7 Mac 2013

Keganasan Di Sabah Berpunca Dari Tun Mahathir - Wilfred Bumburing


Saya menyokong penuh cadangan dan gesaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar kerajaan memanggil satu sessi perbincangan meja bulat peringkat Parlimen untuk mencari penyelesaian terhadap pencerobohan oleh anasir asing di Lahad Datu yang kini sudah menular ke daerah lain di Sabah.

Dalam hal sama, kerajaan Negeri Sabah juga harus berbuat demikian melalui Jawatankuasa Keselamatan di peringkat negeri yang turut melibatkan kerajaan dan pihak pembangkang.

Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk memberikan maklumat serta merta dan tepat kepada rakyat mengenai perkembangan sebenar dan terkini dan jangan membiarkan rakyat bergantung kepada berita dari luar negara; khususnya berita melalui talian dari Filipina yang saya pasti tidak memberikan maklumat sebenar yang memihak kepada negara kita.

Bagi pihak rakyat Malaysia di Sabah, saya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebagai satu-satunya orang yang bertanggungjawab kepada keadaan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sekarang akibat daripada Projek IC yang dimulakannya; di mana ribuan rakyat asing telah diberikan kad pengenalan, terutamanya mereka yang datang dari Filipina sama secara sah atau tidak atas alasan yang hanya dia sendiri yang tahu.

Saya juga sama sekali tidak setuju dengan kenyataan beliau yang mengatakan bahawa pasukan keselamatan kita tidak melepaskan tembakan ke arah pengganas atas alasan mereka adalah Islam. Pandangan beliau ini bertentangan dengan pendirian yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas insiden Memali and puak Al-Maunnah di Sauk dan kenyataan yang beliau keluarkan merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia secara keseluruhan dan orang Sabah secara khusus.

Keadaan di Lahad Datu sepatutnya boleh dikawal dan kehilangan nyawa di kalangan anggota keselamatan kita boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa telah mengambil langkah yang sama.


Pencerobohan oleh anasir asing dan seterusnya kehilangan nyawa di kalangan warga kita boleh dianggap sebagai satu tindakan menyerang kedaulatan negara kita dan satu cabaran langsung yang ditujukan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Oleh itu segala usaha seharusnya telah diambil secara langsung bagi menangani masalah ini. Kegagalan dalam menangani krisis ini secara serta merta menunjukkan bahawa sememangnya kerajaan persekutuan telah gagal untuk melindungi kita dari pencerohohan anasir asing.

Sehubungan dengan perkara ini, saya menyeru kepada semua pihak untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan kedaulatan kita dan saya juga menyeru kepada semua pihak untuk tidak menyebarkan maklumat yang mungkin akan menjejaskan operasi yang mereka jalankan.

Saya sesungguhnya bersimpati dengan keluarga wira kita yang telah terkorban; kehilangan nyawa seperti ini boleh dielakkan sekiranya kerajaan persekutuan telah mengambil tindakan pantas sebaik sahaja kedaulatan negara kita berhadapan dengan ancaman sepertimana yang telah berlaku di Lahad Datu.

Saya juga menyuarakan rasa turut sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dan berdoa agar mereka tabah menghadapi suasana yang menyedihkan ini. Inilah doa ikhlas dari saya. -Datuk Seri Wlifred Bumburing


Dr Mahathir Akui Beri Kerakyatan Kepada Pendatang Filipina Di Sabah


SHAH ALAM : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengakui memberi kerakyatan kepada pendatang Filipina di Sabah ketika memegang tampuk pemerintahan negara kerana mereka memenuhi syarat ditetapkan undang-undang. "Ramai (pendatang Filipina) di Sabah, berada di sana bukan satu dua hari tapi sudah 20 tahun 30 tahun, mereka cakap bahasa Melayu dan berhak jadi rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas Program Bicara Minda Tun Dr Mahahir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13" di sini hari ini, beliau berkata masalah timbul apabila ada orang tidak senang apabila ada orang mendapat kerakyatan Malaysia. "Mereka yang berhak jadi rakyat dan penuhi syarat, kita bagi.

Saya akui saya bagi, di zaman saya, saya bagi. Orang ini sebelum kita merdeka mereka ulang alik dari selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan digaris penjajah.

"Begitu juga dengan mereka yang datang menyeberang lautan dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita memetik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali yang mendakwa perkembangan terbaharu siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dalam isu pendatang asing di Sabah mendapati Dr Mahathir seorang "pengkhianat negara".

"Kita memang terima sesiapa yang berada di sini adalah rakyat di sini, kenapa nak tolak mereka? Mereka bekerja, kalau buat jenayah, undang-undang pun akan dikenakan juga kepada mereka," kata Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mengarahkan pengeluaran resit kad pengenalan sementara semata-mata untuk tujuan pilihan raya, beliau berkata: "Sama ada secara kebetulan atau sengaja saya tidak tahu.

" Beliau berkata adalah menjadi hak kepada pendatang Filipina itu untuk mengundi sesiapa sahaja apabila mereka mendapat kerakyatan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau sanggup disapina dalam pendengaran awam RCI itu, Dr Mahathir berkata: "Jika mereka minta saya, saya akan pergi.... saya tidak pernah tolak sapina."
- BERNAMA


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbukti. Siapa sebearnya PENGKIANAT .
Dia saja yg betul.

Tanpa Nama berkata...

Seharusnya operasi penganas bersenjata di Sabah diserahkan sepenuhnya kepada pasukan Tentera kerana ATM punya kepakaran dan peralatan yang canggih serta anggota yang terlatih berbanding dengan pasukan polis

Amuraria berkata...

tangkap,siasat dan dakwa manusia mamak kutty paling pengkhianat negara Malaysia ini ! dah terbukti pengkhianatan & pembelotan pada melayu & negara mengapa masih biar barua kutty anti-melayu ini bebas ! ABU sahaja penyelamat dari spesis pembelot jenis ini !

Tanpa Nama berkata...

ayat yg akhir "Jika mereka minta saya, saya akan pergi.... saya tidak pernah tolak sapina." - BERNAMA.
ini keling paria punya ayat.
kes liwat anwar 1998 adakah kamu ada telor hadir mahkamah setelah disapina oleh peguam anwar?
kamu nk kencing lembu umno boleh laa

Tanpa Nama berkata...

kes liwat anwar 1998 adakah kamu ada telor hadir mahkamah setelah disapina oleh peguam anwar?

Mahathir hanya berani beri keterangan melalui affidavit. Semua dunia tahu. Jangan pura-pura berani.

Kejadian di Sabah hari ini adalah merupakan hasil daripada tangan Mahathir memberi kad pengenalan kepada warga Filipina demi survival politiknya.Ini akan tercatat dalam sejarah Malaysia moden.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Janji Tidak Ditepati. Keamanan dan kesejahteraan rakyat tergugat.Bumi Malaysia kini menghadapi pelbagai ancaman yg tidak sepatutnya.Semuanya atas kelemahan kerajaan BN yg korup.

Tanpa Nama berkata...

Tak apa kita doakan sahaja agar Dr. M umur panjang, Supaya dia dapat lihat semua kerosakkan dia buat. Amiiin. Kami akan tagih semua janjimu di akhirat kelak kau tungguh sahajalah.

Tanpa Nama berkata...

salah ke bagi kewarganegaraan kepada yang layak?

Tanpa Nama berkata...

perlu ke salahkan sesuatu yang telah jadi....perlu fikirkan pemyelesaian bukan tunding jari kepada orang lain..politik atau tidak..jangan di campur aduk...kalau sayangkan negara jangan pecah belah kerana satu statement yang tak pasti kebenaran...