PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata, yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak.
Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."
Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."
Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".
Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.
Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan Manifesto BN dalam TV1 dan TV3.
"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.
Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'.
Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."
Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
" Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran “populis, tanpa perubahan fundamental”.
“Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental,” katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.
Senarai penuh perbandingan antara
Manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto BN
Harga kereta
Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Dasar Perumahan
Manifesto Pakatan Rakyat
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
Manifesto BN
Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA Keretapa laju Manifesto Rakyat Memulakan langkah kearah membina system keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.
Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretaapi berkembar
Lebuhraya Sabah dan Sarawak
Manifesto Pakatan Rakyat
Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
Royalti Petroleum
Manifesto Pakatan Rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.
Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
Permit Teksi
Manifesto Pakatan Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
Pengkalan data
Manifesto Pakatan Rakyat
Mewujudkan system pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sediaada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.
Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi system pangkalan data yang bersepadu
Tanah wakaf
Manifesto Pakatan Rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat
Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Pakej penggajian baru
Manifesto Pakatan Rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan
Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji
Ulasan GB
Kalau dah ciplak manifesto PR, maka PRlah yang layak sebagai kerajaan baru Malaysia.
Demikian hukum kebenaran dan keadilan.
9 ulasan:
kan dah kate dlm BN mengong mengong semuanya. Cerdik pandai lari dah. Yg diorg terror bikin baru porno sama fitnah saja. Geli aku. K.O BN ... perkenankan lah ya Allah doa hambumu yg lemah ini..
Ciplak sudah satu hal. BN tak akan tunaikan janji dia punya. Lawak paling besar dalam janji dia ialah dia nak membuka peluang pekerjaan kepada rakyat M'sia pada masa yang sama diaorang masih utamakan kroni. Macam mana kau nak beri peluang pekerjaan kalau kroni you masih utamakan, yang akan menyebabkan banyak syarikat kecil gulung tikar akibat syarikat kroni. Kau ingat kami orang muda bodohkah??? Said no to UMNO supaya peluang perkerjaan kepada mahasiswa dapat dibuka semula dengan terhapusnya amalan kroni.
Tahniah !!!
Memang nampak gayanya Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia...
Kalau dah bahalol, kerja tiru dan menipu lah memang pandai.
Apa pun, rakyat berhak tidak melantik budak budak benggap bahalol memimpin mereka kan.
NAMPAK SANGAT BAHAWA :-
1) PAKATAN RAKYAT SANGAT KOMITTED
2) TETAPI DIPIHAK SEBELAH, MEREKA
MEMBUAT RHETORIK DENGAN
MENIRU, KEMUDIAN MENGKAJI,
KEMUDIAN MEMPERHALUSI DAN
AKHIRNYA MENIPU.
PERINGKAT AWAL LAGI DAH AUTA KONON2NYA TAK NAK PAKAI MENIFESTO TETAPI AYAT MENIFESTO DIGUNAKAN BERULANG KALI.
manifesto bukan janji. Perkara yg pasti jika BN menang ialah :
1. AES diteruskan seluruh negara. jalan kampong, tepi hutan tak kira. lebih 30kmj = saman RM300
2. Cukai reload talian telefon prabayar 10% akan diteruskan kembali. topap RM10 dapat RM9 saja.
3. GST dilaksanakan.
4. Pelarasan semula harga minyak petrol, disel dan gas memasak. RON95 = 2.90, RON97 = RM4.50 paling murah berbanding negara lain.
5. Harga kereta turun, mesti ada bahagian lain yg naik.
6.
Dulu kini & selamanya UMNO tu adlh Umat Melayu Naif Otak nya maka tak heran lah copy & paste kmudian touch up pastu berlagak angkuh plak tu kononya dia la yg punya!
Jom realisasikn PR ke Putrajaya dgn formula ABCD!
Asal Bukan Calun Dacing kita pakat2 sokong!
Asal Bukan Cop Dacing kita ramai2 PANGGGKAHH!
agar
Ko ko..
Ko Be End!
betullah kata orang
Manifesto atau moneyfesto
Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.
Restoran PR lebih awal memperkenal menu ‘Nasi Rakyat’ dan Restoran BN turut memperkenal menu ‘Nasi Impian Rakyat’. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.
Catat Ulasan