23 Mac 2013

Kenyataan Kit Siang Sedia Bertanding Atas Tiket PAS, Bukti "PAS For All" Berjaya


PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

“Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik,” tegas beliau. -HD


Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS


Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.
-mk


ULASAN GB

Mungkin ada yang terkejut kesediaan Lim Kit Siang untuk bertanding di atas tiket PAS sekiranya partinya DAP menghadapi tindakan penggantungan daripada ROS.

Namun, yang nyata, kenyataan terbuka Lim Kit Siang itu adalah bukti kesetiakwanan PAS-DAP-PKR di dalam Pakatan Rakyat adalah mantap.

Kedua, slogan PAS selama ini "PAS FOR ALL" telah berjaya dan diterima oleh semua kaum di negara ini. Ornag Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS yang difitnah oleh UMNO dan sekutunya dengan pelbagai momokan seperti hudud dan sebagainya. Dengan pelbagai penjelasan dan penerangan oleh pimpinan PAS, masyarakat Cina dan India sudah mengerti bahawa PAS bukan sebuah parti ekstreme tetapi sebaliknya PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan - sebuah perjuangan yang menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat seluruhnya.

Sudah ramai orang Cina dan India yang mengibarkan bendera PAS di mana-mana.


Begitu juga orang Melayu dan Islam dalam PAS. Mereka tidak lagi memandang DAP sebagai sebuah parti cauvinis Cina.


Kedua-dua parti, PAS dan DAP telah dapat saling memahami dan menghormati dasar perjuangan masing-masing. Dan peranan serta jasa yang dimainkan oleh PKR, dalam banyak ketika, sebagai jambatan memperkukuhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan tidak juga dapat dikesampingkan.

Kini ketiga-ketiga parti di dalam Pakatan Rakyat adalah rakan seperjuangan, seiring sejalan, seia sekata untuk mempastikan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini dengan menumbangkan parti-parti berasaskan perkauman di dalam BN iaitu UMNO, MCA dan MIC.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Pas makin berjaya mendapat sokongan rakyat, manakala UMNO makin tenggelam

Tanpa Nama berkata...

HIJAU KEPUTRAJAYA MAKIN CERAH DAN MAKIN JELAS, INSYAALLAH ISLAM AKAN MENANG.

XUMNO berkata...

Umno/BN dan pemimpin2 Jabatan yang jadi barua Umno boleh buat apa saja, tapi ingat, rakyat tidak akan lupa. InsyaAllah bila Pakatan Rakyat ke Putrajaya mereka yang bersekongkol dengan Umno/BN yang main politik dan salahguna kuasa akan diseret ke muka pangadilan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

terharunya saya kerana PKR/DAP/PAS begitu harmoni antaranya. Ini yg kita hendakkan keadaan di Malaysia iaitu semua kaum boleh hidup bersama, tolong menolong dan pandai menghormati antaranya.
Kalau ada undi antara Lim Kit Siang dibandingkan dgn Chua Soi Lek.. kpd saya 10-0, 10 undi adalah utk LKS

Tanpa Nama berkata...

PR kursusnya PAS mestilah istikomah dlm memastikan kemenangan yg sudah hampir tapi ingat, mereka masih berkuasa dan tidak mustahil UMNO akan mengunakan apa saja sumber yg ada utk mengekalkan kuasa, tanpa pertimbagan & kemanusiaan, ingat tuuuuuuuuu.

Tanpa Nama berkata...

WAMAKARU..WAMAKARALLAH..WALLAHHUKHAIRUUMMAKIRIN...Perancangan UMNO akan memakan diri..Ya Allah kau berikan lah balasan keatas UMNO yang selama ini menzalimi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Pakatan Rakyat nampak gaya nya dengan mudah dapat menang besar PRU13 ini....

Si Syaitan Yang Dikenali mampu menjadi Syaitan Gerenti Syaitan jika ia mahu untuk menang PRU13 , dah namanya Syaitan. Tak kan ketua2 Syaitan nak duduk kat Sungai Buloh kot.....

Nak kena pikir jugak yea...

Tanpa Nama berkata...

Apa yang penting DAP mesti menghormati hak rakyat beragama Islam dengan tidak menganggu gugat hal ehwal agama Islam.Islam adalah agama yang adil & menjaga kesejahteraan semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

Moh kita doakan bersama semoga Allah SWT mengurniakan hidayah kepada beliau untuk menjadikan Islam sebagai agamanya.

Tanpa Nama berkata...

Ganjilnya komen semua ada nada yg serupa macam ditulis orang yg sama jer ...

Tanpa Nama berkata...

Anon 6.56
Ni siapa yer...
Dah nama pun blog PR...mestilah ayat2 sama...sokong jerrrr...
Kalau saper2 masuk blog pro BN, mestilah org tu sokong...kalau tak komen dier tak keluar...dah tentu ayat2nya sama...
Dah...pergi main jauh2.

Gadis pepet berkata...

pas for all to putrajaya

Gadis pepet berkata...

hidup pas <3