlah kamu ada masa 5 th untuk berubah. Bertaubatlah atas segala perangai hudoh kamu .Ingatlah kamu akan dipertanggungjawab diakhirat nanti atas segala kepincangan yang ditanggung rakyat. Kamu terpaksa bayar segala kepincangan dengan harga yang terlalu mahal.
Najib tak perlu undur sebab dah bagi jawatan MB pada anak Maddey.
Kalau Madey kacau Najib, jawatan MB akan ditukar. Ramai UMNO Kedah geram sebab anak Maddey potong line mereka.
Ini trik lama yang akan digunakan kelak.
Kalau tak mahu mengajak kejalan Allah tunggulah bala.Kemenangan dengan menipu dan rasuah membuatkan manusia sesat.Tengok kes penceraian keluarga Islam amat tinggi yang menyebabkan ramai anak kita rosak.Tak sholat, minum arak, zina, judi dan lain perkara mungkar.Kalau kerajaan bn cuma nak glamour/menunjok tapi institusi keluarga gagal,lebih baik bersara daripada tanggung dosa.Boleh lena kah tidur kah pemimpin bn kalau menang cara menipu dan rasuah.Wahai rakyat Malaysia malu lah kerana pangkah parti yang banyak menipu dan merasuah dan ingat kamu di soal didepan Allah kerana subahat dengan pemimpin pemimpin yang zalim dan menindas ini.Contoh senang, dulu duit Singapore$1 sama tapi sekarang dah jadi Rm2.50 lebih. Logik tak, negara kecil tak ada bahan mentah dan pertanian tak ada hutang.Daripada disini didapati pemimpin bn tak amanah rasuah.Yahudi menjatuhkan negara Malaysia dengan berhutang AWAS.Tol dah dapat modal cepat cepat lah bayar hutang jangan untung untuk kroni saja.Minyak jangan bandingkan dengan negara tak ada minyak banding lah dengan Brunai dan negara Arab.Jangan ingat rakyat bodoh.
ala apa nak heran...kalau kalah kat malaysia pon najib bole masuk calon kat bangladesh plk apa... penyokong ramai tu..
kahkahkah najib nak letak jawatan? kahkahkah...rosmah badak nak makan apa?
Kalau dah namanya umno...letaklah sesiapa pun sama jer...senang2 je mahathir ni nak letakkan kesalahan kat kepala najib sorang..sedangkan parti 'umno' tu sndiri yg berdosa...pemimpin2 umno bukannya nak perjuangkn melayu / islam sbaliknya berlumba2 nak kumpul kekayaan dn kemewahan...hakk ....
orang tua tu tengah dok bebaeh lorong la tuh, mengkalu umog panjang samada yiddin ka najid ka akan dimakan untok bagi laluan anak dia dok kerosi putrajaya. silapmata akan dimainkan di selangor kunun anak dia orang SUPER, terkedu habeh rakyat.
Orang tua ni rasa dah SEDAP dudok kerusi no. satu, la ni tengah dok atog jalan nak bawak anak dia pulak dudok kerusi tuh. Hanya inilah satu satu jalan menutop segala KURAP KURAP lama, nak harap jid tak nampak jalan, yiddin bukan kayu tunjang lagi. Hanya anak dia MUKTAMAT
Catat Ulasan