5 Apr 2013

[VIDEO] Guan Eng: Saya Pilih Jumaat Penghulu Segala Hari


Petaling Jaya: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."

Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari ini Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR semalam.

Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Pagi semalam Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.

Beliau mencadangkan agar ini dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 lagi contoh yang hebat drpd seorang pemimpin bukan Islam yang begitu memahami Islam. Lim Guan Eng memang 100 ribu kali lebih mulia drpd pemimpin UMNO/BN yang terbukti menolak Islam hidup-hidup. Saya berharap beliau dapat terus kekal sebagai KM Pulau Pinang. Semoga hidayah Allah menjadikannya seorang Muslim.

Tanpa Nama berkata...

salam. Ya Allah, sebagimana engkau telah memberi hidayah kpd kami, engkau berilah hidayah kpd saudara Lim Guan Eng dan mereka2 yg belum engkau beri hidayah d seluruh alam. Sebagimana engkau telah muliakan sahabat2 R.A selepas engkau beri hidayah, begitu juga engkau berilah hidayah iman mereka2 yg suka kpd pentadbiran yg adil sptmana yg d tuntut olehMU. kami berharap agar dpt menjadi saudaranya dunia akhirat. amin.
-jack

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, berkesan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah jatuhkan BN di Putrajaya dengan keberkatan jumaat, diganti pemerintah beriman, amin

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

BN akan kalah jika bertanding dengan tiada tipu daya.

takut azab ALLAH berkata...

org bukan ISLAM pun memahami dan meng
hormati KEBESARAN/KEMULIAAN HARI JUMAAT.Antara dosa2 arwah um NO LEMBU
diketuai muhyidin bersama B angkai N egara JOHOR menukarkn JUMAAT pd AHAD
INIlah antara DOSA2 besar mereka yg kami tidak akan maafkan...lihatlah berapa ramai remaja,pelajar dn org awam yg tidak solat atau tergesa2 dn
lewat utk solat JUMAAT.PARA mufti dn kadi terus angguk dn di kencing oleh
puak2 SYAITAN YG DIKENALI.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah !!!!!

Dengan hanya Hidayah dari ALLAH SWT sahaja, LGE masok Islam dan berkedudukan lebih baik dari si Bacul....

Tanpa Nama berkata...

Sejak Merdeka, tak pernah dengar Ayat LGE ini dari mulut pemimpin2 UMNO/MCA/MIC.

Tulah hinanya bila sibuk mentadarah hasil haram dari hasil memerah Rakyat, menipu dan rasuah.

Tak kira Melayu/Cina/India, hukum dan balasan Allah akan tetap berlaku.