26 Mac 2013

Saifuddin Dedahkan Agen UMNO BN Mahu Keluarkan Video Seks Nurul Izzah Pula


Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah , ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik.... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini. Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum.

Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.

"Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.

Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak.

"PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit.

"Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan."

Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas.

Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian.

Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.

Ulasan GB

Dah lebih teruk daripada perbuatan dan pekerjaan orang kafir dah sehinggakan perempuan Islam pun hendak dijadikan mangsa fitnah mereka.

Silakan jika ingin terus melakukan dan menyebarkan video fitnah tersebut. Ia bakal mempercepatkan UMNO BN lingkup.

Dan seperti yang GB utarakan selama ini, golongan yang hidupnya memfitnah dan mempercayai serta menyebarkan fitnah itu, rohnya tidak akan senang ke mana saja ia pergi dan pendek umur!

Kita berdoa agar Allah s.w.t. segera mencabut nyawa si pereka dengan semua yang terlibat dengan penghasilan dan penyebaran video fitnah berkenaan agar tidak terlalu banyak dosa yang dipikulnya di dunia dan diakhirat nanti. Amin Ya Rabbal-'alamin.



sebahagian dari cyber-trooper UMNO


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah SWT akan azab yg paling dasyat kat dunia lagi. Sama2 kita lihat jika mereka tidak bertaubat

Tanpa Nama berkata...

masya ALLAH !!!!

apa zalim nya puak puak DUMBNO nih...memalukan umat manusia aje.

Tanpa Nama berkata...

Amin..Amin.. Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin...

Ya Allah, Engkau terima dan makbulkanlah Ya Allah doa-doa hamba-hamba-Mu yang dizalimi dan yang teraniaya...

Engkaulah Yang Maha Mengetahui atas segala apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku...semua itu di dalam PengetahuanMu Ya Allah...

Izinkanlah malaikat-malaikat Mu mengaminkan bersama dalam doa-doa kami Ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

reka citer blue suruh org ramai tgk.. patutlah gejala tgk video lucah dh merebak dlm masyarakat. ini sume keje org umno sendiri, suruh org tgk blue. celaka lu umno. mengatakan perempuan baik melakukan perkara buruk itu termasuk dlm 7 TUJUH dosa BESAR... manusia ini kecil saja pd pandangan ALLAH.. takutlah padaNya bukan takut kalah piliharaya...

Tanpa Nama berkata...

perjuangan mereka selari dengan perjuangan kaum yahudi. Lakukan banyak solat hajat meminta pada Allah dijauhi bala dan dihapuskan musuh-musuhnya umpama dicabut nyawa dari jasadnya kerana mereka telah keterlaluan dari landasan islam. Insyaallah, Allah maha mendengar dan maha menerima doa dan permintaan hambanya yang dizalimi.

kg senduk bg berkata...

bodoh piang punya puak2 umno neee..... apa nak susah rakam2 tangkap ajee lah kalau nurul izzah tu buat maksiat.... kan pejabat ugama tu kakitangan kerajaan.... nak buat cerita biaq la masuk akai.... bodoh mcm lembu juga puak2 umno nee... mcmna lah depa boleh caya benda2 mcm nee.....

Tanpa Nama berkata...

Allah telah memberi jaminan tempat orang yang membuat fitnah dalam neraka jahannam. Janji Allah adalah janji yang benar.

Berapa tahun lagi kita hidup? Tak sampai 100 tahun pun. Lepas mati? malaikat yang jaga neraka tak senyum pun kepada rasulullah. Apa lagi kaki fitnah. Selamat jalan ke neraka.

Tanpa Nama berkata...

Wajah2 kat atas adalah calun2 pghuni neraka...ya Allah jauhkan diri kami drp golongan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah sekiranya video itu dikeluarkan ttpkan lah mata hati org2 yg melihatnya utk mempercayainya...jgnlah Engkau ragukan hati kami pada sesuatu yg benar...menangkan org2 yg memperjuangkan agama Mu..lindungi kami Ya Allah kerana Engkau sahaja yg berhak memegang hati2 manusia..dlm keadaan ini Engkau saja tmpt kami mohon pertolongan..kasihanilah dan kuatkan hati org2 yg dizalimi..

Tanpa Nama berkata...

Sabarlah ,mungkin ini dugaan dan ada hikmahnya. Mungkin Allah memberi jalan rezeki melalui ini ( saman ). Oleh itu jgn sekali-kali menarik balik saman hanya perungkapan maaf dr mereka ini. Aku lebih hormat pemimpin PR yg meneruskan kes hingga selesai sbg pengajaran kpd mereka. Sekiranya wang saman ini tidak digunakan, sedekahkan kpd rakyat. Rakyat akan sayang kpd pemimpin berhati rakyat. Tidak perlu takut sekiranya itu tidak benar. Guna prinsip Lawan Tetap Lawan.

Tanpa Nama berkata...

Cukaplah sudah doakan supaya puak nie insaf dan bertaubat...marilah kita doakan supaya Allah kurniakan Neraka Jahanam kepada penfitnah ini...Amin Ya Allah..Amin Ya Allah...Amin Ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

Tak kira pemimpin besar kecik parti ape skalipung....pasal sex, duit....enmm cuma nasib masing2 kalu tak timbul...tak pro...kantoi...byk nak buat pun kat luar negara...jadi jgnla main video ni sampai kat jamban pun ade...itu hak dia...dia ngan tuhan...kalu tuhan nak tunjuk...at anytime...tak payah pakai video...terburai gak akhirnyer...