PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.
Naib Presiden PKR N Surendran berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.
"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.
Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.
Perbualan dengan penjual berhala
Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.
Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.
"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.
Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).
"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.
"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.
"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu. -mk
Zul Nordin hina agama lain bertentangan ajaran Islam – Bippa
Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.
Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.
“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.
“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.
Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.
Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.
Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.
“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.
“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.
“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.
Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.
“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya -KD
4 ulasan:
siapa dia ni? cukup kelayakan ke utk buat ceramah agama di surau2? ilmu agama pun x cukup dh pandai berkhutbah.... ceh..
inilah masa yg tepat utk ds najib membuktikan kpd rakyat bahawa plan transformasi beliau adalah suatu usaha yg bersungguh2.
heret segera zulkifli nordin. pulihkan kembali keyakinan penganut hindu terhadap kepimpinan pm yg kita sayangi.
Dia tahu hayatnya sebagai Ahli Parlimen akan berakhir tak lama lagi. Selagi ada kesempatan ucaplah apa yang patut walaupun berkaitan agama Hindu.
Sudah tak relevan lagi untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen.
Penganut Hindu sudah tentu tak akan mengundi/memilihnya lagi.
jahilliyah,..islam membawa keamanan dengan menjaga keharmonian beragama. ini org apa cerita...menghina agama org. apa ni..
Catat Ulasan