19 Mac 2013

[VIDEO] Jadi Pak Angguk UMNO, Bekas Ketua SPRM Kalah Dalam Kes Saman Malu MB Selangor


Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

Keputusan penuh serta permohonan maaf akan dibuat hari ini pada jam 9.00 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama hari ini.

Abdul Khalid yang ditemui selepas perbicaraan secara tertutup di dalam kamar Hakim Datuk Lau Bee Lan bersyukur kebenaran dakwaan salahguna kuasa yang dikaitkan dengannya akhirnya terungkai.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa tuduhan salahguna kuasa tidak berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan juga Menteri Besar Selangor.

“Saya sekeluarga terutama isteri (Datin Seri) Salbiah Tunut dan anak-anak sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahgunakan kuasa walaupun di dalam soal hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban Aidiladha,” katanya yang turut ditemani Isteri, Datin Seri Salbiah Tunut.

Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin, Nadia Hanim Azlina mewakili mantan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

Sementara peguam S Sankaranair dan Murali Kalidass mewakili Abdul Khalid.

Abdul Khalid didakwa pada awal 2009 menyalah-gunakan kuasa menderma RM110,400 bagi tujuan 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak.

Menteri Besar juga menyeru pegawai kerajaan, SPRM dan polis perlu bertugas secara profesional dan tidak membenarkan diri mereka terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Ujarnya lagi, sebagai Menteri Besar, beliau sangat mementingkan integriti pengurusan dan gembira sepanjang pentadbirannya selama lima tahun tiada pegawai kanan kerajaan mahupun barisan Exco Selangor dilibatkan dengan kes salahguna kuasa.

Beliau menambah, rekod cemerlang ini diharapkan akan memberikan keyakinan kepada rakyat membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Ulasan GB

Kebenaran itu, sepertimana GB katakan selalu, akan tetap terdedah.

Ini sepatutnya memberikan pengajaran kepada semua penjawat awam yang memegang jawatan tinggi-tinggi terutama di dalam SPRM dan Polis yang sepatutnya "berkecuali" supaya berhenti menjadi pak turut dan pak angguk kerpada UMNO BN untuk memburukkan pemimpin Pakatan dengan kenyataan-kenyataan fitnah kerana apabila kebenaran terdedah, kamulah yang bakal menerima hukumannya.

GB rasa lebih ramai yang akan dituntut saman malu daripadanya terutama dari SPRM dan Polis selepas PRU nanti kerana acap sangat mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak profesyenal dan berat sebelah yang menjejaskan reputasi dan integriti badan-badan yang sepatutnya bebas dan berkecuali.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lansung tak ada gunanya!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pejawat awam yg makan gaji biasalah.. mcm lembu dicucuk hidung jadinya..skrg dh bebas..kembali kepangkal jalan le...nak mampus kena saman berjuta2...x cukup duit ganjaran dan pencen nk byr..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,
Sesungguhnya Allah Maha Adil dansentiasa memberi petunjuk dan pengajaran.
Tetapi puak-puak ni TAK PERNAH SEDAR, INSAF dan MAHU MENGAMBIL PENGAJARAN.
Lihat saja najib dia memecah segala rekod dlam pentadbiran negara selama EMPAT TAHUN PM yang paling lambat Bubar PArlimen, PM YANG PALING BANYAK MAJLIS DILANDA RIBUT (+-4 kali), PM yang bini paling banyak kuasa dan menonjol, PM bini yang paling banyak berbelanja, PM yang bini yang ada ofis di
Pjaya dll.
Dah kena ribut berkali-kali tak mau sedar juga.

Y.A.B TS Khalid dikayakan Allah dengan sahsiah,iman dan harta benda kerana sikapnya sebelum menjadi MB lagi, beliau bijak mengurus dan satu satu anak Watan yang menggegarkan bursa UK dengan Dawn Raid menyelamat kewangan negara.

Tetapi berlainan dengan MB-MB umno/bn yang papa jadi kaya lepas jadi MB.

PUAK-PUAK NI SUSAH NAK SEDAR DAN INSAF.....

Ya Allah kau kekal TS Khalid sebagai MB sehingga ada pengganti yang lebih baik....


tokwan perak

Tanpa Nama berkata...

Ye la
4 tahun dok menfitnah
Bila dah pencen kena masuk mahkamah
Dan takut Kalah takde backup nak bayar saman
Kena la minta maaf
Knp awal awal lagi bila masa Ada kuasa tak nak minta maaf
Sapa yang suruh buat fitnah Dan siapa yang back up
Ada Maruah KAH Anda.....

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan greenboc buat servey tentang prespsi rakyat terhadap SPRM dan PDRM samada ada unsur campurtangan UMNO atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Anony 19, 2013 @ 10:30,
TS Khalid bukan nak duit sanagat dia pun lebih dari cukup, tapi dalam soal ini maruah lebih penting, PUAK-PUAK lembu cucuk hidung ni ingat semua MB PR macam dia orang.
Lihat KM LGE guba merce lama dijangka harga harga jangkaan kurang 10k......

Semoga pemimpin in terusmemim

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, semoga lebih ramai lagi akan buka mata/mata hati utk melihat kebenaran dan kembali ke pangkal jalan, mudah2an Allah permudahkan jalan ke Putrajaya...amiiinn

Tanpa Nama berkata...

Kalau terus saman pun bagus gak. Saman dalam 5 ringgit cukuplah. Lagi banyak lagi bagus untuk pengajaran pada yang lain. Bila bagi muka, ramai yang tunggu turn nak buat fitnah. Kebanyakan bangsa bee end x tahu malu punya.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah bahalol di atas, bawahnya bahalol juga....biasa lah ini.

itu sebab kerja senang jadi pak bahalol, tak seperti Datuk Seri Khalib Ibrahim yang raut muka bukan gaya 8-430 punyea.

memang ada beza orang benggap dengan orang yang cekap tau...

Tanpa Nama berkata...

SPRM barua UMNO dulu kini dan selamanya, kecuali pakatan Rakyat keputrajaya insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Bila dah tak ada kuasa, UMNO/BN tendang ke tepi sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa terharu atas kemenangan
yang Allah tunjukkan kebenarannya
Namun saya amat berasa kesal dan
sedih kerana..... masyarakat di luar
internet hanya tahu berita awal
(...Fitnah ke atas YB MB Selangor)
Kisah kemenangan dan mohon maaf itu
belum tentu orang awam tahu.
Maka jadilah ia modal politik yang berjaya di pihak mereka?

Tanpa Nama berkata...

Mesti ada Macai kata Tan Sri Khalid dah bayar @ DSAI yg bayar. Ckp mcmana pun mesti diorg tak percaya sebab semua Macai dlm UMNGOK telah diajar
" No Money No Talk "