16 Apr 2013

Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013


7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

“Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ekonomi terbaik untuk alaf ini.

Tanpa Nama berkata...

ketakutan najib, mahathir kini berada di peringkat tertinggi, apa akan jadi sekira nya PR ambil alih Putra jaya, untuk ingatan UMNO/BN bahawa keyakinan dan kehendak rakyat pun berada di tahap yg sangat sangat ingin berubah, bukan kerana Anwar, tetapi kerana jelak dengan media yg saban hari membohongi rakyat dan pemimpin umno yg menimbul isu perkauman , sekarang bukan tahun 1969.....rakyat sudah celik mereka mahu hidup bersatupadu dan dlm keharmonian, runTuhkan benteng UMNO.. MANIFESTO pr TERBAIK.

Tanpa Nama berkata...

Inilah saat-saat yang ditunggu rakyat. Apabila harga minyak turun maka dengan sendirinya harga barangan dan perkhidmatan lain akan turun. Sesungguhnya bebanan rakyat akan berkurangan seterusnya menjalani kehidupan dengan sejahtera. Selamatkan Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat demi kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

kami69 berkata...

KAMI TAK PEDULI LU MAU TURUN MINYAK KA NAIK MINYAK KA APA KA, KAMI SUDAH MUAK, JEMU, MELUAT SESANGAT DAH ! ABU ABU ABU !

Unknown berkata...

Insyaallah PKR akan berjaya membentuk kerajaan di PRU13.

Tanpa Nama berkata...

Mail LAMBUNG..FC
Bagi peluang Pakatan memerintah plak ,tengok dengan janji2nya .kalau di kotakan alhamdulillah , rakyat juga yg senang .kalau tak gulingkanlah kembali .

hang nadim berkata...

bila PR menang di PRU 13 ni..saya nak menangis sepuas2 nanti kerana sebak sangat dihati kerana mcm diri fizikal/mental dibebaskan dr kekangan dr penzalim.. dikeliling tengokkan pemimpin2 umno senangnya dgn kayaraya melimpah sedangkan rakyat hidup sempitnya..

Kak Uda ila berkata...

InsyaAllah, Segalanya bersebabkan satu sahaja. Rakyat Mahukan Negara yang tidak menekan. Itu sahaja. Bila Pemimpin reti untuk membelanjakan wang secara khusus, maka itu sudah cukup memadai. Segalanya akan menjadi senang, lancar dan telus.

Biarkan mereka-mereka yang masih terkapai-kapai jauh dari kesedaran, esok lusa mereka juga akan menggaru kepala memarahi diri akan kebodohan diri sendiri. yang sudah sedar awal, ALLAH menyayangi kamu.

Tanpa Nama berkata...

kalu pr menang jiwa aku tenang waktu prime time .....berita jam 8 malam3030

Tanpa Nama berkata...

PR menang lepas tu pegi gadai handbag handbag Kak Mah. Gerenti minyak turun seturun-turunnya

Tanpa Nama berkata...

macai tak mau harga minyak & kereta murah. Apa susah, buat 2 harga:
Minyak utk macai jual RM2.50 seliter, utk ahli PR jual RM1.50 seliter.

Begitu juga kereta, contoh Myvi utk macai jual RM70ribu, utk ahli PR jual RM20ribu sebuah...kerajaan tak perlu pening nak cari tambahan hasil negara @ subsidi.

Kak Uda ila berkata...

Masalahnya Anon 11:59
Ada tak agak-agaknya yang nak mengaku dulu Penyokong Tegar BN bila bab nak membeli kang.

hehe

Tanpa Nama berkata...

betul juga Anon 11:59

kalau nak beli petrol, sila tunjuk kad keahlian PAS, PKR atau DAP.

Kalau macai tunjuk kad UMNO, kita up harga COW COW COW

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tunggu harga minyak turun. yahoooo... ABU! ABU!

Tanpa Nama berkata...

Yahoo !!!!!!

Puak puak DUMBNO kecut dan terkentut kentut berapi ketahuilah gas gas mereka mereka yang hidup mentedarah hak rakyat , kentut mereka berapi neraka....

Tanpa Nama berkata...

BN menang minyak naik harga, harga barang ikut naik, pilih BN rakyat merana

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah.. PR menang. Amin.

Tanpa Nama berkata...

kalau PR menang, dan harga minyak turun,tak kira kau dacing skali pn, ko tetap layak dpt harga murah sbb itu hak kau sbgai rakyat malaysia.bkn spt kerajaan sblm ni,duk ungkit penyokong pembangkang yg terima bantuan kerajaan pimpinan najib.ABU

Tanpa Nama berkata...

AKU NAK BUAT NASI AMBENG ENAK BANGET

Tanpa Nama berkata...

minyak turun harga barang tak turun ape cer.sama juga belanja dapur tetap mahal.