8 Mac 2013

[PANAS] Benarkah ISMA / BERJASA Jadi Kuda Tunggangan BN Untuk Pecahkan Undi Melayu?


Petaling Jaya – Adun Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang mahu bertanding 20 kerusi Parlimen dan Dun atas tiket Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) adalah tidak lebih sebagai kuda tunggangan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa tindakan Isma itu seolah-olah mahu menggagalkan strategi pertembungan dua penjuru antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Haniza lagi, tindakan Isma itu bukannya bertujuan membawa kesejahteraan umat seperti diperkatakan sebaliknya untuk memecahkan undi Melayu.

“Saya lihat tindakan ini adalah sebagai usaha nak gagalkan lawan dua penjuru dan mereka kuda tunggangan BN.

“Tindakan ini akan mengakibatkan perpecahan undi Melayu terutamanya golongan atas pagar,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat Isma sebelum ini.

Haniza berkata, tindakan itu juga dilihat memberi lebih manfaat kepada BN sekiranya undi Melayu berpecah di kawasan polariti kaum 50-50 antara Melayu dan kaum lain.

Menurutnya, PR sentiasa bersedia apa sahaja keadaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ini kali ini termasuk helah digunakan pihak lawan.

“Kita tahu pihak lawan akan guna apa sahaja cara untuk menang dan kita sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

“Ini bukan perkara baru sebelum ini di pilihan raya kecil pun ada calon Bebas bertanding,” katanya.

19 ulasan:

XUMNO berkata...

Percikan JIM yang sekarang memakai jenama Isma sememangnya dari mula adalah boneka Umno.Bertopengkan islam kumpulan ini sebenarnya adalah pendukung dasar2 zalim dan kemunafikan kerajaan Umno.

Tanpa Nama berkata...

selepas PRU, isma mungkin hilang wang pertaruhan, hilang maruah dan hilang dakwahnya pada masyarakat. Stigma di Msia, org yang terlbat politik, dakwahnya terbatas, walaupun dakwah tidak ada unsur politik.......jika kalah, jgn ngaku nak cuba2 dn cari pengalaman pulak.

ABU berkata...

XUmno kalu tak tau hal jangan nak komen, jangan bawak perangai UMNO bodoh kamu tu....Apa kaitan ISMA fdengan JIM?

Sekurang-kurangnya JIM 100% undi PR dari dulu lagi.

Ammy Hassan berkata...

ISMA adalah NGO non-partisan yang mendokong perjuangan Ikhwanul-Muslimin Hassan Al-Banna. Sungguhpun begitu ISMA lebih selesa dengan sikap UMNO yang meletakkan Melayu-Islam sebagai teras perjuangan termasuk hak-hak istimewa Melayu dan pendidikan Islam. Pertembungan antara ISMA dan Pakatan Rakyat (PR) adalah kerana bagi ISMA, dasar liberalisme PKR dalam isu-isu Melayu-Islam tidak dapat diterima dan dianggap merugikan Melayu-Islam. PAS juga dilihat oleh ISMA sebagai "cair" dengan "liberalisme" PKR yang mendominasi Pakatan Rakyat. ISMA lebih sesuai dikategorikan sebagai sebuah NGO Melayu yang nasionalis yang menerima hudud dilaksanakan tanpa mengira kaum. Cita-cita politik ISMA (jika ada)sebenarnya tidak mampu berpijak di bumi nyata jika konteks kemajmukan Malaysia diambilkira. Ia lebih kepada perjuangan "jangkamasa panjang" dan memberikan kesempatan kepada UMNO-BN untuk membankrapkan negara...

Tanpa Nama berkata...

JIM TIADA KAITAN ISMA. JIM TELAH DIBUBARKAN DAN PIMPINAN ISMA TIDAK PERNAH MENJADI AHLI JIM ATAU MEMEGANG KUASA DLM JIM. BEKAS PIMPINAN JIM DILIHAT BERSAMA DGN PAKATAN RAKYAT (I.E SAARI SUNGIB)

Tanpa Nama berkata...

isma tidak prrnah dok semeja bbincng dgn pimpinsn ttonggi pas @pkr.....mrka tegur umno dgn sopan tp hentam pas

Tanpa Nama berkata...

ammy hasan....maka sah lah isma mahu umno terus perinth msia...anda mgkin pmuda isma@pembina

Beg birkin dan hermes berkata...

Aduh, buat hal pulak dah kumpulan ISMAcai ni...Memang ini kes nak pecahkan undi Melayu. ISMAcai ISMAcai...

Tanpa Nama berkata...

Sdr Ammy, anda juga guna hujah spt UMNO yg tuduh PR ini tak jaga Melayu, Islam dan Liberal.

BN dn UMNO sudah lama beramal dgn Islam yg liberal. Amal dan galakan hidunisme ( berpoya), sejak lps merdeka dgn pop yeh2...hingga sekarang. Media UMNO juga sgt liberal ( Utusaan,TV3 dan media-prima)..Liberal sudah lama berakar umbi dlm msyarakat Melayu yg sudah lama dipimpin olh UMNO. LGBT juga disuburkan oleh pemerentah sekarang, isu gay dan lesbian juga sudah lama dan bagai bara dlm tanah. Orang Islam konfius dgn Islam yang syumul. ISMA selesa dgn UMNO, bmakna reda dgn kemungkaran dan kefasadan yg UMNO buat. ISMA jgn bersangka2 dan buruk sangka, sdgkan PR belum pun perintah Msia, tetapi sudah buat tohmahan akan hancurkan Melayu dan Islam. ISMA tiada ulamak yg boleh dihormati msykt. Tiada pemimpin yg berbakat dlm politik..Saya setuju, ISMA TIDAK bermuzakarah dgn pimpinan tertinggi PR utk bincang isu Melayu dan Islam, tapi bagi alas an org PR tak nak jumpa. Patutnya usaha sampai boleh duduk semeja, baru boleh beri kenyataan dan buat kesimpulan.

Tanpa Nama berkata...

sapa kata isma tak bbicang..isma dah bbncag dgn hasan ali, nasarudin, azam dan sewaktu dgnnya

Tanpa Nama berkata...

Bebudak bahalol sama aje perangai dan tingkah laku mereka; raut muka pun sama aje....lemah tiada konfident dan benggap. Usah di hirau mereka ini kerana tiada rakyat mahu pemimpin bacul seperti mereka ini.

Mana ada sama orang orang yang benggap bahalol dengan orang yang cekal tabah.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kuda tnggangang..kuda kepang

Tanpa Nama berkata...

ISMA DAN BERJASA TAJAAN UMNO

Tanpa Nama berkata...

ISMA adalah NGO yang bersifat neutral, tapi sebenarnya mereka ingin berusaha supaya UMNO & PAS dapat bersatu. Dalam masa yang sama, mereka dilihat seperti menentang PR. BERJASA pula adalah serpihan PAS yang tidak bersetuju dengan UMNO & PAS yang tidak bersatu. Kesimpulannya, mereka lebih rela membela UMNO yang sudah terbukti mengkhianati agama,bangsa & negara walaupun DAP & PKR telahpun membuktikan kewibawaan masing-masing di Pulau Pinang & Selangor. Ini menunjukkan ISMA & BERJASA tidak memahami fiqh politik. Oleh itu, marilah kita undi PR.

Tanpa Nama berkata...

salam

Jika mahu menyatukan Pas dan UMNO, atau dengan kata lain sebagai orang tengah, maka ISMA mesti neutral dan dihormati oleh pas dan umno. Tetapi TERLALU banyak kenyataan umum ISMA terhadap PAS sangat menyakitkan hati.......maka usaha menjadi orang tengah adalah usaha yg tidak ikhlas atau tidak cerdik untuk bersedia menjadi orang tengah

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini, ISMA tiada lagi ada kawan dlm dakwahnya, tiada lagi NGO dakwah mahu buat usahasama dengan ISMA. Isma sudah dicurigai. NGO spt Abim, Haluan, Ikram tentu semakin 'alergik' dengan Isma. Yang ada ialah NGO spt Jati, Pekida yg boleh bersama isma

Tanpa Nama berkata...

kuda tunggangan UMNO terbaru selepas Hasan Ali, Saiful, Zulkifli Noordin dll?

Tanpa Nama berkata...

ramai penjilat UMNO setelah gagal nak tubuh UG, jadi terpaksa tubuh NGO pro UMNO...?

Tanpa Nama berkata...

betul2......tidak duduk smeja dgn pimpnan ttiggi dn utama pas dn pkr.lps tu buat knyataan pedas ..isma blm matang...