30 Jan 2013

Kajian: Siswa UM, UKM Lebih Condong Pada Pakatan


Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.

"Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Beliau (atas, bersongkok) juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.

Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.

Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.

Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.

Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.

Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.

Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.

Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.

Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.

Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa berita kat tv kata lain...the other way around

Tanpa Nama berkata...

TV3 kata BN still boleh menang, okeylah fine! Tapi yg musykilnya apasal yang atas pagar tu masih menyangkung dan menongkat dagu atas pagar? Sy letakkan minda dari 2 sebab,

1) mungkin peserta ada pilihan masing-masing tapi nak buat surprise pada waktu sebenar nanti ATAU
2)mungkin pelajar zaman sekarang mindanya masih tidak dapat menangkap sesuatu kebenaran yang nyata lagi nyata?

Entahlah, Tragedi Listen..Listen..Listen kadangkala membantu marhaen macam saya yang mahukan jawapan mengapa Pelajar U sekarang sebegini hasilnya. (Sy pointkan pada penonton bukan kedua-dua watak Listen..Listen..Listen)

Osama berkata...

TV & media arus perdana adlah alat propaganda umno be end so mencanagkan kononya sokongan masih memihak kpd mereka adalah perang saikologi utk mperdaya pemikiran rakyat agar terus mempercayai tidak ada parti lain yg boleh mentadbir Malaysia waimah kemenangan mereka kelak.
Dgn memburok2kn parti2 dlm PR dgn mengambarkan betapa hina, jijik & rapuhnya kesepaduan dlm PR adalah dakyah2 umno be end dlm memecahbelahkan kesepakatan penyokong2 PR.
Malah segala isu diolah utk mnunjukan seolah2 angkara kepincangan PR. Umpamanya jika ketiadaan bekalan elektrik rakyat marah pd TNB, jika kerosakan jln raya kita memarahi JKR kerna tak dibaiki & rakyat akn marah pdbTELEKOM jika berlaku ganguan telifon tetapi masalah air di Selangor rakyat diajak utk membenci kerajaan PR Selangor sedangkan SYABAS yg bertngung jwb dlm urus tadbir air tersebut.
Modes operandi umno be end adlah memutar belitkan fakta utk mengelirukan rakyat agar berpersepsi PR tidak boleh dipercayai & tidak bertangung jwab trhdap kmaslahatan rakyat.
Kawalan media ini lah juga menyebabkan pihak2 PR yg tertohmah tidak boleh menjelaskan keadaan sebenar sesuatu isu. Ini jadikan rakyat percaya pd umno be end semata2 sedangkan hakikatnya UMNO Be End diambang kehancuran

Tanpa Nama berkata...

Kami mahasiswa U lain pun tak sokong dan kempen keluarga tolak BN