15 Mei 2013

[LIVE] Pengumuman Senarai Kabinet 2013 -2018 (dikemaskinikan)


Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggap kabinet yang berimbang di antara mereka yang berpengalaman, teknokrat dan golongan muda.

Datuk Noh Omar yang gagal membantu Najib menawan negeri Selangor telah digugurkan dan kementeriannya kini dipegang oleh Datuk Ismail Sabri.

Ramai beranggapan barisan yang diumumkan oleh Najib adalah Kabinet 47% rakyat Malaysia memandangkan BN cuma memenangi 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 53%.

Berikut ialah senarai kabinet yang dikeluarkan ileh BERNAMA.

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa sudah jadi dgn Johari Baharom (Parlimen Kbg Pasu)??
Kaki bodek...Pemilihan Ini mesti ada campur tangan DrM. Pasal Dr M sudah pangkah Johari Baharom. Depan rumah dia pun sudah naik banner besaq "Markas BN" bodek nak jadi Menterilah tu, tup...tup...tak jadi Menteri...Ambek kaw!!

kg senduk bg berkata...

kerajaan haram ..... kabinet penipu....

Tanpa Nama berkata...

Eh mana kementerian pengajian tinggi?? Dulu khalid nordin. La ni siapa? Najib lupa kot.. Jgn2 yg dapat post ni kak rosmah.. Kui kui kui.. Gurau jer la kak mah

-Pelangi petang-

Tanpa Nama berkata...

menteri dari hindraf?...dari pertubuhan haram ke kabinet!..tak payah susah2 tanding PRU punn...inilah yang dikatakan oleh hindraf, undilah BN, sebab BN terima blueprint hindraf

Tanpa Nama berkata...

Aduyaiii najib.selangor tak da wakil menteri.Lu Najib lu ambill kuasa dan pilih letak calon2 pilihan lu di Selangor lepas tu kalah salahkan Noh Omar.Timbalan jer ada pompuan.lak tu.