10 Jan 2013

Pembangkang M’sia Dinafi Liputan Bersih & Adil – J/K Pemerhati Muslim Amerika


Pembangkang Malaysia dinafi mendapat liputan adil dan bersih di saluran media kerajaan, menurut wakil Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika, Dr Inayat Malik.

Sedangkan katanya, kebebasan media merupakan isu terbesar yang perlu diberi perhatian bagi menjamin pilihan raya bersih dan adil.

Tegas Inayat, sangat penting untuk semua parti politik memiliki akses yang bebas dan adil kepada media penyiaran dan bercetak.

“Kami perhatikan di Malaysia, parti pembangkang dinafikan liputan yang adil di media penyiaran dan bercetak arus perdana.

“Media (arus perdana) hanya cerminkan satu sudut pandang. Sudut pandang berbeza sangat kurang…Pandangan berlawanan harus diberi peluang untuk disuarakan,”
kata Pengerusi Bersama Dialog Antara Agama, Islamic Society of North America (ISNA) itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan hasil misi pencarian fakta berkaitan reformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Inayat bersama dua lagi wakil lain dalam lawatan ke Malaysia bagi memerhati proses pilihan raya Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Menurutnya, mana-mana pihak wajib melakukan sesuatu untuk memastikan media bebas.

“Mungkin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menteri atau pemerintah…(Yang penting) mana-mana pihak perlu buat sesuatu,” kata Inayat.

ISNA yang ditubuhkan pada 1982 adalah organisasi masyarakat Muslim terbesar di Amerika Utara.

Wakil lain yang turut ke negara ini adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya dan Demokrasi ISNA, Dr Mirza Baig dan Konsul ISNA, Mazen Asbahi.

Perkara lain yang turut menjadi perhatian mereka adalah tahap integriti daftar pengundi SPR dan peranan kerajaan untuk menjamin keadilan dan menghalang salah guna jentera kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya. -KD

4 ulasan:

BaDiN berkata...

Pandangan begini sudah banyak kali didengari TAPI puak puak ni buat pekak badak shj.Tuntutan Bersih 8 perkara pun tidak dihiraukannya.
Bila dah jadi pembangkang baru puak puak tahu Langit Itu Tinggi @ Rendah.

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan dia orang buat pekak, walau i tak berapa suka campur PBB dalam Pilihan Raya M'sia, tapi no choice. Kena diaorang campur tangan sebab kerajaan tak mahu dengar cakap rakyat, walau ada kemungkinan PBB punya orang akan letak orang yang berpihak kepada Yahudi untuk jadi calon dalam PRU sepertimana berlaku di Mesir sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

amno malaysia ni kalau org luar cakap dia buka telinga sikit, jadi jemput org luar banyak2 sikit, kalau org tempatan atau rakyat marhaen cakap, k'jaan najib dan polis buat dunno aje, buang karan.

sebab bersih yg dihadiri limpah ruah rakyat pun depa buat dunno jaer.. jadi nak buat protes kena smart.

bagus pkr dan nurul izzah, dinamik tak mandom.

Tanpa Nama berkata...

Itulah sebabnya kerajaan Najib dan SPR tak mahu pemerhati asing datang ke Malaysia kerana "penipuan" kerajaan senang sangat dikesan.