Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan 1,000 permit kepada pemandu teksi dilihat ‘menciplak’ idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR).
Pengumuman tersebut juga mengesahkan bahawa dasar-dasar manifesto PR yang sebelum ini dikecam oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya mampu dilaksanakan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini Umno-BN terus gagal untuk mengumumkan manifesto sendiri sebaliknya menciplak idea dasar PR.
Najib cuba mengumpan rakyat dengan janji akan melaksanakan program PR itu sekiranya Umno-BN menang dalam PilihanRaya Umum ke-13, katanya.
“Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato’ Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini.
“Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini,” kata Rafizi di dalam satu kenyataan media.
Manifesto PR yang diumumkan bulan lalu antaranya berkata PR akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi.
Permit teksi juga akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.
Agensi kerajaan juga akan dipertanggungjawabkan untuk melatih usahawan-usahawan teksi dengan kemahiran khidmat pelanggan dan perniagaan.
“Ucapan beliau (Najib) berbaur ugutan politik apabila menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah ‘bai’ah’ (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan,” kata Rafizi.
“Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa beliau (Najib) tidak berani berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi.”
Gerakan Teksi dakwa permit individu hanya gimik politik
Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi (Teksi) mempertikaikan cara kerajaan memberikan lesen individu kepada pemandu teksi baru-baru ini, yang dianggap sebagai gimik politik.
Ia memandangkan pemberian lesen itu perlu diiklankan terlebih dahulu agar semua pemandu teksi mendapat manfaatnya.
Pengerusi Teksi, Mohd Ridzwan Mohd Daud, berkata biarpun pemberian lesen individu itu dialu-alukan, namun pemberian yang dilakukan ketika ini tidak memberikan manfaat kepada semua pemandu.
"Ini kerana ia tidak diiklankan kepada umum, dan hanya sebahagian pemandu teksi yang mendapat lesen tersebut, itupun selepas memohonnya sejak 2010," dakwa beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, jika kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib pemandu teksi di negara ini, perkara ini (lesen individu) sudah lama perlu diberikan.
Sebaliknya, kata beliau sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen individu ini telah dibekukan sejak tiga tahun lepas.
"Mengapa baru sekarang diberi? Ketika boleh dikatakan waktu 'lampu merah?' Itupun tanpa pemberitahuan umum. Adakah untuk memancing undi?" soal beliau lagi.
Sebelum ini, beliau bertindak melancarkan kempen menuntut permit individu terhadap kerajaan, menyerahkan memorandum ke parlimen dan mengadu kepada pimpinan Pakatan Rakyat.
10 ulasan:
biasa la bila modal dah tarak ! masa ni apa saja minta dapat punya kemaruk sokongan ! ABU !
Tahniah,
Tanda perjuangan Pakatan Rakyat sangat tepat dan bermanfaat kepada berbagai lapisan masyarakat. Pelaksana tidak kisah. Rakyat yang menyokong dan bakal penyokong Pakatan untung dua kali.
Satu, Usaha Pakatan untuk membetulkan tadbir urus negara.
Kedua, Sebahagiannya telah dilakukan oleh pemerintah semasa.
Sokong Pakatan bukan kerana mata benda itu tetapi dasar serta iltizam mereka. Serampang dua mata. Jangka panjang. Bukan usaha terdesak untuk menyelamatkan diri. Hidup Pakatan Rakyat.
Prinsip bukan SANDIWARA.
ABU dan
Ini Kali Laah...
Mintak aja pasti dpt brwo...
tu pasal la dgn kerajaan skrg ni susah nk cr makan. kalo proposal cantik sah2 kena rembat dgn puak diorg..!! org lain kasi proposal org lain dpt projek. pegi jahanam dgn BN kali ni.
Najib smkin dkt nak pru smkin gila..
Pemandu teksi jgn mudah di gula-gula oleh najib. Jgn sebab anda kami merana. Anda dapat permit , yg tak dpt apa apa mcm kami terpaksa menanggung beban anda. Pakatan kalah maka hancurlah harapan rakyat. Harapan kami adalah kerajaan baru yg lebih dinamik, wibawa dan solid. Bukan yg ada la nie. Mcm tui..... hoi tangkaple Taib Mahmud tu hoi. Sakit le kepala aku tengok muka beruk tu. Tak cukup cukup ke woi.
Dia sudah hilang malu. Dah terdesak dan tersepit. Dia nampak apa yg PR buat bnyak beri manfaat kpd rakyat. Rakyat yakin dgn prjuangan PR. Yg penting prjuangan perlukan keikhlasan bukan ketidakjujuran.
Tahniah....
Si mamat itu ada gaya dan rupa pemandu teksi lah... mesti pakai ploton exora, sudah besar sangat mana muat masok ploton saga.
Idea dan Pemikiran ahli PR memang terbaik!!!
Alhamdullillah !!!
Inilah masanya untuk UMNO buat kerja last minute. kepada semua rakyat M'sia use common sense anda rasa akan berjayakah program ini kalau ianya selalu dibuat last minute?? UMNO terkenal buat kerja secara last minute dan kalau beginilah amalan kerja para pemimpin UMNO, sorry to said negara Afrika yang memang terkenal dengan banyak negara miskin pun boleh pintas kita dari segi kemajuan ekonomi kalau diaorang buat kerja dengan bersungguh. Takkan apabila kau nak kerajaan muskin Afrika pintas kita baru kita nak fikir?? Rakyat M'sia please fikirkan ini sebelum kita dimalukan oleh negara diaorang pada PRU akan datang.
Ciplak ke,tiru ke,ikut ke - itu semua Najib tak kisah.Sebelum bubar parlimen dia akan "banyak bersedekah" untuk mengabui mata rakyat.Lepas PRU dan kalau menang,SIAP!Dasar BN - Barang naik akan dimulakan.Fikirlah dalam-dalam! Belum pernah dalam sejarah negara ni,Perdana Menteri buat "sedekah" macam Najib buat.Apa ertinya semua ini? Dah tau nak kalah dan dah tau akan kalah.
Catat Ulasan