7 Apr 2013

[VIDEO] Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib


Lebih 1,000 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun di Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan CIMB dan Maybank.

Piket yang bermula jam 2 petang itu dimulai dengan bacaan doa oleh seorang jawatankuasa Nube, dan diaminkan oleh ahli-ahli Nube, tanpa mengira kaum.

Cuaca yang pada mulanya mendung dan hujan, kemudiannya bertukar menjadi cerah ketika mereka mula melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat.

Sehingga jam 2.30, jumlah mereka meningkat hingga hampir 3000 sebelum mereka berarak ke Menara OUB yang menempatkan bank CIMB, di Jalan Tun Perak.

Selain laungan semangat seperti 'Hidup Nube', bangkit pekerja, hentikan penindasan, mereka juga membawa pelbagai banner dan sepanduk mengecam pengurusan CIMB, Maybank dan Bank Muamalat.

Antara banner yang menarik perhatian umum, ialah banner yang tertulis 'Abang sulung cakap rakyat didahulukan, adik bongsu cakap saya dan kroni didahulukan', 'adik PM, Nazir Razak mungkir janji'.


Naib Presiden Nube, Abdul Jamil Jalaludin ketika berucap di hadapan ahli-ahli kesatuan itu, berkata jika pemimpin negara benar-benar menghayati semangat 1 Malaysia, mereka perlu turun menemui ahli-ahli yang berbilang kaum pada piket itu.

Beliau yang dipecat pihak pengurusannya, Maybank cawangan Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu, dikatakan dikenakan tindakan atas alasan 'menjalankan aktiviti kesatuan secara aktif'.

Dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai, Nube menuntut 10 perkara yang memerlukan tindakan segera pihak berkaitan, antaranya menhentikan pencabulan Rukun Negara apabila pihak CIMBmeminta menurunkan semua gambar Yang DiPertuan agong sebagai langkah menjimatkan kos.

Nube juga menuntut agar menghentikan jualan produk secara salah seperti pinjaman, kad kredit kepada pelangganyNg bukan sahaja tidak memerlukan, malah tidak mampu membeli produk itu yang dijalankan wakil jualan bank yang tidak jujur dan menipu pelanggan.

Nube turut mendesak agar menhentikan caj melampau yang dikenakan ke atas pelanggan termasuklah caj untuk kemudahan ATM dan urusniaga transaksi, penyata bank, dan caj kepada pelanggan yang invin mendapatkan perkhidmatan mereka.

Piket yang berlangsung sehingga jam 4.

30 petang itu berakhir dengan aman, sambil diberikan kerjasama yang baik oleh pihak berkuasa.

Orang ramai yang melalui jalan tersebut turut membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan. -HD




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat di bahalol kan

Pekerja di batu kan

Kroni di kaya kan

Selamat Mengundi Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Abang dan adik serupa sahaja perangainya, janji ada masuk banyak-banyak. Rakyat diperhambakan.

Tanpa Nama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET tm

UDAH UDAH LE TU PAK AJIB AND THE FAMILY....CUBA CUBA LAH PULAK JADIK CHIEF PEMBANGKANG PULAK PAS NI....RAKYAT LAMA DAH SABAR...TERIMA HAKIKAT BAHAWA BN UMNONOK DAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA....SELAMAT JALAN BARISAN NASIONAL..JASA BAIK MU DI KENANG..JASA BURUK MU KE LONGKANG...SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA DUHAI PAHLAWAN RAKYAT KU...PAKATAN RAKYAT...MOGA CURAHAN BAKTI MU UNTUK RAKYAT DAN UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT DAN RAKYAT EVER EVER AND FOR FEVER...SOLUTE AND TABIK SPRING DSAI AND THE GENG....PR

Tanpa Nama berkata...

Undi dan kempen jatuhkan BN PRU13, supaya kebajikan rakyat lebih terpelihara

Tanpa Nama berkata...

Aku kaya...
Aku kaya...
Aku kaya...
Siapa kaya?...
Mahadead dan anak-beranaknya.
Najib dan adik-beradiknya.
Shahrizat, suami dan anak-beranaknya.
NongChik dan anak-beranaknya.
Siapa lagi?...

Tanpa Nama berkata...

DULU SYARIKAT TONGKAH, ANAK MANTAN PM PUNYA TUTUP TANPA NOTIS...PEKERJA TIDAK DIBERI TAHU,GANTI RUGI TAK BAYAR...KWSP PUN TAK BAYAR.TINDAKAN TIDAK BOLEH DIAMBIL KERANA SYARIKAT ORANG POLITIK.

Tanpa Nama berkata...

Hisap Darah tak tercatit dalam Manifesto BN.

Tanpa Nama berkata...

Undi BN maka suku sakat diaoranglah diutamakan semua jawatan besar seperti CEO semua kasih keluarga terdekat diaorang. Mahasiswa suruh makan batu, biar diaorang bayar PTPTN sampai mampus. Ini kau cakap nak beri peluang perkerjaan?? Peluang untuk jadi penggangur adalah. Orang muda bukan bodoh oi UMNO. Said NO to UMNO untuk selamatkan karrier perkerjaan anda dan menambahkan lagi peluang perkerjaan dengan menghapuskan amalan kroni yang UMNO sekarang amalkan.