Video: Najib tanya “Are you ready for BN?” tapi rakyat jawab…
Pulau Pinang: Begitulah nasib BN, walaupun dengan menjemput penyanyi sensasi K-Pop Korea Psy untuk mempersembahkan lagu termashyurnya Oppa-Gangnam Style tapi ia masih tidak cukup untuk menolak kemahuan rakyat untuk menolaknya.
30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib turut ditemani bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.
Ketika menjemput penyanyi Korea, Najib telah bertanya soalan ini untuk tiga kali berturut-turut: “Are you ready for Psy?”
Soalan itu dijawab dengan hadirin di bawah panas terik dengan laungan ‘Yes’.
Kemudian Najib bertanya soalan kedua sebanyak tiga kali berturut-turut.
“Are you ready for BN?”
Apa yang berlaku tidak perlu dihuraikan di sini. Mudah dikatakan, apabila rakyat sudah menolak, buruk padahnya.
Saksikan video di bawah nanti untuk jawapannya! -HD
Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.
Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan ‘No!’ (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya ‘Oppa Gangnam Style’.
Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, ‘Are you ready for PSY?’ (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.
Namun apabila beliau bertanya ‘Are you ready for BN’ (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab ‘No!’ (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.
Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.
Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, “Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.
“Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.
“Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini,” katanya.
Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta – Roketkini
17 ulasan:
berkat doa org2 ramai sudah nampak akan tanda2nya dan alhamdulillah. utk kejayaan tidak terus dikabulkan oleh allah.....dugaan perlu ditempuhi oleh kami....insyaallah mari lah kita berdoa lagi.... kita mesti kuat hadapi dugaan andai kata allah berikan lagi yg berat2... kejayaan hampir pasti....tapi ingat mungkin dugaan yg berat akan terjadi siapa sangka akan kuasa allah... terus berjuang dan jgn mengharap sgt nanti kita terasa kecewa.... mari kita sama2 selidiki dan bongkar mainan menipu mereka utk kekal memerintah.... jgn kita ingat mudah bg mereka memberi kuasa utk kita memerintah.... mmg PR ada kuasa rakyat... tapi sejauh mana ketelusan mengundi akan terjadi... jgn kata selangor.... silap2 kedah pun mereka ambil kembali dgn cara salah guna kuasa memerintah... gerakkan gerak kerja kearah jaga peti undi dgn seketatnya mulai dari sekarang... sepatutnya kekuatan jaga peti undi ini di tambah baik dari hari ke hari...
Mah, Mah, abang dah buat mcm2...etp, gtp, kpi, nkra, br1m, tr1m, kr1m, kd1m, sl1m, sw1m, Psy...tapi rakyat masih tak menyokong umno..
Najib.. Najib...mengapalah nasib kau malang benar???
"Tuan2 & Puan2 sekalian, hari ini saye mendapat kemaluan besar. Lebih bayek saye pergi menghisap dade dan suruh anak saye menderma dare."
Apo nak di kato. Dah nasib. Buat macam mane pun tak bole pi jugak. Alaahai!! Kesian sungguh nasib si Luncai. Terpaksa terjun dengan labunya (geng mamak).
Boleh buat ringtone yang mengancam untuk BN...
Pakatan Rakyat patut keluar sticker untuk Ya untuk PSY, Tidak untuk BN
rakyat Malaysia tak mudah diperbodohkan BN
"Oppa tok jib style..." puok2 umpno selalu kata puok PR kuat fitnah dan buka aib org.. Tp Klu tok jib org yg sgt mulia pd diaorg nape lak tuhan bg malu kt dia dan bg tonton 1malaysia lagi..
I dah kata, team Muhyidin kena nyahkan Najib ni cepat2 sebelum terlambat. Najib n rosmah ni takda gunanya n banyak skandal n deepak.
Umno mesti diselamatkan. Orang melayu akan bersatu belakang umno bila Muhyidin ambil alih. Muhyidin sepatutnya jadi pm selepas pak lah.
Ayuh! Jangan tunggu lagi. Nyahkan najib. Kami sokong Muhyiddin. Lambat nanti tidak berguna.
Tak patut, tak patut, BN dah habis bejuta2 nak pikat kamu hai rakyat, kenapa kamu tak nak sokong BN ha? why, why, why?
I want money, our money la.
Remember always said NO to BN and his gang (MCA, MIC, GERAKAN and PBS). So for Najib you spend as many as possible to US the answers for us is always NO to BN. So Najib please don cry like baby after been humillated by PENANG people. HA HA HA HA.
By the way Happy Chinese Year for all M'sia People.
yess, kesinambungan untuk drama Listen.. Listenn.. Listennn , when I Speak.. Yezzzaaa When u Speak, i heard and it's a joke of the Year Mehhhh.. huahua.. Najib, Najibb... Bebudak pun kamu dah tak dapek nak nipooo
Boleh buat sticker untuk ditampal dikereta
Kalau Pakatan Ke Putrajaya pun boleh buat monorel di Pulau Pinang
TAK CERDIK NAJIB TAK TAU MEMILIH TEMPAT & MASA UNTUK MENGUJI SOKONGAN
Tanpa Nama berkata...
Assalammu'alaikum,
Berlalu sudah konsert Psy.....
Penganjur menghadapi dua perkara mengaibkan......
1. Satistik sambutan yang juah dari yang dijangkan dengan perbelanjaan yang begitu besar rm2 juta, memang tak berbalaoi..... Pulangan pelaburan jika dikira dari segi pulangan yang menfaat tidak munasabah.
2. Apabila majoriti pengunjung cakap no to BN. Mengaibkan seorang pemimpin negara.
Kenapa perkara ini berlaku pada satu upacara perayaan rakyat yang sepatutnya diraikan oleh semua pihak dalam suasana, semua kaum dan semua idologi politik bergembira bersalam melontarkan ucapan selamat TBC.
Kita tidak sepatutnya menjadi opotunist mempolitikan Perayaan Rakyat. Sering pemimpin negara mengingatkan kita JANGAN POLITKAN PERYAAN RAKYAT, sambutlah dalam suasana harmoni, persaudaraan dan hormat menghormati.
MALANG SEKALI DS NAJIB telah menampakan kebodohan, ignorance, bebal dan 'political desperation' nya dengan MEMPOLITIKAN PERYAAN RAKYAT TBC menungkah arus saranannya sendiri.
Atas sikap itulah ia DIAIBKAN SEDEMIKIAN RUPA.....
BETUL KATA TUN M Najib pemimpin yang lemah.... Tokwan nak tambah lemah segala, fikiran, minda, pengawalan kabinet, anak-anak, kewangan dan ISTERI.
Jika ia hanya berhenti jeritannya pada ungkapan 'are ready for Psy???' Dengan respond "YES" x 3. Mungkin ia lebih dihormati dan tidak TERAIB dengan ungkapan politiknya (politcal cry) 'are you ready for BN?' Dan jawapannya "NO" x 3
Sungguh mengaibkan.
NAJIB TOKWAN NAK NASIHAT JADILAH LELAKI DEWASA DAN SEBENAR kawal anak isteri mu, kabinet mu, tahu bila masa bercakap politk dan tahu bila masa bercakap sosial. JANGAN MEMBENARKAN TEMPLAK TUN M MENJADI KENYATAAN. JIKA TAK MAMPU BERHENTI SAJA BERPOLITIK......
Tokwan Perak.
Kita org faham yg tengok psy ramai yg berbangsa Cina.... Jadi, tak hairan laaa mereka kata 'tidak'... Kesimpulannya org Cina tidak akan menyebelahi BN.
yes utk PR
no utk be end!
agaknya dalam kumpulan penyamun wang rakyat pun kemuka soalan yang sama, are you ready menyamun wang rakyat?
Catat Ulasan