Saya Leftenan Adnan moden menentang BN"
Pelakun terkenal Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN).
Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.
"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.
"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.
Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.
Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.
Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.
"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.
Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.
AISHAH GESA RAKYAT SELURUH NEGARA TOLAK UMNO-BN
Aishah sebelum membuat persembahan lagu terakhirnya Bahtera Merdeka, menyeru masyarakat seluruh negara khususnya Kelantan membuat pilihan yang tepat pada PRU-13 nanti.
Menurutnya, masa depan negara akan ditentukan oleh seseorang pemimpin dan parti yang memerintah.
"Andainya baik pemimpin negara, maka baiklah nasib rakyatnya. Jika tidak sebaliknya pula akan berlaku," ujarnya secara spontan.
Jadi, tambahnya, jangan sampai rakyat rugi kerana kesilapan yang telah oleh diri sendiri ketika mengundi.
Aishah menyumbang empat buah lagu antaranya lagu topnya, Janji Manismu; Syurga Di Telapak Kaki Ibu; Bagai Melukut Di Tepi Gantang dan Bahtera Merdeka.
Turut hadir pada majlis itu, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak; isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid; isteri-isteri anggota Exco Kerajaan Negeri.
Hadir sama, isteri-isteri Adun, anggota parlimen, isteri pimpinan masyarakat dan orang ramai.
3 ulasan:
Alangkah indahnya berjuang atas nama Islam,Demi Islam yg dulunya ramai yg benci dan sekarang berduyun duyun malah Berbondong Bondong yg datang membantu Demi tertegaknya Daulah Islamiah di Tanahairku tercinta ini.
1 Syahadah,1 Islam,1 Akidah.
Berjuang demi Islam akan ada Manis di Akhirnya. Kepada mereka mereka yg masih lagi buta hatinya datang sini Demi AgamaNya yg suci ini.
Ya admin.
minta diperingatkn di blog ini khusus ntk pngunjung2 blog GB perihal Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pd 12 Jan 2013 di Stadium Merdeka. mcm blog Anak Sungai Derhaka.
----------------------------------------------------
Keampuhan kepimpian PR telah di uji, kesepakatan rakyat mendokong aspirasi PR juga telah tahan uji pd thn 2012 dgn jayanya.
Kini ayuh..kita rempuhi 2013 tahun keruntuhan umno & kebinasaan kerajaan Be End!!!
Justru itu,
kita perlu menunjukan kesunguhan & keyakinan rakyat secara total! Kita perlu bertindak secara jamaah! Maka komitmen semua pro PR ditagih demi membuktikan kesepakatan rakyat yg prihatin agar terlibat sama dlm merubah lanskap politik Malaysia yg becorak politik drakonian rimba kpd politik pintar & budiman!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka! Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
umno be end usah pekak badak!!!
YES....YES...YES
Year End Sayonara to UMNO Be End
Manisnya rasa bila berjuang/buat keja semata2 kerana Allah, mengikut peraturan/undang2 Allah, walau bnyak rintangan, ujian, halangan, kerana mmg itu lah jalan2 yg ditempuh oleh para Rasul & yg mengikut langkah2 mereka.
Tak cuba, tak merasa manisnya. Syabas, syabas, syabas, semuga istiqamah & dipandu oleh Allah.
Catat Ulasan