SSekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya.
Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.
RM207 bilion wang pampasan buruh paksa lesap?
Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.
Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.
Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.
Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.
Ekoran itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi menuntut wang itu.
Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.
“Sejumlah 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu.
Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain”.
Menurut Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia ada 9 Ogos 2011.
Beliau juga difahamkan, semua pihak dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.
"Saya mahu menyatakan di sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.
Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada.
"Saya boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.
"Dia masih ada di Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.
Nizar bertanya, "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan, maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?"
Bagi beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh kementerian-kementerian tertentu iaitu Kementerian Kewangan barangkali, Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan.
"Jadi saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?" soal beliau tegas.
Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat. -HD
8 ulasan:
"Curi-curi wang Malaysiaaa.." (sila nyanyi ikut rentak lagu cuti cuti 1malaysia)
Duit rakyat pun bn tibai ni pulak duit pmpasan..mmbujur lalu mlintng patah..umpama org ngntok d surung bntal..jgn harap nk dpt blik bila duit d tgn perompak..
Puak puak haramjadah ada depa kesah halal haram....207 bilion baru tau, 44 bilion dah terbongkaq.....mana mau lari.... yang penting kita menangkan dulu pakatan.... lepas tu tunggu dan lihat... 3 juta besaq gila pak cik ooo...
Salam. Terima kasih kpd insan2 yg berusaha membantu menjayakan hasrat persatuan. Arwah Bapa saya merupakan salah seorang individu yg ke Narita, Jepun bersama Presiden persatuan iaituWan Mamat Ngah d tahun 2005. Juga utk makluman, ahli keluarga saya yg terlibat sebagai buruh paksa tsbt adalah 2 org...kedua2nya tlh meninggal...iaitu Datuk saya dan juga bapa saya. Kami sekeluarga anak beranak dan waris terlibat TIDAK PERNAH MENGHALALKAN pampasan yg disalahgunakan. Semoga Allah s.w.t memberi balasan setimpal kpd mereka yg terlibat, amin.
NORDIN 013-4343144
sampai hatinya puok2 umno ni merampas hak2 pekerja buruh paksa jepun nii..betapa seksanya mereka menjd buruh paksa..tetapi wang pampasan mereka sewenang2nya umno belasah..betul2 lah celakonya puok2 umno ni..tiada peri kemanusian langsung..binatang lg baik drp mereka UMNO ni..sgguh memalukan.
Kita kena yakin dgn doa..
hancurkan umno
be end ko ko be end!
ko ko
ko umno!
umno ko ko be end!
Skarang umno Br End membujur lalu melintang pukang kerna dh terlampau nazak!!
Semoga allah kuburkan UMNO kerana kezaliman mereka
Adakah duit itu sudah difaraidkan kepada kaum kerabat umeno dan BeNd??
Catat Ulasan