6 Mei 2013

BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu!


Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.

Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.

Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.



“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.

Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.

BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.

Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen.

27 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Menerusi instrumen EPU (Election Planning Unit)VML (Votes Management Lab), MCA dikorbankan utk memberikan kemenangan
bergaya kpd DAP sebagai membuktikan wujudnya faktor 'polarisasi kaum'.
Faktor 'kalimah Allah' & 'hukum hudud' pula diaplikasi utk mengurangkan kerusi
PAS. Bagaimanapun, utk menenangkan keadaan kekurangan yang dilakukan di tempat
lain perlu 'digantikan' dgn kemenangan 'besar' di kawasan lain...

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha...terbaek!

Tanpa Nama berkata...

Main la isu perkauman kow2 dalam media massa..aku anak melayu ttp memberi kepercayaan 100percent kepada lim guan eng lim kit siang dari seluruh jentera Umno dari akar umbi sampai ke president umno..korang humban la aku masuk kursus BTN sekalipun kepercayaan aku pada lim guan eng dan lim kit siang takkan berganjak!!!say no to umno!!!say no to racist!!

Tanpa Nama berkata...

Usahakan untuk mendapatkan PRK....yang diyakini meragukan, usahakan supaya dapat dipertandingkan semula...

Tanpa Nama berkata...

Itu taktik DAP...mcm mana nak menang...sbb cina x tahu makna ikhlas...nasib baik bn menang...amenoworld siap ulas...kalau DAP jd ketua pn xpe...gampang punya blogger...dr bjb

Tanpa Nama berkata...

Politik negara hati ini tak ubah seperti di Palestin ysng mana puak yang kalah Fatah menguasai kerajaan dam Hamas di pilih rakyat jadi pembangkang.

Satu di sokong setan dan ber perangai setan , lagi satu di tindas siang malam oleh bangsa sendiri.

Si penipu adalah dari keturunan bahalol tak tahu malu , mana mungkin ber sifat manusia.

Hanya malaikat maut mampu membuat per bezaan kelak.

dico berkata...

Sungguh malang nasib hassan geli.... hahahah. kalau dia tunggu PRU13 ini sudah tentu kerusi mb milik dia. padan muka kau hassan.... org tamak selalu rugi

Tanpa Nama berkata...

Kalau tau malu dan menghormati rakyat,itu bukan UMNO namanya.Takkan dah lebih 50 tahun kita tak kenal UMNO.Nak tukar perangai UMNO ni bukan kerja senang.100 kali Transformasi pun tak akan berjaya.Yang boleh menyadarkan depa hanya KEKALAHAN.Selagi depa tak dikuburkan selagi itulah depa tak akan berubah.

Tanpa Nama berkata...

bagi sy,trasa amat kecil hati dgn kawan sesama melayu islam sbb mereka nampaknya lebih takut pd islam berbanding kaum cina..cthnya calon pas atau pkr di kwsn majoriti melayu boleh kalah..jelas puak2 ni TAKUT PADA ISLAM..jd nak buat macam mane..tgklah kami org klantan,amat yakin walau hidup tak semewah mana...namun ALLAH bersama2 kami..skurang2nya kami masih bertahan walau badai kuat membedal...

Tanpa Nama berkata...

Cina memang jelas sokongan kepada DAP sebagai tentangan terhadap UMNO.
Oleh itu jelas kaum Cina sudah meluat dengan UMNO dan penyelewengan mereka.
PAS gagal kerana orang Melayu tak percaya pada Qada dan Qadar. Mereka terlalu takut konon selepas ini tak ada azan lagi. TAPI kebanyakan yang takut tu memang CONFIRM tak solat di mesjid KECUALI Jumaat.
Kalau mereka ni kerap ke mesjid isu azan dan isu nama Allah tak timbul.
Kalimah Allah hanya timbul kepada mereka yang tak pergi mesjid. Isu orang bukan Islam masuk mesjid pun menunjukkan puak UMNO tak mengaji Islam habis2. Sebab tu UMNO yang tentang hudud. Kalau ramai Cina boleh terima hudud sebagai membendung jenayah adalah memang 2x bodoh puak UMNO yang menentang hudud.
Jadi bila PAS kalah di Perak dan N9 ianya jelas orang Melayu memang anti Islam. Sebab orang Islam lah sendiri yang menguasai kilang arak. Orang Islam jugalah menyembah raja yang bini tak menutup aurat.
Kalau orang Melayu sokong Islam tentu raja Melayu tak berani bini tak menutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

Jikalau sygkan bangsa, kembali perbetulkannya. Bukan mengkhianatinya.

مهمد شفاريز berkata...

Setuju,non muslim like them is much better than muslim like umno,such a racist party

Tanpa Nama berkata...

Polarisasi hnya helah BN.Pengundi pakatan hnya undi parti mrk utk twn putra jaya.bkn bangsa atau agama yg jd pilihan Pru13.byk tmpt juga di bandar contoh parlmen tloh pengundi cina melayu dn india beri kemenangan calon Pas.adakah selama ni sekiranya mca klhkan dap pun krn tsunami kaum.tak mgkin rafizi blh mng dipandan hnya sokongan org melayu saja?bgtu juga ramai org melayu beri undi utk dap pd kali ni spt di gelang patah.itu yg istimewanya pengikut pakatan rakyat yg tlk politik perkauman spt umno.

Tanpa Nama berkata...

Sanggup kah kau memberi makan anak bini dengan kemenangan dengan cara menfitnah tipu dan rasuah. Ya, di dunia kau gembira tapi nak bertakwa jauh sekali.Lihat kebanyakan pemimpin umno minum arak, sekongkol dengan judi, rasuah dan fitnah.Bagi saya takwa itu penting. Kau tipu lah kami dan jawap di hadapan Allah di kenmudian hari. Dosa dengan Allah boleh di amponni tapi dosa dengan rakyat neraka jahannam lah tempatnya kecuali kalau dapat di maafkan oleh semua rakyat.Jangan tamak, ajak anak bini ikut ajaran Allah nanti kita selamat dunia dan akhirat

Tanpa Nama berkata...

orang cina kat tempat aku pun terima hudud.depa kata sapa jahat tanggung sapa baik apa nk takut. depa bukan tolak hukum hudud tp yg jelas depa tolak pemerintah yg korup.

Tanpa Nama berkata...

BN lu hanya menang bukan sebab rakyat suka tetapi menggunakan semua jentara SPR untuk pemsempadanan dan manipulasi undi, JPN untuk bawa pengundi hantu dan polis untuk memastikan pengudi hantu dapat mengundi setelah berjaya dikesan oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

itu kisah di selangor....tapi bagaimana pula dengan nasib kami di negeri lain yang berjuang, tapi kami gagal...bukan sebarang gagal...gagal dengan permainan kotor......kalau menteri sudah menipu, kalau menteri sudah menjadi pengkhianat bangsa...kalau SPR turut bersubahan dan berkomplot dengan pencabulan pilihan raya POLIS pula tidak dapat mempertahankan keadilan dan merelakan penipuan.....dengan siapa kami sebagai rakyat dapat mengadu nasib. SIAPAKAH yang ada kuasa besar selain MENTERI PENIPU...siapakah yang ada kuasa membela nasib rakyat dengan membatalkan pilihan raya yang tidak telus ini.... SIAPA....sebagai rakyat saya tidak dapat menerima keputusan ini.....

opisboi berkata...

bila cina sokong dap ...najib kata polarisasi kaum (polarbear aku tau la!)
bila melayu tak sokong umno...najib kata pepecahan kaum...

tak abes2 nak mainkan fikiran rakyat

inilah negara baru ku BANGLASIA

Tanpa Nama berkata...

Sekarang aku tahu apa itu demokrasi

Dulu tak tahu

Kemudian aku ragu

Sekarang aku amat yakin dan tahu

Semuanya tipu

Negarawan ulung telah melepaskan peluang meyakinkan anak bangsanya

Generasi ini telah terparut untuk selamanya

Semoga tuhan merahmati Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kaum cina yang mengundi dap tu adalah cina yang dulunya menyokong mca sbb mereka percaya mca tidak upaya nak bantu kaum cina itu sbb mereka rasa sekarang ni hanya parti dap boleh bantu sbb kaum cina matang berpolitik
mereka menolak terus parti cina mca ni

Tanpa Nama berkata...

Sekarang di FB ada pula nak PAS bersatu dengan bn/umno demi perpaduan melayu dan mangatakan cina DAP menang besar. nampak tak? masih mainkan sentimen lagi. Ini permainan licik menggunakan kaedah halus pula. Untuk meraih simpati 'bersatulah melayu'. Memang wujud jabatan yg buat perkara ini di jpm.

Sebagai rakyat yang menolak pemerintah korup, kita buka mata buka minda. Jika bersatu bn tetap bn. Maka dengan mudah bn nak dapatkan majoriti 2/3. bn nak kuasa dan memang gila kuasa. Jangan bermimpi la. PAS pernah dikianati sebelum ini.

Kekalkan persahabatan dalam PR demi rakyat yang telah memberi anda majoriti kemenangan di 3 negeri dan juga undi popular. Gunakan Selangor sebagai HUB kebangkitan gelombang rakyat.

Sangat berharap selepas ini PR dapat menggunakan 1 logo lawan bn 1 lwn 1. Insya Allah PRU 14 PR dapat memerintah Malaysia nanti. Allahu Akhbar 3x !!!

anak Selangor undi di Shah Alam (P108/N41).

Tanpa Nama berkata...

Apo buek syg bangso der..sygkan ISLAM bru boto..sok dlm dkbor xdo dtnyo apo bangso kau doh..yg dtnyo apo agamo kau..xabih2 ngan bangso bangso bangso puiiiii

Tanpa Nama berkata...

kat tv yg aku tngok terkinja2, dedah aurat , ramai melayu Islam.

Apo citer Melayuuuuuu? Kata Islam, kenapa semakin lama semakin UMNO perintah, semakin teruk? Tu lum rasuah, salah guna kuasa.

Bila DAP bnyak menang, kita salahkan CIna, kenapa tak salahkan diri sndiri.
Tak ingat Allah ke?




Tanpa Nama berkata...

Saya Cina dan menyokong PAS..bukan Cina anti-kerajaan..banyak $$$ sudah dimakan...Cina memang pratikal, kalau $$$ itu digunakan untuk tujuan memajukan dan kebajikan semua kaum kita tak membangkang...tiada soal anti-Islam, yang penting semua rakyat menikmati...untuk penyokong Pakatan yang tinggal luar dari Selangor, kena pastikan hak kita sebagai rakyat tidak ditipu..kerjasama KUAT antara semua kaum penting untuk memastikan kemenangan berpihak kepada yang betul...setahu saya, kebanyakan org-org di taman saya menanti di kawasan sekolah untuk menghalang kerja jahat mereka...Tanpa kerjasama semua, penipuan dapat berlaku dan kenapa kita melakukannya? Untuk keadilan semua!..siapa yang suka ditipu?

Tanpa Nama berkata...

betul ko ckp..aku berdebat ngn puak2 umno ni psl kalimah Allah tp dorng ni bkn kaki masjid pun ..alasan nk tolak pas konon sbb bergabung ngn dap.. puihh..geram aku,dulu ms pas sorng2 bkn dorng sokong pas pun..umur bkn bdk2 lg dh lobih setengah abad tp xsedar2...

Tanpa Nama berkata...

Banana don't fruit twice. Rakyat Selangor hati tak buta, alhamdulillah kurnian Allah. Tak macam bn baru satu penggal dah rumah besar duit berjuta. ingat orang Selangor buta taubat tak nak pilih bn lagi.Negeri maju ,masjid diimarakkan, ceramah ugama non stop,orang muda kembali ke Islam dan tak dapat ku ceritakan indahnya di bawah PR.Syabas Selangor semoga Allah sentiasa bersama kita. Allah Hu Akbar.

Tanpa Nama berkata...

Aku undi tak tengok warna kulit..asal benar nak tolong semua kaum aku undi. Tapi itu lah kena tipu pulak sapa tak bengang..