30 Mac 2013

[BERGAMBAR] Cerucuk Besi Jatuh Dari Kren Hempap 2 Kereta


Subang: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas tiang cerucuk besi seberat 10 tan menghempap dua kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang, dekat sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, tiang cerucuk besi yang diangkat kren terbabit dikatakan terlepas sebelum menghempap dua kereta yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Mangsa yang menaiki kereta Hyundai Sonata meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier cedera parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 10 minit selepas insiden dan tiba di tempat kejadian pada jam 7.53 malam.

Beliau berkata, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Petaling Jaya dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi, tiang cerucuk besi yang tumbang itu menghempap masing-masing sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

“Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah,” katanya kepada BH selepas operasi menyelamat selesai, sebentar tadi.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menghentikan kerja bagi penyambungan landasan LRT di KM15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.









13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walaupun untuk tujuan apa sekali pun keselamatan mesti diutamakan jangan bila dah jadi baru nak macama macam seliaan mesti ada walau pun dah malam

Tanpa Nama berkata...

Ni semua punca drpd Anwar Ibrahim sebab tak pantau kerja keselamatan...

Tanpa Nama berkata...

Apa pasal pulak salah kan anwar.ini msti karat punya mamat.

Tanpa Nama berkata...

HA HA HA.BETUL LA ANUAR MUSA....PUN SAMA TAK

Tanpa Nama berkata...

Bodoh... takkan semua DSAI nak jaga... Bangang.. Syarikat tu yg takde safety langsung.... Bongok..

Tanpa Nama berkata...

Sedih tapi benar.

Jambatan boleh runtuh, stadium pun runtuh, inikan kemalangan hempap biasalah. Bukan nya nak dijadikan tetapi kemalangan.

Takziah pada keluarga waris yang meninggal dunia.

Tapi kalau bacul sangat nak bubar parlimen, itu bukan kemalangan tapi khecutt takde teloq.

Sedih tapi benar.

Tanpa Nama berkata...

Anon...1:14 ...tu perli tu...dalam maksudnya...

Tanpa Nama berkata...

itu hanya satu sindiran jgn emosi

addin.... berkata...

Ya...salah anuar lah ni sapa lagi......he..he..semua salah dia(sindiran)

Tanpa Nama berkata...

Like3..

Tanpa Nama berkata...

Ni smua punca kecuaian xleh libatkn isu politik.lau nk libatkn isu politik tu kn projek kerajaan persekutuan bkn projek kerjaan negeri

Rajaletchumi berkata...

kenapa nak tarik politik dlm issue ini. bagaimana keluarga mangsa yg terbabit.dahkah prsana akan bagi pampasan untuk keluarga mangsa tu.tak kan ucap takziah je????

Tanpa Nama berkata...

Semalam company ni buat hal lagi kerangka besi yg dibawa oleh syarikat ini tiba2 jatuh mnghempap sebuah kereta Peugeout di sisir masuk ke federal highway di menara jam subang sorang mati sorg lg hidup.mngerikan..prasarana harus ditamatkn kontrak krn terlalu cuai.sekian