6 Mei 2013

Fakta-fakta Menarik PRU13. PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen!


Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

65 ulasan:

muhdfaris berkata...

banyakkan sabar.muhasabah diri atas kekurangan.mungkin ada hikmahnya.boleh cuba lagi

مهمد شفاريز berkata...

Bila kita nak turun ke jalanraya?

Tanpa Nama berkata...

bersedialah kita untuk menghadapi ........brg naik,tol,aes,petrol,ptptn,fitnah,k-pork,cukai,rasuah,tiris,banglasia,......&banyaaaak lg dgn mnutup mata anda,,,nganga mulut luas2 telanlah smuanya....

Tanpa Nama berkata...

salam, apa punya pondan BN ni. mcm2 cara pondan d bantu SPR. blackout la, undi rosak ada dekat nk 1000. srwk boleh dpt kptsan awal mcm na negeri Sabah punya lambat . Bn kalo ada masalah mesti kptsn lambt keluar. ada je mainan nya. wahai dunia lihat lah!

Tanpa Nama berkata...

Org cina brani terima perubahan..sbb tu dorang btambah 10 kerusi. Org melayu xnk perubahan..still pcaya lg kt si kepala botak mulut merah 2..ramai nye org melayu yg bodoh

Tanpa Nama berkata...

selain kita memikirkan bagaimana nak merubah SPR dan badan penguatkuasa supaya tak bias dan penyelewengan2 yg berlaku didlm PRU 13 nie...kita juga kita mesti memikirkan utk menambahkan persefahaman antara parti didalam PR....bagi saya pada PRU 13 nie ada persefahaman yg kurang diantara parti PKR dan PAS yg mana rakyat melihat dan membentuk persepsi bhw parti PR belum bersedia.....lebih teruk lagi biler tiada ketegasan dari pimpinan diatas...haru biru jadinyer....saya tertarik dgn DAP yg mana kesungguhan2 mereka nak merubah telah dilahirkan mereka dgn jiwa dan raga mereka...sehingga sanggup jika SPR tidak menerima logo DAP masa penamaan calun mereka sanggup menggunakan logo parti sahabat......dari sini saya rasa ada benarnyer sabda Rasulullah iaitu tuntutlah ilmu walaupun kenegeri cina....kita belajar kesungguhan kaum cina bila melakukan sesuatu kerje....

Tanpa Nama berkata...

apa pun keputusan kita terima dgn hati terbuka jgn lah emosi kita tahu umno meman kaki penipu

Tanpa Nama berkata...

bila terdapat penipuan dalam mencapai sesuatu kemenangan, adakah kemenangan itu boleh diambil kira.....adakah kita merelakannya. saya katakan TIDAK!!!!!!!!!! saya tidak dapat menerimanya...tolonglah

Unknown berkata...

Benar spt kata anon 8.44am. sikap ego dan kurang pecaya kpd sahabat menjadi penghalang kpd kejayaan.

Andre irwan berkata...

Masalas di sini ialah orang Melayu takut menerima perubahan walaupun ke arah Islam. Mereka begitu khuatir Melayu akan hilang kuasa sedangkan hal ini tidak akan berlaku. Walaupun bila kita dengar perbicaraan oleh pakar-pakar Melayu, tapi Melayu kurang berbicara sesuatu berdasarkan statistik tapi lebih kepada perasaan yang terdapat dalam diri mereka.
Walaubagaimanapun, kita harus terima ini sebagai tentuan dari Allah swt. Yang baik tu datang dari Nya. Dan saya berharap selepas ini bolehlah kita wujudkan Tanah Perkuburan MELAYU. Insyaallah.
Sekali lagi kita tertipu dengar teriakan penjaga serigala.

Tanpa Nama berkata...

apa nak buat org melayu tak mau minyak turun, tak kisah harta negara dirompak berbilion2, tak kisah video lucah merata2, tak kisah kongsi negara dgn bangla, indon, myanmar semua.

letak ulama pun kalah, keluarga tokey arak pun boleh memang, itu pemikiran org melayu.

oleh itu, kerja utk PRU14 kena mula dr besok, golongan yg cerdik kena ubah golongan yg tak cerdik, buka minda mereka secara beransur2, bukannya merayu undi di saat akhir rmh ke rmh, buang masa tenaga, mungkin ada 1,2 org atas pagar akan berubah tapi saya rasa tu cara zaman 60an, tak berkesan.

sini saya nak ambek kesempatan ucap tahniahlah pd geng pas yg nak TGHH jadi PM yg tak mau DSAI jadi PM aritu, sekarang suruhlah mereka merayakan jwt PM tuh. :(

Tanpa Nama berkata...

Siapa calon mb selangor?

C++ berkata...

Bhai GreenBoc...

Gua tak tengok dekat undi popular.. sebab takder efek banyak pon kalu kiter tengok kat Parlimen...

Aper pon... BN menang 59.9099% kerusi Parlimen... samer macam analisis gua iaitu 60% (jika dibundarkan)

Boleh semak di http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/05/pru13-tepat-seperti-hasil-analisis.html

Tanpa Nama berkata...

Sangat sedih dgan keputusan pru ni. Tapi terpaksa trima sbb rmai yg masih buta dlm menilai. Dakwat kekal konon.. Basuh pinggan sebijik dkwt hilang terus.. Hebat betul spr.. Tahniah kerana berjaya menipu rakyat dan ganjaran anda blh dituntut diakhirat kelak.

Tanpa Nama berkata...

Apapun Isu yang menyalahkan PR, Saya tetap berpendirian yang Pengerusi SPR adalah sehina-hina umat. Isu dakwat kekal saya rasa tidak terlalu memberi impak kepada kekalahan tetapi Isu yang paling besar adalah Isu Banglisia serta Isu Blackout, Isu Sorok Peti, Isu Peti datang lambat. That's is. Jadi saya harap semua Blog PR berhenti menyalahkan Pimpinan PR yang bertelagah di saat akhir tentang kepelbagaian isu. kalau tengok realiti peningkatan undi, Rakyat tidak tercuit langsung pun dengan isu last minute.

Percayalah, Kekalahan utama adalah kerana SPR itu sendiri tidak telus. Terima Kasih Rakyat Malaysia kerana peningkatan Undi.

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:43, tolong jangan salahkan kawasan melayu yang banyak kalah. Ini motif mereka. Kekalahan mereka adalah setelah jangkaan kemenangan. Mereka cuma mahu menunjukkan kepada penyokong mereka yang DAP more power than PAS dan PKR.

That's why mereka letak bangla dlm kawasan bakal jajahan PAS.

Tanpa Nama berkata...

sedih amat sangat Kedah tidak lagi menjadi negeri islam.kepada sesiapa yang menjatuhkan negeri islam ini dgn tidak menyokong Pas maka anda jawablah dgn Allah di akhiat nanti.Apapun yang menyokong Pas anda semua menang di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

padang muka! ramai dah nampak awal2 kerajaan angkuh sombong PAS Kedah akan tumbang jikalau ikut gaya perangai 'kera mendapat bunga' PAS Terengganu. Ternyata benar.

Bertepik2 tuan presiden merata tempat, "Kuman seberang laut nampak jelas, gajah didepan mata buat buta". Terengganu Darul Karaoke yang paling top berkembang dengan pusat hiburan dan maksiat. Lihat yang terbaru "www.facebook.com/VoiceKTV". Cina dah tumbangkan MCA, bila pula Presiden nak bersihkan ibu negeri dia?




BaDiN berkata...

Syukur Alhamdulillah.
Ada Hikmahnya disebalik keputusan tersebut.Hanya Yg Maha Esa mengetahuinya.PR mesti ada persepakatan yg jitu untuk menuju kecemerlangan pada PRU 14.Melayu mesti maju mindanya untuk berubah.
Bersabarlah tunggu pertempuran selanjutnya di PRU 14.
Akan tiba masanya BN kecundang ,hanya tunggu dan lihat ,Masa depan semakin cerah dalam mencapai kemenangan.InsyaAllah.
Kita tidak kalah dari segi Semangat Juang.Kesabaran akan ada penyudahnya.Dakah PRU 14 @ PRU 15 milik kita?Hanya Allah Shj Yg Tahu.

Tanpa Nama berkata...

Cek dah habaq dah...

Jangan kata oghang Melayu bodoh...

Nanti hangpa dibodohkan orang Melayu.

Waris berkata...

Kemenangan pada SPR bukan BN. Tahniah juga pada hadi awang kerana berjaya kurangkan 1 kerusi parlimen

Tanpa Nama berkata...

Serangan drp umno terlalu hebat.. Berjaya mempengaruhi undi di saat akhir. Rakyat masih lg sanggup membayar tol, ptptn, petrol dll yg sewaktu dgnnya..rakyat akan menanggung hutang negara 500 bilion yg bersamaan dgn RM 185000 setiap orang yg akan dibayar dlm bentuk cukai.. Undi muda penentu kerajaan pru14.. Bermula dari sekarang..

Aqua berkata...

Org cine x heran sgt dpt brim tulah majoriti cine swing ke kite, tp majoriti melayu area kg2 swing ke bn sbb duk gilekan janji brim nk naik 1200..balik2 kt kg duk smbg undilah bn nnti dpt lebeh brim..dlm hati aku betape murah nye diri diorg bileh dibeli dgn 500/12 bulan, brape je dpt bbnding dgn pemimpin bn yg dh berbillion kaut untuk diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Melayu tiba2 swing vote rsnye byk sbb kes tindih calon tu.. Meluat pun ada... Pengajaran utk PAS terutamanya... Nak selesai perkara apa pn selesai la cara baik n bincang... Jgn buat mcm hang ja yg tera...

Pendapat peribadi

Tanpa Nama berkata...

CUBA LAGILAH.dj

Unknown berkata...

ya...sy agak setuju dgn pdgn tuan.sbb dr awal keputusan PRU tu asyik tunjuk Dap je...ini memang satu taktik juga...ada satu lg yg sy gusarkan PAS Di kedah (parlimen)..ramai yg x menang.mcmana tu...kedah ni ramai melayu dr cina...apapun tahniah pd yg menang/nak sipi menang krn krj keras.jgkaan sy ambil mada lg 10 thun bru PR menang n jd kerajaan.insyaallah.

Unknown berkata...

Maaflah sudara anon di atas...tetapi sy pernah terbaca d blog yang mgatakan tiada hadis mgatakan Rasullulah myuruh kita menuntut ilmu HINGGA KE CHINA. Ttapi sy stuju DAP sbenarnya telah berjaya dlm pru kali ini. D Sabah ini masyarakat islam sendiri masih takut dgn PAS dan PKR..sebab ramai orang islam d sini yg hidupnya macam orang kafir, mereka termakan dengan propaganda hudud. Lebih pula d Sabah ada pakistan yang kaya raya naik harrier kerana dia salah satu orang kuat pemuda umno, d tempat sya sendiri, org kuat puteri umno nya yg dulu cuma buka kedai cyber cafe yg tak la laku sangat ttpi skrang telah jadi jutawan kerana kontrak masyuk. Ramai orang sabah yg kaya kerana politik, maka sy tak rasa mereka ini mahu keadilan drpd PKR. Orang luar bandar di Sabah ini hampir semuanya bodoh. Sebab ramai pendatang asing yg mahu duit duuiiiit. Ramai belajar dari kedai kopi sahja. Tetapi sy rasa kenapa BN banyak menang di kaw bandar Sabah sebab PBS under BN. Orang kadazan, Dusun dan Murut risau jika PAS /PKR / DAP menang kebajikan mereka tidak terjaga. Saya juga kecewa sudara dan sudah standby dengan polisi baru krjaan yg bakal mnindas rakyat ttpi sya redha.
Saya tidak heran kalau org bukan islam menolak ajaran islam dan keadilan, ttetapi sy terlalu heran dgn org islam sendiri terutama yg miskin kerana tidak mahu perjuangan islam yg lebih adil. Pandangan saya ttg Sabah tanahair ku pada masa hadapan:
Orang kaya kerana politik semakin kaya, pendatang asing akan beranak pinak dan kami la negeri yg paling besar masyarakat majmuknya dan anda sudah tidak boleh kata kos hidup d Sabah rendah. Sekiranya BN menang kerana menipu dan selepas ini mereka kaya raya kerana memeras duit rakyat serta kontrak hanya diberi kpd kroni, aku tidak halalkan semua itu ya Allah, dunia akhirat aku tidak halalkan. Amin...........

Tanpa Nama berkata...

SPR tu 1 masalah yg besar. Tp apa daya kita nk ubah depa. Sbb tu kita kena kuatkn dulu pakatan. PAS n PKR ramai naik muak dh dgn isu tindih calon bagai.org kaw bandar mgkn x ambik kesah.tp bg org luar bndr ni 1prkara lucu yg pelik. sbb tu ramai swing. Kedah pn lingkop. Mmg sakit hati btoi dgn perangai sesetengah org PAS ni.belagak mcm tau semua.tp keja tak jalan pn. Dgr berita nk letak pas jd mb kat selangor plak. akai letak kat mana pn tatau la org pas negeri kedah n penang ni. Aku sedih dh kecewa kedah dh tumbang.

Tanpa Nama berkata...

Saya jangka kalau Pakatan menang pun dgn majoriti mudah saja. Tapi mereka kalah pun dapat juga menafikan 2/3 majoriti BN.

Saya juga menjangka Pakatan boleh bertahan di Kedah dan boleh menang di Perak dan Trengganu.

In sya Allah, pada PRU14 Pakatan boleh menang.

Tanpa Nama berkata...

So sad. I dont trust them all - d govt and SPR.. And the saddest part is that the malays are still so ignorant and gullible. Fearful of change, trapped in old mindset, not visionary and wilingly to be in d state of denial. Pls..pls..pls open up your mind, read, observe and understd the situation arnd you! Teach our kids to be matured in thinking and the real meaning of independence! Otherwise they will not stand the test and challenges and dynamic of competiton!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam menegakkan agamaMu di bumi Malaysia ini...bantulah kami menegakkan agamaMU..terlalu banyak kesangsian dalam PRU13, ketidak telusan pihak tertentu membuktikan bahawa hak demokrasi rakyat di Malaysia dipertikaikan...sedih melihat para ulama diketepikan dicerca dan dicaci, fitnah bermaharajalela...dimanakah keadilan untuk rakyat yang inginkan perubahan...semoga orang-orang yang bersubahat itu mendapat hidayahMu..amin

Tanpa Nama berkata...

Seperti kata Ustaz Azhar,...barang siapa mengundi untuk menumbangkan kerajaan Islam, maka dia telah menempah tiket ke Neraka.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong...

Tanpa Nama berkata...

Aku sering membantu PAS dlm gerakerja pilihan raya di KDAS ipoh.Dari dulu pon tak pernah menang dan aku tak kisah dan menerima suratan takdir.Tapi kali ini aku tersangat hiba kerana masa yang terbaik untuk membuat perubahan disia-siakan oleh orang melayu.Lepas ni jangan bising kalau harga barang naik,cukai itu dan ini,Bil-bil naik sebab itu pilihan kamu.Terima kasih kpd pengundi cina di Selangor yang mempercayai PAS.

Tanpa Nama berkata...

Dah beberapa kali pilihanraya, tapi PAS masih tidak mencapai kemenangan yang diharapkan. Setiap kali selepas pilihanraya, PAS tidak mahu bermuhasabah dan melihat kekurangan diri sendiri. Sentiasa ego dengan title kami golongan ulamak dan islamic, maka Islam mewajibkan sokong kami. Sedangkan PAS tak mahu faham ini adalah pilihanraya di Malaysia, iaitu pertandingan politik. Politik di Malaysia melibatkan semua orang dan semua kaum. Untuk memenangi pertandingan politik, kena tahu stategi berpolitik di Malaysia. Strategi yang dapat memenangi hati semua rakyat. Tapi PAS masih tak reti2. Masih dengan agenda Hj Hadi sebagai PM, masih dengan hudud, masih dengan menegakkan negara Islam. Ini belum termasuk isu keangkuhan dan pertelingkahan sesama ahli PR/PKR seperti di Sg Acheh dan Kota Damansara. Isu2 ini menjauhkan hati orang2 yang bukan pengikut tegar PAS dan bukan Islam atau juga melayu Islam yang tidak berapa Islamic. Memang diakui hukum Islam mewajibkan perlaksanakan hukum Islam tersebut, tetapi dengan suasana politik di Malaysia sekarang, adakah wajar isu itu yang ditonjolkan sangat? Nabi pun setelah dapat menerajui Madinah dan menyatukan Muhajirin & Ansar, barulah hukum Islam ditegakkan beransur2. Ertinya dapatkan tampok pemerintahan dahulu, baru lihat macam mana nak laksanakan hukum Islam. Tapi PAS belum dapat menerajui negara dah bertegas dengan isu hudud dan siapa boleh jadi PM. Pemimpin PAS yang bertaraf ulamak masih menegakkan isu hudud dan hukum Islam. Isu2 ini tak beri kelebihan kepada PAS. PAS juga tidak mengkaji penerimaan orang setempat terhadap seseorang calun. Asalkan dia ulamak, letak lah disitu, harap orang semua undi. Perlu kaji penerimaan orang tempatan terhadap seseorang calun, bukan kerana hanya dia ulamak, maka letak dia dan suruh semua orang pilih dia. Bermusyawarahlah sesama PAS/PKR/DAP untuk menyusun strategi terbaik yang diterima semua rakyat, bukan pakai ikut kepala masing2 saja.

Tanpa Nama berkata...

ya..kena muhasabah diri..jgn pandang dr sudut negatif..kemenangan BN sebab peluang dan rasa kenang budi sesetengah masy..masy cina memang bersungguh2 mahu berubah, bg peluang kepada PR dalam tempoh 5 tahun, melayu bg peluang BN bertahun2...tepuk dada, tanya hati & minda

Bard berkata...

aku cuba merenung dan memikirkan sesuatu...
adakah seluruh rakyat malaysia sudah terlampau kaya raya sehingga tidak memerlukan
1.penurunan minyak
2.pendidikan percuma
3.penghapusan tol
4.penurunan harga kereta
hasil undian,bn menang dikebanyakan kawasan melayu..
pakatan banyak menang dikawasan cina bandar
ohhhhhh baru ku sedar...melayuku sudah kaya raya rupanya........

Tanpa Nama berkata...

ya....sy pn tidakkkkk......

Tanpa Nama berkata...

PRU14 lima tahun saja lagi. Anwar bersara ke?

Tanpa Nama berkata...

Salam semua...

Apa yg berlaku telah pun berlaku. Kita redha dan mohon pertolongan Allah.

Sekarang masa fikir PRU14. Kita tiada media jadi maklumat tidak sampai ke pedalaman dan sanak saudara. Kita memberikan mereka input apabila tiba pilihan raya. Ia tidak mencukupi. Proses tarbiah atau perubahan ini ambil masa. Jadi kita mulakan sekarang.

Selain media sosial di internet, saya cadangkan sekurangnya2 setiap bulan kita beli akhbar bercetak dari pakatan dan kita pos ke kampung atau anak saudara. Atau kita belikan mereka apabila balik kampung. Sekurangnya2 mereka ada pilihan input. Insya Allah dalam tempoh 5 tahun ini kita akan dapat perubahan.

Yang menjadi masalah adalah pengundi luar bandar tidak mendapat maklumat dari pakatan. Contohnya kita boleh lihat di Sarawak. BN memenangi kerusi di bahagian pedalaman dan kalah di kerusi di bandar.

Ini cadangan. Mungkin di luar sana ada idea lebih baik, kita kongsi bersama.

Tanpa Nama berkata...

Skrg lebih baik kita cari apa kekurangan PR daripada dok cari salah org lain...mungkin ada kurangnya kita selain tipu mereka yg ketara

مهمد شفاريز berkata...

Sy x redho akan kptusan yg trdapat penipuan,dunia dan akhirat,kepada SPR yang menipu,selamat makan gaji hasil yg haram,di dunia,anta selamat,tp di akhirat,ALLAH sbg hakim

TunLepat berkata...

korang ok ke ngan keputusan ni? dah settle down? klu harimau malaya kalah sbb pengadil x adil pun korang marah...ni masa depan beb...masa depan aku!! korang yg kata INI KALILAH! aku da la bru first time mengundi... mak aku da pesan da haritu,kertas undi ada no siri so ada risiko segala pinjaman dan biasiswa aku pada masa hadapan akan di block...korang plak kata kena amik leap of faith...abih camne ni? korang ok macam tu je? aku x leh tido sbb frust pr kalah tau x? aku mati2 berkempen ajak sume member undi pr

Tanpa Nama berkata...

pengajaran untuk pas konon! dah banyak kali kalah pun kata pengajaran, ramai pemimpin pas sombong tak sedor diri. Tak mau dengor pandangan orang bawah, dia fikir orang bawah ni bangang2 belaka. ingatlah sikit kitorang bawah ni banyak bekerja, kuat dan korban wang ringgit dan masa, yang atas2 duk senang2 aje, ucap terima kasih pun liat. bila orang bawah nk jumpa kata sibuk memanjang. masa kempen selalu datang lambat, usrah apalagi muka pun tak nampak!!! kat pos pas bahan2 asas memanjang takde, ada saudara dari org india dan cina datang mintak stiker dan bendera, jawapan yg selalu diberi ialah dah habis tolong pergi pos lain kt tempat lain pun jawapan nya sama aje, wat malu aje, tolong ubah lah sikit perangai tuh! maaf terkasor ni, itu lah berlaku kt tempat kami, kt tempat lain ak tahulah,

Unknown berkata...

Salam anon 11.42am, ketika sy suda mahu bsara dri ambil tahu pasal politik dan tidak mahu fikirkn pru14 bila tbaca komen sudara sy terharu. Pakatn perlukan orang spt anda, sangat optimistik..insyaAllah sy akan buat spt yg sudara cadangkn.

Tanpa Nama berkata...

Em...aku tak kira,..undi hak masing2 kan ..buat apa nak takut dengan ugutan ..aku pun ist time jugak.tapi aku still pangkah pakatan..kite bg peluang pd mereka untuk tadbir negara..kalu korang semua tgk prestasi pakatan ok dan bagus maka teruskan menyokong pakatan.jika pakatan memerintah tidak ok,korang ubah la undi parti lain..kita sebagai rakyat malaysia ada hak untuk mengundi..kata malaysia nie negara demokrasi..kalu demokrasi kenapa nak ugut2 dan nak halang rakyat buat perubahan.nasihat dan pandangan aku la,,pakatan harus amik iktibar dari pru-13 ini dari segi penamaan calon dan sebagai..kita perbaiki mana yang silap...apa pun aku ucap tahniah pada pakatan sebab ape tau?? kerusi parlimen meningkat dari pru yang sebelumnya..aku orang muda yang mahukan perubahan..cukuplah2 BN kaut untung dengan bermacam2 projek sana sini..nampak gaya nye rakyat2 malaysia yg belum abis buat bayaran ptptn,kena lah bayar ptptn jgak..cuma aku kuciwa jagk dengan setengah orang,baru je dpat beras n minyak dah ubah pikiran..

b_aisyah berkata...

Orang PAS boleh mula mencari ahli-ahli usrah. Beri kefahaman dan bercakap dalam sekala yg kecil lebih sampai ke hati. Bahan bercetak pula lebih menarik untuk dibaca.

Selamat menerima kekalahan ini. Jangan bersedih ALLAH ada bersamamu.

Insyallah kekalahan kali ini akan dibalas dengan kemenangan 5 tahun lagi.

Harap tiada yang bersara, samada TGNA, DSAI mahupun LIM + KARPAL.

Unknown berkata...

Kepada saudara Unknown 10:34, kenyataan anda tentang;-(Tetapi sy rasa kenapa BN banyak menang di kaw bandar Sabah sebab PBS under BN. Orang kadazan, Dusun dan Murut risau jika PAS /PKR / DAP menang kebajikan mereka tidak terjaga.) saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Saya adalah pengundi P.174 & N.20 berbangsa Kadazan/Kristian. Jika saudara penduduk Sabah, tentu saudara tahu bahawa kawasan ini adalah kubu kuat kaum Kadazan dan Dusun. Tapi kemenangan dgn majoriti besar PKR telah menunjukkan sesuatu. Jadi saya berpendapat kenyataan saudara kurang tepat.Tahniah kepada yg menang. Nampaknya kita kena bertahan utk 5 tahun lg. Teruskan perjuangan murni ini.

Unknown berkata...

Sudara Tun Lepat dont worry la about no siri tu...berapa ramai dia nak cek klau mcm tu? senang ke dia nak link dgn sistem spr, Kita jangan ssekali takut pada BN tak approve loan ke biasiswa, kita cuma bole takut pada Allah. Dia yg beri reski pada kita, bukan BN.

Unknown berkata...

Sudara 12.59pm Tak apa kalau anda kata kurang tepat, sy terima. Tapi realitinya disebabkan pbs masih under bn, belum semua mahu terima perubahan cuma beberapa tempat sahja pakatan menang kerana suda selesa spt sbelumnya. Belum semua kubu kuat dapat ditakluk. InsyaAllah pru14

Ammy Hassan berkata...

Saya melihat keputusan PRU 13 sebagai keputusan sebuah papan catur yang direncanakan. Kemenangan BN dalam PRU 12 dengan kerusi sebanyak 140 dan PR 82 adalah lebih tulen berbanding dalam PRU 13. Perencanaan pengundian dibuat dalam sebuah makmal pengurusan undi (VML - Vote Management Lab) di mana BN diberi kata dua sama ada sedia kalah lebih teruk dan kehilangan Putrajaya atau menerima satu keputusan daripada analisis pakar-pakar perunding yang menawarkan satu angka selesa dan workout dilakukan berdasarkan angka selesa itu. Angka yang dicadangkan ialah PR 89...

Tanpa Nama berkata...

bersedia untuk cukai baru.... Gasak Sampai Terbarai. ha...ha..ha.. padan muka kita...tolong kutip balek duit yang tabor masa pru.

Tanpa Nama berkata...

Wahai org melayu di bumi malaysia, janganlah takut untuk berubah, janganlah kuasa melayu hilang, bangsa lain tidak akan boleh buat apa selagi negara kita mempunyai Rejimen AskarMelayu Diraja (RAMD)
Oleh itu, mari kita bekerja mulai hari ini untuk meneruskan hajat kita yg masih belum capai, tanamkan dalam kepala kita bahawa kita masih ada tentera dan Allah sentiasa melindungi kita.

Tanpa Nama berkata...

memang sedih dgn org melayu sebab terlalu menjaga melayu bukan menjaga Islam. Respek org cina yg lebih advance pemikiran mereka & mahu perubahan. Hanya pada Allah berserah sebab Allah pasti merancang yang terbaik utk kita, insyaaAllah....

مهمد شفاريز berkata...

Samelah,aku pun 1st time voter,very2 hate diz kind of demokrasi

Mcmane boleh berdiam sahaja sedangkan bnyak penipuan??

Arab spring anyone??
(ini suare anak muda)

مهمد شفاريز berkata...

Sampai bila kita hanya nak berdiam mcm ni sahaja?LAGI 5 TAHUN (2018) bnda ni akan berulang lagi! !!!x kan kita nak sbr lg?kmudian lg 5 tahun (2023),,,,,? Dan seterusnya..kita masih DITIPU,AYUH BNGKIT WAHAI ANAK MUDA SEKALIAN

Tanpa Nama berkata...

orang BN boleh mengundi banyak tempat?, kalau tak percaya masukkan semua data nama pengundi yang dibekalkan kepusat pengundian kedalam sistem data yang baru, selamat mencuba!!!!!

مهمد شفاريز berkata...

Yahoo,ak x sbr nak tgk harga minyak naik,time tu ak pasti akan dpt dngar dari mulut celaka diorang, "ala,biase lar,harga minyak global naik ",kmudian our "beloved" BN GOVERNMENT akan buat comparison harge minyak kite jauh lebeyh murah dari singapore dan indonesia.

Percyalah ckp aku nieh,x pnah lg dizaman PEMERINTAHAN KUKU BESI BN,MINYAK MURAH

Tanpa Nama berkata...

Bukan ker sabda Nabi saw Tuntutla ilmu sehingga akhir nyawa..

Maaf jika salah

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pro bn, aku anggap ko org ni dua jer. Pertama gila kuasa dan yg kedua bodoh amat... Kalo lah korang tahu malaysia ni dah nazak, br korang tahu yg undi bn adalah perbuatan paling bodooooh n mengkinzir buta dlm sejarah peradaban manusia..

Undi bn bermakna berbillion lg akan hilang n masuk poket mereka..

Selamat dtg ke dunia kuku besi najib n rosmah...!!! Aku x kan redha korang rembat duit cukai aku...

Aku tuntut di akhirat kelak!!

Nd

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju dengan komen 11.28am.
(1) Siapa yang keluarkan surat watikah jadi calun diSg.Pinang dan Kota Damansara sehingga calun PKR dan calun PSM bertembung dengan calun-calun PAS.
(2) Siapa yang gatal mulut buat kenyataan pasal Hudud dalam suasana "berpantang".
(3) Siapa yang buat kenyataan mengatakan soal hapus tol,turun harga kereta dan pendidikan percuma - belum dibincangkan diperingkat atasan Pakatan Rakyat.Kenyataan ni dibuat diPahang.
Semua ni kerja kepimpinan ulamak yang tak tau pentadbiran dan selok-belok politik.Dari muda hinggakan tua berpolitik,tak juga faham-faham.Nak tegur tak boleh - wala,wala,wala.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai....! Sedihnya dgn keputusan kali ni. Tunggulah GST dlm masa terdekat. Semua brg kena byr cukai. Kesian kat rakyat miskin dan student2 yg kena byr ptptipu.

Tanpa Nama berkata...

Org melayu undi BN yg masih ramai banding org melayu yg undi PR sokong DAP Cina tu yg bodoh. Nak ikut cina dia dorg memang power, lagi2 klu melayu dah bagi kuasa kat dorg. Berhentilah menyebar fitnah terhadap org melayu.

Tanpa Nama berkata...

Fikirlah kenapa rakyat selangor pertahankan kerajaan pr..duduk selangor baru tahu keadaan sebenar..betapa telusnya pr di selangor..insyaallah 5 tahun lagi pr berjaya menawan putrajaya...jangan mainkan isu perkauman..di selangor kawasan majoriti melayu sehingga 80% pun umno kalah hampir seganda undi dari umno bn..fikirlah...

Tanpa Nama berkata...

89 need 22 more seats, i predict n hope 24 jumper ke kem PR, 7 (MCA), 4 (MIC), 2 (SUPP), 2 (PBB), 1 (PRS), 8 (UMNO)....

Possible, possible..... Saje nak post something, itupun jika admin luluskan.