Papa Gomo pula mahu Anwar tarik balik kes
Enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, pemblog Papa Gomo sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.
"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.
Beliau juga memberi tempoh sama kepada Anwar iaitu 48 jam supaya pemimpin itu menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.
Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.
Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.
Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu.
Menurut Papa Gomo, apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin. -SH
Ulasan GB
Petikan:
"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya,"
Apa benda papagomo? Dedahkan kebenaran dengan mencipta video fitnah?
Ketara sangat beliau ini "syaitan dikenali" sepertimana ungkapan yang pernah dikeluarkan oleh idolanya sendiri Tun Dr Mahathir.
Tidak menghairankan sikap dajjal papagomo itu, kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin UMNO (sila rujuk gambar di bawah ini) malah dengan PDRM sendiri sehinggakan sampai ketika ini polis lansung tidak bertindak ke atasnya.
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.
Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!
Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!
Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!
25 ulasan:
Tunggu masa je kehancuran dia. dia ingat dunia ni dia yg punya dgn sokongan org umno & polis? Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan doa2 org yg dizalimi pasti dimakbulkan Allah.
Bila tiba masanya Papagomo akan terasa "bisa" yang diciptanya sendiri.
Betul. dgn mencabar kembali Anwar, papagomo secara tidak langsung mengaku yg blog tu kepunyaan Wan Azri yg dinamakan dlm surat tuntutan sebagai pemilik blog itu.
So dia dh tak blh lg guna pembelaan hujah yg kata dia xde kena mengena. Semestinya lawyer2 anwar dh blh guna ni sbg bhn bukti.
papagomo stupid,kalu 1000x finah pun org tak caya kat hg woi,bodoh.setan d kenali.
Kebal dengan manusia jer..dengan allah siaplah kamu....
Kebal dengan manusia jer..dengan allah siaplah kamu....
tengok cara dia buat blog dh tahu bro.
ini bukan saja syaitan yang dikenali tapi babi yang dikenali,makan haram buat kerja haram jadi semua haram macam babi ! ABU jangan lupa !
aku doakan hidupnya musnah dan panah petir...
Minta anwar buat solat hajat beramai-ramai spt dahulu di permatang pauh. Mohon Allah perlingkupkan pembuat fitnah umno/bn ni. Sesungguhnya hanya kpd Allah tempat kita mengadu.
Saat2 kematian umno/bn semakin hampir........Johor pun dah goyang skrg.
kalau boleh saya nak cadangkan kat Menteri Dalam Negeri supaya dia ni dikenakan tindakan dibawah ISA ke OSA ke Akta Percetakan ke atau apa-apa akta yang berkaitan sebelum dia memfitnah sultan-sultan ke atau menteri-menteri lain., sebab orang bila dah terdesak sanggup makan tahi ... dan tak nampak alasan yang dia ni tak akan menolak berbuat demikian bila dia benar-benar tersepit
Mamak tambi ni perasan diri melayu, idola pun tambi kutty juga.
So kertas siasatan yg sebelum ni yg dia tak mengaku blog dia tu, boleh bukak semule ke?
sebab skang dah terang2 mmg dia punye?
Kalau aku ada ilmu hitam aku aumpah papagomo ni jadi katak.
Yang mempercayai PAPAGOMO ni ialah spesis yang sama, serupa dan sewaktu dengan nya.
Kesian melihat Melayu seekoq ni. Makin hari makin nampaknya muka bertukar menjadi BABI @ KHINZIR yang bukan sebarang babi tapi BAIB HUTAN.
Walaupun permohnan kamu adalah lakonan sinis, seolah kamu ada ibu yang sakit, 5 adik-adik bersekolah,kamu miskin dan merayu belas kasihan......
Namun mesej sebenar ialah ultimatum kepada DSAI untuk menarik balik saman dalam 48 jam dengan ugutan pendedahan yang lebih banyak.... Sebenarnya dia mula rasa riak,takbur dan sombong seolah-olah dia ni untouchable.
Dia mungkin terjerat kali ini....... Sebab pemikiran begini dah macam firaun..... Firaun dihancur Allah bukan Nabi Musa...
Untuk manusia tak berhati perut ni awas.... Kamu banyak musuh... Salah satu musuh tu adalah yang kamu tak sangka...
Tokwan perak
Blogger...sila kemaskini perkembangannya sehingga dia menjangkau keuzuran ....penfitnah terbesar dalam sejarah manusia...
manusia kalau hidup makan benda haram,dah jadi darah daging inilah contoh terbaik.
Helo bro gomo, kalau mu sebarkan quraan dan hadis nsbi adalah ribuan juta lebihbaik dari dok sebarkan berita yng kamu sendiri tahu ianya fitnah. Satu lagi siapa idola kamu? Bukan baginda rasullallah ke? Jangan sampai Allah matikan hati kamu untuk menerima kebenaran.
sbb dah bnyk makan benda haram la tu psl keluarganya dah pecah belah...masalah rumah tangga...bini pun lari...tu baru sikit je tuhan tunjuk...kalau masih xsedar...mungkin kena panah petir kot... Dah nmpk sgt saat2 kejatuhan umngok dan blogger umngok skrg ni...yg bnyk memfitnah...ABU.
papagomo bergomol dengan syaitan?
papagomo ni, kalau Pakatan Rakyat menang dia kutuk najib dan mahathir pula, muka tak boleh percaya
Blogggers haram jadah ni (pinjam cakap PM) yang UMNO bela sangat... sama-sama masuk longkang nanti..
papa gomo anok sendiri...syaitan
benci dan teramat benci pada papa gomo.tak ade selera langsung melihat wajahnya. beza benor dengan para pemimpin PR.Mereka berwajah bersih dan tenang. Ni, dah lah muka tak cantik,bahasa hodoh, perangai pun ya Allah...Kau berikan lah pertunjuk kepada insan sekor ni.
Catat Ulasan