18 Mac 2013

[HOT] Mungkinkah Dr.Asri & Dr. Juanda Bertanding Di Atas Tiket BN?


PKR batal hasrat calonkan Asri pada PRU13?

Tokoh agama terkenal, Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Najib Altantuya dua minggu lepas.

Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.

Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini.

Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri.

Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain.

"Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.

Surat-menyurat pertemuan

Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan.

Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR.

Antaranya, surat pihak Najib itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu oleh seorang pegawai pemimpin tersebut.

Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi.

Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008.

Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau.

Malaysiakini difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang.

Sementara PKR pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh.

Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM

Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, difahamkan Dr Asri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kerana merasakan langkah itu "tidak sesuai".

Menurut sumber yang dekat dengannya, beliau juga merasakan masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihan raya dan tidak menjadi calon.

"Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya".

Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan PKR memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya.

Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket PKR.

Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ulasan GB

Sebenarnya GB tidak hairan Dr.Asri atau Dr. Juanda menolak untuk bertanding di atas tiket Pakatan atau jika mereka berdua memilih untuk bertanding di atas tiket UMNO BN sekalipun.

Pakatan terutama PAS tak terasa tergugat lansung jika demikian tindakan mereka kerana kita telah mengharungi pengalaman yang lebih pahit dari itu.

Kedua, sudah sampai masanya untuk kita beritahukan bahawa Islam dan jemaah PAS tidak memerlukan kita semua, sebaliknya kitalah yang memerlukan Islam dan jemaah PAS untuk kebenaran dan keadilan, untuk menyelamatkan negara dan ummah dari terus rosak dan musnah angkara kerja-kerja UMNO BN.

kembali kepada dua orang "tokoh agama" tersebut, GB teringatkan hadith sahih Rasulullah s.a.w.

"Kekuasaan Allah bersama jemaah. Sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, terasing daripada kumpulannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

14 ulasan:

Amuraria berkata...

sokong 110% saranan GB ! ABU jangan lupa untuk selamatkan negara dari penyamun & penyangak sekutu apco !

Ahmad berkata...

Tuan GB

Politik Malaysia ialah politik benci membenci. Eloklah jika kedua tokoh tersebut tidak terlibat sebagai calon mana-mana parti.

Maksud hadis tersebut kena juga dibaca huraiannya. Dr Asri tentu lebih faham.

maw berkata...

walau setinggi melangit pun limu didada sewarak manapun alimnya kalau bersekongkol dengan penjenayah tetap akan menerima habuan sipenjenayah.akan tetap dihisab oleh allah swt.inshaallah allah akan bantu kami.

Tanpa Nama berkata...

Sdra Ahmad,

politik malaysia politik benci membenci?
Rasulullah berpolitik tidak membenci kepada golongan yang membawa "keeengkaran"?

Di zaman Nabi ada tak "ulamak" yang tidak bersama jemaah?

Sinner berkata...

Aku pun rasa Dr Asri lebih baik xyah join mana2 parti politik.

Ada betulnya realiti persepsi masyarakat melayu yg akan membenci antara public figure yg menyokong mana2 pihak.

Rasanya dia pun tau mana parti yg hampeh. Xdenye dia nak bertanding atas tiket BN. Tengok je la.

Dr Asri ni jenis kritis. Dlm parti politik, bukan boleh kritis2 sgt.. nnt jd berpuak2.

Tanpa Nama berkata...

Asri bekas mufti UMNO, kalau bertanding BN memang boleh dipercayai

Tanpa Nama berkata...

dlm um no apa yg tiada.....maksiat, fitnah, rasuah.....bahkan buat jahat diala rajanya....byat baik hanya berpura-pura....

Carlos Santiago berkata...

oh politik. biarkan keputusan dia buat sendiri. bertanding dlm tiket PAS lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Hendak tahu parti politik mana yang beliau bertanding? Lihat atas kepala sudah tahu parti mana kecenderungan beliau

Tanpa Nama berkata...

Apa pun wang dan pangkat adalah segalanya.....dulu kini selamanya.

Pandai cakap saja , tapi tak macam komitted. Biasa lah....

Boss, bungkus Ketam satu kilo.....

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau pak ustaz ini tak sokong PR dan sokong UMNO, biarlah mereka.

Dalam Malaysia ini, kita tidak kurang orang yang betul-betul memahami perjuangan PR. Seorang tukang sapu yang berani mengkrtik dasar UMNO yang banyak rasuah lebih tinggi darjat dan mulia dari pak ustaz taraf Ph.D yang sanggup bersekongkol dengan puak yang mempertikai Islam dan nanyak rasuah.

kaly berkata...

Islam dan politik tkkan berpisah,keutamaannya tokoh-tokoh yang mampu berhujah ukt kebenaran jamaah islam itu bersandarkan QURAN,HADIS,IJMAK,ULAMA DAN QIAS 5 perkara besar itu penting,jika indibidu itu kesaorang umnogok akan baham dia.........

Tanpa Nama berkata...

dr maza nak jaga potensi dia..kang xleh main twit2 ngn maya karin klu da join PAS...

kg senduk bg berkata...

ulama di zaman rabiatul adawiyah seorang perindu dan pencinta allah taala.....iaitu Sufian Al Tsauri pernah berkata.... ulama yg dibayangi oleh kuasa pemerintah adalah ..PENCURI.... dan ulama yg menyandarkan dirinya pada org kaya adalah ...MUNAFIK..... sekadar renungan.. fikir2kanlah