11 Mac 2013

[VIDEO] Bapa Saiful Sertai PKR


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita. -KD

Saya tak berniat khianati Saiful -Azlan
PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berkalu.

"Saya ingin meminta maaf kepada saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan ahli kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Azlan juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Pada JUmaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar .
-HD


Ulasan GB

Bapakku dah jadi bapak derhaka.... kata Saiful.. hehehe

7 ulasan:

ayah berkata...

Org2 yg hatinya baik dan terbuka akan bersama dgn Pakatan Rakyat..cukuplah lebih 50 thn kita berikan umno sebagai pemerintah wpun yg terakhir 20 thn ini..umno/bn menjadikan semakin teruk keadaan Malaysia..dia membuatkan propaganda x seimbang(mengawal ketat media), fitnah(mengekang pemimpin2 pembangkang), putarbelit, kronism, rasuah meluas, x telus yg uruskan penghakiman yg ditekankan ..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah... Bersatu bersama seluruh Malaysia, tumbangkan BN.....

Tanpa Nama berkata...

tahniah..tapi berhati2 dan waspada...takut2 hanya satu perangkap lakonan semata2...harap2 tak la..

Carlos Santiago berkata...

selesai sudah isu liwat

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!

Balik lah ke pangkal jalan adalah terbaik sebelum menempur alam kubur.

Seksa kubur amat menyakitkan dan kekal selama nya.

Cukuplah, jangan menongkat langit bagai si MahaFiraoun.

Alhamdullillah !!!!

Tanpa Nama berkata...

berhati-hati dgn dia ni, takut nnti perangkap utk pkr, segalanya mungkin dekat2 p/raya ni, so jgn pecaya sgt dia ni, kalau dia betul2 ikhlas, oklah.

Tanpa Nama berkata...

PANAS memang PANAS,
KITA PERLU BERHATI-HATI, BERWASPADA ADA SEDIKIT DZHAN muungkin kah peristiwa ini akan menjadi terlalu panas hingga jadi TIMED BOMB atau TROJAN HORSE inplant by UMno??????
Sedikit CURIGA adalah jalan terbaik dalam menerima sesuatu kejutan.
Ingat satu dari 25 PROTOCOL OF ELDERS (zionist).

"Seseorang mesti sanggup mengorban agama, bendera dan keluarga demi mencapai cita-cita zionist" BETUL TAK TERJEMAHAN INI ENTAHLAH.....

Otai minyak beku.