31 Dis 2012

Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal

Ramai pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.

Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta.Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.

“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman.

Akhirnya bercerai,” akhiri beliau. -SH

Ulasan GB

GB pernah ulas satu ketika:

Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu.

Itu sebab mengapa Rasulullah pernah bersabda:

Yassiru wa la tu 'assiru
Bashiru wa la tu naffiru

Permudahkan dan jangan dipersusahkan
Gembirakan dan jangan menakutkan. Sahih Bukhari & Muslim



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

11 ulasan:

BaDiN berkata...

Bila terjadi begini, Kpd siapa yang patut dipersalahkan? Adakah pemerintah negara,budaya,pasangan atas pilihan sendiri,pilihan ibubapa.
@ Kerajaan yg menjadikan rakyatnya terseksa/terdesak .

Kak Mahh berkata...

Sangat merumitkan...bila kejadian begini berlaku.

Tanpa Nama berkata...

ambilah kisah Sahabat Rasullulah S.A.W. yang berkhawin dengan mas khawin sepasang selipar sahaja sebagai guideline untuk kita jumlah paling minimun untuk membuat wang hantaran. Tak caya ada sahabat Rasullah S.A.W. khawin dengan mas khawin sepasang selipar?? Then refer pada Ustaz dan ulama yang bertauliah bukan ustaz dan ulama UMNO ya.

acop berkata...

InsyaAllah bila PR menang dan memerintah diPutrajaya nanti, usahakan supaya urusan pernikahan diMalaysia dipermudahkan..

Tanpa Nama berkata...

Mereka lebih suka dengar cakap orang lain dari dengar cakap nabi, maka terjadi lah apa yg terjadi kini....

Osama berkata...

Allah dah janji...
laksanakan apa yg disyariatkan... Pesnan Nabi Muhammad SAW mewasiatkan 3 perkara utk umat Nya selamat dunia & akhirat!
Al Quran & Hadia serta Sunnah Baginda sbg panduan kita hinga hari kiamat.
Selamat menempuh 2013 tahun kebinasaan umno & keruntuhan kerajaan BN.
Yes! Year 2013 UMNO Be End.
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan!
Jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka!
Kita realisasikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!
umno be end usah pekak badak!!!

Tanpa Nama berkata...

Rujuk masalah ini kepada ustaz Ali Rustam. Dia banyak duit, minta bantuannya.

acong melaka berkata...

Anon 828 : mana dia ada duit dah woi. Dah habis dia buat kenduri kahwin. Sebab dia jemput satu negeri dah tu wajib pulak kepada anak2 yatim (adik beradik Rais), ibu tunggal dan warga tua bangka !

Tanpa Nama berkata...

Masalah nikah pun tak leh nak setel, masih nak pertahankan adat drp ibadat, what to expect dlm hal2 isu2 lagi besar.
Tu semua penangan UMNO perbodohkan rakyat .

Unknown berkata...

Itu semua asbab sahaja pasal hantaran mahal atau murah. Takdir yang menentukan segalanya. Walhal dari awal lagi perkahwinan seseorang perlu dilihat semula samada sah ataupun sebaliknya. Kita Islam ada rukun nikah iaitu 5. Lelaki, perempuan, ijab & qabul, wali dan saksi. Cuba lihat yang kritikal iaitu wali dan saksi. Adakah Wali itu sah?? dan adakah Saksi itu sah?? Kalau dari rukun pun dah fail, aapakah perkahwinan itu akan berjaya selamanya..Bab hantaran mahal atau murah, bersanding atau tak..semuanya itu asbab dari rukun nikah yang tidak sah samada dari wali yang tidak sah berwali atau pun saksi pernikahan dari kalangan orang yang fasik. Sumber dari kuliah ustaz Sobri Mahmud Isnin malam - Permatang Tok Labu

Tanpa Nama berkata...

Inilah punca apabila Mak Bapak kurang pendidikan Duniawi dan Akhirat jugak....masalah Orang Melayu yang rata rata kerja kais pagi, makan semalam.

Akibat nak menunjuk nunjuk kepada orang ramai serta saudara, kerja kahwin yang murah RM800 jadi RM10,000 sampai kad kredit pun meletup.

Keluar universiti aje, beli kereta baru kemudian bawa laju laju sampai langgar kereta. Bahasa Inggeris tak pula difasihkan belajar malam di Pusat Bahasa, tetapi melepak merokok sampai lupa sholat waktu....itulah kehidupan anak anak Melayu masa kini.

Sedih !