Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah.
Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.
Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.
Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja.
Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.
Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun.
“Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,” tulis blogger Erapasca. -HD
Ulasan GB
Yang nyata ia bukan video, tetapi gambar-gambar yang diedit kemudian dikumpulkan untuk membentuk sebuah slaid.
Semenjak dari fitnah video yang pertama, muka "pelakonnya" tak pernah terang dan jelas. Gambar hitam-putih untuk tidak menampakkan kesan editing.
GB ingin mengingatkan tentang firmanullah s.w.t:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya dan ulamak mereka pula, baik yang tua dan yang muda, berdiam diri seolah-olah merestui fitnah-fitnah UMNO tersebut.
Makin jelas dan nyata "keengkaran" UMNO ini.
Yakin dan percayalah, UMNO tidak akan menang dengan fitnah malah fitnah itulah yang bakal menumbangkan UMNO. Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang kita kenali sebagai SUNNATULLAH! Hanya si "kufur" mahu melawan kuasa ALlah.
25 ulasan:
agma islam tdk prnah mngajar mmbka aib sesama islam..malah kt d sruh ttp keaiban org lain demi menjga maruah seseorang islam..jika menfitnah org tnpa membawa saksi berdosa besar ai...subhanallah. .manusia akhir zaman..
yang menggeleber pun DSAI yg tough pun DSAI, macai.. macai.. video aritu dah gagal, ubah cari org yg badan ok skit. tapi masih nak kate yg dulu tu DSAI jgk.. adoi..
biasalah.. cerita sama, yang boroi dikempiskan, yang tak serupa cuba disamakan, yang hitam putih tak pulak boleh dicolorkan.. hairan!
prinsip mesti tegas tidak bersekongkol dengan puak syaiton yang dikenali.lawan tetap lawan.
FIRMAN ALLAH SWT :-
WAMAKARU-MAKRALLAH-WALLAH-HU KHAIRUL MAA-KIRIN - DAN MEREKA MEMBUAT MAKAR(AKAL BURUK/TIPU MUSLIHAT) DAN ALLAH JUGA MEMBUAT MAKAR.
SESUNGGUHNYA MAKAR ALLAH ADALAH SESUNGGUHNYA LEBIH BAIK.
SEKARANG INI ALLAH MASIH MEMBERI KESEMPATAN DAN HANYA BARU TURUNKAN TANDA2 SEPERTI RIBUT TIKA BERPESTA.
TUNGGULAH MASANYA KIRA TIDAK ADA PERUBAHAN, PASTI ALLAH MENURUNKAN AZAB KEMUSNAHAN DAN MELENYAPKAN KELOMPOK2 INI.
SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI BUAT PERINGATAN KITA YANG TERLEKA.
BUAT PIHAK YANG TERANIAYA BANYAKKAN BERSABAR KERANA SABAR ITU ADALAH IMAN(KEPERCAYAAN).
"PEMIKIR"
zaman moden ni guna hp pun boley buat super impose. apa nk heran.. udah la umno oiii.. kitorg x mau buang masa pikir benda karut marut nih.. cuma yg kitorg nk 'say No to Rosmah'
Pehhh tegap badan DSAI tu mengalah badan aku...ini sudah lebih rasa tercabar plak aku...kalau video dulu tegap tp boroi...hehehe puak-puak MUNAFIK nie tak habis-habis nak buat fitnah...kalau betul nak kantoi kan DSAI. ..masa dia tghMEN**B*R tu pencacai panggil la jab. Agama dgn budak gemok botak 999 tu buat LIVE....tentu game over DSAI...
Selemah-lemah Pak Lah, dia tidak hidup berpolitik dgn fitnahkan Anwar. Tetapi Dr Mahathir dan Najib yang dikatakan lebih kuat drpd Mahathir terpaksa bergantung dgn fitnah utk menang.
Ingatlah, hidup di dunia hanyalah sementara menantikan balasan di akhirat. Jangan salah pilih. Utk mewah di dunia, tetapi terseksa di akhirat.
xda cerita lain ke nk buka? rakyat makin meluat kalau asyik fitnah je....liwat 3 la...liwat 4 la......bengap tul la cai cai bn
Membuka aib pada org yg ingin menjadi pemimpin dibenarkan. Hadi awang sendiri mengulas persoalan tersebut.
Jika ini fitnah didtgkan utk memalukan anwar, maka seperti mana biasa api fitnah tetap tidak akan subur lama dan pemfitnah akan tetap mendapat balasan dari Allah aw. Jika ini adalah benar, maka anwar dilarang sama sekali menjadi PM dan adakah org2 yg memilihnya juga berdosa atau jatuh haram mengundi dia?
Jika nak menilai gambar, suluh la pixelnya, pastikan line cropnya, dan harmonikan exposure pada keseluruhan gambar dan pada tempat2 yg was2. Super impose tetap tidak dpt melawan yg asli. Itu hakikat.
Cuba buat surveysekali siapa percaya org dlm gambar tu benar2 DSAI.
belum tentu hakikat.dah pastikah cerita ni.yang penting tukar bn kepada pr dalam pru 13 banyak hakikat akan terangkat
DUMBNO dan Fitnah bagai MahaFiraoun dan Bacul.
Itu aje kerja dia , otak benggap.
Buat habis beras aje !
DS Anwar, ikut logik. Nak piknik dengan family dia pun payah curi masa. Apalagilah nak buat menda tak berfaedah camni. Bersabarlah DS.
Hujung-hujung yang malu mereka gak kang.
Teruskan menjadi PM Anwar. Den sukoooo
Kalu org xbsalah pun mereka boleh bunuh...inikan pula fitnah yg macam ini...ape ler sgt kannnnn....pikir2kan lah....ABU...
ada lagi manusia yg dunggu di dunia modern ni...hatinya buta kerana taksud...dan menolak bukti sahih tampa usul periksa....sebab tok guru mereka cakap filem tu besi...heee...kesian..
sokong kata Gb...ia adalah slaid bukan video...
Kasihan dengan mendiang Altantuya.
Mendiang rugi di dunia dan akhirat.
Sial lihat gambar org tu betul2. Badan kena cahaya nampak cerah. Tapi muka x kena cahaya gelap. Mcm photo edit. Jgn fitnah sudah. Wallahu a'laam.
Depa kenyang dapat upah buat FITNAH...AKHIRAT BELAKANG CERITA...
dulu badan DSAI boroi.. kantoi video, terus dia buat badan, kasi tegap.. itu sekarang badan nampak tegap.. fikir-fikirkanlah..
Lawan DS Anwar seorang pun UMNO tak boleh menang, inikan pula UMNO nak lawan rakyat dalam PRU ke 13 nanti. Pastilah akan UMNO tewas sedikit masa lagi apabila rakyat memangkah/undi Pakatan Rakyat.
hi hi..sy jd cemburu kpd DSAI kerana badan dia yg berotot dlm gbr sini..badan cerah, muka jd gelap plak..memang bodoh bebal org2 umno nak buatkan keja fitnah ni..DSAI adalah PM Malaysia lps PRU 13 ni...yesss
bila Presiden MCA buat filem lucah, UMNO tercabar nak bikin filem lucah juga, tapi guna gambar orang lain..
Lighting semua lari laa.. Nak edit beragaklah..Jangan pakai ambik lulusan pasar malam jerrr ...haruuu
Catat Ulasan