27 Mac 2013

[VIDEO] Tun Daim Takut Kekayaannya Dirampas Jika PR Menang


Tun Daim Zainuddin didakwa takut dengan kemungkinan Pakatan Rakyat akan mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya ke-`13 kerana bekas Menteri Kewangan itu adalah antara kroni terbesar Umno yang akan hilang kekayaan yang mereka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri apabila mengaut keuntungan dan kekayaan saham Bumiputera bernilai ratusan juta ringgit untuk diagihkan kepada kroni dan keluarganya.

Anwar mendakwa, beliau mempunyai rekod yang membuktikan salah guna kuasa Daim semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 hingga 1991.

“Tun Daim itu bimbang dengan kekayaan yang diambil secara haram daripada negara. Apa yang saya tidak setuju ialah ekonomi negara itu digunakan untuk memperkayakan keluarga dan kroni.

“Tun Daim sendiri tahu ratusan juta wang Bumiputera miskin diagihkan kepada kroni beliau.

“Saya tahu dan faham rekod yang ada kerana saya menggantikan tempatnya sebagai Menteri Kewangan selepas itu,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama Radio Free Malaysia (RFM) malam tadi.

Dalam wawancara dengan akhbar pro-Umno New Sunday Times, Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara dengan memimpin dengan nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Beliau turut mendakwa, tiada suatu idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor.

Anwar menegaskan, semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan, ekonomi negara membangun pesat antara 9 hingga 10 peratus setahun di samping hutang dan defisit negara dikurangkan.

Anwar berkata beliau yakin ekonomi negara akan bertambah lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Soal ekonomi negara saya yakin ia dapat ditambah baik seperti yang dilakukan Kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang yang jauh lebih baik pengurusannya.

“Jadi bagaimana kita katakan pengurusan ekonomi PR itu lemah berbanding Umno-BN sebelum ini?” soalnya.


3 ulasan:

amboKB berkata...

Daim berkata Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.
( Ambo setuju bahawo Anuwa buke calon yang tepat, betol sebab memang tak ada kalau nok cari hok tepat 100% memang tok buleh dapat )

Daim mendakwa Anwar akan mengucar-kacirkan negara.
( Setuju jugok sebab hok kucar kacir nyo ni demo yang selamo ni dok meratoh hok rokyat ! )

Tanpa Nama berkata...

Masya ALLAH

Apa yang nak ditakutkan....

Dengan teknologi moden yang sudah ada, semua jenis harta dapat di emaskan dan kemudian dapat di kapankan bersama Tubuh Badan (Jasad) yang juga dapat di mummy kan seperti Firaoun terdahulu.

Tak perlu takut kehilangan harta baik sebelum malaikat maut tiba, ataupun setelah bertemu malaikat maut.

Tak akan hilang gunung di kejar.... harta dunia pun boleh di mummy-kan dan dengan keranda di perbuat dengan Carbon-Fibre mampu bertahan selama mana Dunya bertahan.

Sessungguhnya mereka mereka yang menongkat langit semasa hidupnya adalah golongan yang rugi.

Ketahuilah....

Tanpa Nama berkata...

Ketakutan Daim sama dengan ketakutan Mahathir Kutty - semua jenis Penyamun Terbus.