Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.
Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba “Jurassic Park” yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih.
“Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta.
“Apa kebaikan dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni,” katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam .
Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.
Apa dipersoalkan, katanya, segala dijalankan Kerajaan Melaka setakat ini tidak membawa perkembangan positif tetapi lebih memberi kerugian negeri tersebut.
“Banyak projek yang mendatangkan kerugian. Projek monorel Ali Rustam kata bagus tetapi 27 kali rosak. Muzium kereta di Air Keroh pula hanya tiga kereta yang ada. Itupun kereta Proton,” dakwanya.
Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembinaan taman “Jurassic Park” sebagai taman tarikan pelancong.
Mohd Ali berkata, taman itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.
“Jurassic Park” itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. -selangorku
13 ulasan:
LEBIH BAIK DITAMBAH PUSAT JAGAAN ORANG TUA,RUMAH ANAK YATIM DAN PUSAT TAKFIH AL QURAN JURACSIC PARK IALAH ORANG TIDAK AKAN DATANG UNTUK KALI KEDUA DAN ORANG AKAN BOSAN
Lepas ni kita letak ali rustam dan umporno dalam muzeum itu untuk pameran generasi akan datang.
cadang buka satu lagi muzium ketam ! ABU jangan lupa !
Saya dan keluarga pernah pergi ke muzium kereta, tetapi tak jadi masuk. Tiket yang dikenakan agak tinggi jika dibanding dengan bahan pameran yang ada.
Mana2 negeri pakatan menang nanti kalau nak buat taman tema jurassic, Insha Allah saya boleh siapkan kalau ikut skala yg sama dgn Melaka (Mega), paling mahal RM80 Juta je.
Tukar kepada Pakatan Rakyat adalah terbaik!
xde macai nak bekap ke? haha
Kalau ada projek ada la sumbangan, untuk majlis persandingan dan tabung UMNO misalnya.
Ok la tu.. Murah skit dari lembu nfc.. Jurasic pak dia!!! Ptuihh!!!
inilah sebahagian slogan dan ikutan SAPUUU ....SATU MALAYSIA oleh pmimpin
BONTOT LEMBU um NO dan B angkai Ngara
kemudian didendangkan bahawa kami tradisi membela rakyat TETAPI sebalik
nya tradisi menakutkan,memperbodohkan
rakyat.tanpa B angkai N egara rakyat
akan mundurrr selamanya.DULU KINI DAN
SELAMANYA rakyat akan diperbodohlembu
kan dan sekalian hroni-kroni akan diutamakan.ini semua TIDAK AKAN MUFLISKAN NEGARA...
Dinousor terlalu diagung2kan. x mendatangkan faedah dunia dan akhirat. It's just animal. Kenapalah manusia zaman ini lebih kepada keduniaan semata2. susah sangat nak cari pahala. Cukup2 lah discovery channel kan ada tuk tgk semua itu.
bangunlah org2 melaka utk hentikan umno/bn nak membuangkan duit kpd kocek tembolok dia aje lg. ..umno tu sendiri akan jd Jurassic selepas PRU 13 ni..boleh kita tengokkan jurassic org2 umno/bn meracau kesana sini kerana dikejarkan oleh SPRM nanti ..
ABU..100%
Asal Bangang Umno!
Asal Bengong Umno!
Asal Bodek Umno!
Asal Bodoh Umno!
Asal Bengap Umno!
Akhlak Burok Umno!
Asal Bani UMNO?
tu lah Umat Melayu Naif Otak nya!
ABU..
Aku Bukan Umno!
Catat Ulasan