Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi kroninya dengan terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor berhubung gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak sejak dua minggu lalu.
Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk membantu membekalkan air terawat kepada rakyat di Selangor.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga tidak pernah melengahkan permohonan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membina rumah pam baru bagi menyalurkan air kepada penduduk di ketiga-tiga kawasan tersebut.
“Apa yang dikatakan Najib itu tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air yang berlaku sekarang. Najib boleh jadi kurang faham tentang keadaan ini kerana Najib ingin membantu kroninya.
“Tan Sri Rozali Ismail ialah kroni Najib. Jadi bermakna, kalau kroninya buat salah, Najib tidak akan kata dia salah.
“Najib sanggup menyalahkan rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor demi mempertahankan kroni,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Sarawak petang tadi.
Gangguan bekalan air itu melibatkan 500,000 penduduk di tiga kawasan itu yang terpaksa mendapatkan air untuk tugas harian daripada lori air Syabas.
Syabas berkata masalah gangguan itu mungkin akan berlarutan sehingga tahun baru Cina.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mencabar Najib untuk melihat sendiri bekalan air di Selangor dengan memanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab mengelola perkhidmatan air.
Abdul Khalid berkata, Najib juga gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri secara profesional apabila masih menuding jari kepada Kerajaan Negeri.
“Rakyat tidak mahu lagi kroni, rakyat tidak mahu rasuah, rakyat tidak mahu Umno-BN terus membodohkan rakyat,” katanya lagi.
Pada Sabtu lalu, Najib mendakwa masalah bekalan air di Selangor semakin meruncing ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberi kelulusan untuk membina stesen pam tambahan dan tidak memberi ‘development order’ kepada Kerajaan Pusat.
Sebelum ini, Najib mendakwa Kerajaan Selangor suka menunding jadi dan menyalahkan pihak lain berhubung krisis air yang berlaku di Selangor.

6 ulasan:
ya allah ya tuhan ku.kau hapuskan lah pertualang negara ini,kau lakhanatkan keseluruhan mereka ini termasuk keturunan mereka dan juga yang bersengtongkol untuk menginaya rakyat malaysia ni am nya rakyat selangor berkaitan dengan isu air ini.kau lumatkan lah mereka dimuka bumi.kami rakyat terasa hampir 55 tahun dizalimi sedangkan mereka bergaji hingga berjuta juta mengambil dari wang rakyat.Kau lakhanatkan lah orang yang bernama rozali ini,kau lakhanatkan lah orang yang bernama najib ini.Amin .amin amin
kepada seluruh rakyat negeri selangor yang beragama islam buat lah solat hajat.Ajak lah MB selngor menunaikan sembahyang hajat dalam bab ini insyallah selesai le nanti.Tahulah kita sapa yang bersalah nanti
Air adalah antara beberapa kemudahan yang Islam melarang dijadikan komoditi niaga atas dasar mencari keuntungan atas angin kerana ia adalah keperluan hak asasi manusia. Cara UMNO-BN menangani masalah berasaskan keperluan rakyat seperti air tidak pernah mengambilkira sama ada kaedahnya halal atau haram. Yang penting mendapat pulangan juta-juta untuk tembolok kroni. Kalau atas tekanan masalah air ini menyebabkan rakyat Selangor akur dengan kehendak BN, maka rakyat sendiri akan rugi untuk jangka panjang...
Amik je contractor lain.. da tau Syabas x perform, nk tgu Syabas jgk setel masalah.. Open Tender baru, lantik contractor yg layak, harga quotation tu backcharge blk Syabas.. Duk main2 tunding jari cmtu, air x kluar jgk... sampai bile nk tgu Syabas nk setelkan...
Dlm isu 'bekalan air di Selangor, saya ada tips nak kongsi untuk berhadapan dgn makar jahat UMNGOK ni. Seandainya kita berhadapan dgn kes sabotaj syabas ni, anggaplah ini latihan kelasakan yang Allah beri kepada kita agar kita menjadi rakyat Malaysia (terutama yg beragama Islam) yg lasak dan gigih menentang kejahatan musuh. Kita jgn maki2 Syabas tu, kita main taktik reverse psychology. Kita teruskan hidup kita dgn tenang dan anggap sabotaj tsebut sebagai 'latihan ketenteraan' dari Allah agar rakyat Malaysia khasnya penyokong PR lebih kuat danlasak dlm menghadapi cabaran musuh, terutamanya andai ada pencerobohan asing ke atas Malaysia.
Saya ialah pelajar first batch Asasi UIA Nilai (2007-2008). Masa kitorg semua dihantar ke UIA kampus Nilai dari PJ, keadaan di sana amat teruk. Kitorg tidur dlm dorm2 yg tak selesa (satu dorm 20 org), infrasutruktur yg teruk (siling bocor, tandas rosak, kdg2 takde air), bahkan kalau nak cucuk duit pun, terpaksa jalan kaki ke Giant yg terletak 1km dari kampus. Ada yg kata, sebenarnya, banggunan kampus Nilai takde CF. Ramai yg kata, tak selesa, takde suasana student. Budak2 UMNO pun ramai yg mcm cacing meroyan tinggal di sana yg dibina menerusi projek kerajaan barisan Nasional. HAH, BARU TAU STUDENT2 UMNO MENIKMATI PROJEK PEMBANGUNAN BN. TAPI SAYA GELAK JELAH DGN DIORG, PASAL BAGI SAYA ANGGAP INI ADALAH LATIHAN KELASAKAN DARI ALLAH S.W.T. AGAR PELAJAR2 UIA MENJADI LEBIH LASAK DAN KUAT. BAHKAN SETAHU SAYA, SAYA IALAH SATU2NYA PELAJAR UIA YG MENYOKONG PENEMPATAN PELAJAR DI UIA NILAI. Kahkahkah, admin UIA ingat diorg boleh seksa student UIA sebab sokong pro-M, tapi kitorg tak gentarlah dgn ibtila' tersebut. Sekarang (pada awal 2012)UIA Nilai dah tutup.
kesimpulannya, angap ini sebagai ujian dan latihan dari Allah s.w.t. Jgn risau, kalau kita bersatu tunjuk yg kita tak terjejas langsuing, puak2 Syabas mesti hilang ghairah nak sabotaj Selangor. Tapi diorg mesti ingat, dari sabotaj ni, penyokong2 PR akan jadi lebih tabah dan cekal untuk tumbgkan BN demi malaysia yg lebih baik.
Hello Najib sudah i cakap sebelum ini kau jangan anggap orang muda ini bodoh tak tahu asal usul SYABAS yang sememang berkerja untuk UMNO bukan untuk rakyat. So jangan cuba bodohkan rakyat sememang kau sendiri yang bodoh kerana rakyat tahu akan perkara sebenar isu tersebut. Ini bukan zaman 70an dan 80an so please remember that.
Catat Ulasan