Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.
Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.
Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.
Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.
Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.
Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.
Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.
"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.
"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.
Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.
Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.
“Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.
Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. -HD
7 ulasan:
RAKYAT TIDAK AKAN BANGUN BEGINI TANPA SEBAB.
HARAP KERAJAAN BIJAK TANGANI MASALAH INI.
TERSILAP LANGKAH, BURUK PADAHNYA.
MLM ESOK AKAN TAMBAH RAMAI.
Teruskan bangkit wahai anak muda. Jangan takut dan jangan gentar. Ini satu perjuangan yg mulia. Perjuangan untuk menegak kebenaran. Perjuangan ini tidak noktahnya. Selagi hayat dikandung badan perjuangan perlu diterusksn.
Perjuangan umpama air bah apabila ia besar ia akan cucikan bumi dari kekotoran ayuh anak muda
aku ni payah betul dapat berita hangat mcmni dgn cepat... dapat tau pun dgr radio pagi td...
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.Wahai anak muda,anak muda yang gagah,anak muda yang cerdik,anak muda yang ada maruah diri:-,anak muda yang cinta kepada keadilan dan kebenaran.Ayuh sama-sama kita juangkan hak kita bagi bagi menegakkan keadilan ini.Jangan dibiarkan keadilan ini dirobek oleh penguasa yang zalim.
satu kesalahan tapi dua pertuduhan.
Kpd Adam Adli, sabar dan jgn undur walau selangkah, kami bersamamu... kpd semua rakyat M'sia, jgn lena dan lalai,kelak kamu akan menyesal di kemudian hari..
Catat Ulasan