Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.
7 ulasan:
Alhamdulillah..org2 yg cerdik dgn hati terbuka akan menyokong Pakatan Rakyat disana sini.. utk kebaikan Malaysia dan masa depan anak2 cucu kita.
Alhamdulillah...lengkaplah sudah keISLAMan saudara baru Zul kita
semoga ahli keluarganya yg lain berusaha utk melengkapkan keISLAMan mereka...insyaAllah
Alhamdullillah.....
syukur alhamdulillah...takbir...refomasi..
Keluarnya pemimpin2 UMNO & join pulak pihak yg nak ingin jalankan kuasa ikut saranan Allah, samada peringkat atas hingga bawah, lebih tinggi tarafnya dari penyokong2 spr aku ni.
Sebab bukan mudah utk hadapi tekanan dll dari member2 lama mereka.
Sebab itu masih ramai yg lum ada kekuatan. Tapi biasanya yg berani adalah mereka2 yg tak seleweng & buat keja betul.
Syabas, diharapkan makin ramai yg ikut, tinggalkan perjuangan yg sia2. Hati pasti tenang walau bnyak dugaan & ujian.
berhati2 lah dgn katak2 dan duri dlm daging.. presidennya telah mengatakan Umno mesti menang dlm apa cara sekalipun...
kalau masuk Pakatan Rakyat bukan sandiwara, kalau UMNO masuk UMNO memang sandiwara
Catat Ulasan