Nik Aziz: 'Hadi tak pernah murtadkan sesiapa'
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."
Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.
"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.
"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
SHAH ALAM - Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah "memurtadkan sesiapa."
Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.
"Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja," kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.
"Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.
"Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi," kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.
Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.
“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.
“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.
Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.
“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. -HD
16 ulasan:
jawapan terbaik TGNA
cabaran terbaik TGHH
Semuga Allah pnjangkan umur TGNA n TGHA.
Allahhuakbar.
Tapi dia mendorong orangl melakukan perbuatan yang jadi murtad
Apa mcm cg non dh kenyang kot dgn duit umno mula2 dia serang pimpinan pas kedah skrg serang pimpinan pas pusat lps ni ishtihar masuk umno kah kah.itulah kesudahan seorang pejuang kebendaan. Kasihan dia
> lama ka ...baru ka...tapi ianya melibatkan akidah!!!
>kalau betul....habaq...kalau salah ...minta maaf lah...awat yg tu pun x berani ka??
>minta menteri penerangan bg peluang kat hj hadi bg penjelasan!!!
> reform perlu.. tapi jgn dok berguling atas jln sudah la!!!
atas pagaq
Kalau dah murtad kerana melakukan perkara murtad.Murtad lah spa yang anda merepek meraban.Dia bukan fatwakan benda2 yg ta ada
Ramai juga yang mengaku beragama islam jahil mengenai hukum Allah yang menetapkan " masuklah Islam sepenuhnya.." Diri kita ini adalah hak Allah, jadi perintahNYA wajib dituruti.Jadi sesiapa yang cuba memisahkan apa2 aktiviti kehidupannya daripada yang diperintahkan Allah adalah ingkar, kufur terhadap Allah. Termasuklah mereka yang memisahkan politik, ekonomi dsbnya daripada islam maka akidah islamnya terlucut. Mereka yang masih mempersoalkannya sila rujuk Mustika Hadiths yang diterbitkan oleh Jakim dan diperakui oleh PM Mahathir.Hukum ini tak ada kena menegena dengan UMNO atau PAS. TG Haji Hadi cuma menerangkan dan meningatkan umat Islam agar tidak tergelincir akidahnya.Sepatutnya mereka yang mebgaku islam berterima kasih kepada TGH Hadi atas ingatan tersebut.
tanpa amanat itu sbnrnye ramai yg dah murtad sama ada scr sedar @ tidak. Cuba bandingkan Berapa yg murtad konon sbb percaya amanat itu dan brp byknye yg murtad sbb percaya dgn kenyataan2 pembesar ngr yg terang2 menolak syariat allah.
"Tapi dia mendorong orang melakukan perbuatan yang jadi murtad".....apa yg ko merepek ni?...ko ada baca ke tak amanat tu?..Tak ada satu ayat pun dia kata umno murtad CUMA dia jelaskan macam mana seseorang itu boleh jadi murtad. Yg mendorongkan orang jadi murtad adalah kerajaan UMNO tu sendirik.....apalah jenis komen!
Salam ...kalau kita lihat dari cara hidup semua pemimpin, umno ke pas ke ,yang mana lebih kepada kehidupan yang mencerminkan islam dan mengikut sunnah Rasullah......PM ke TGNA ? Tuan fikirkan lah sendiri...
kalau la Allah tunjukkan dgn cop kat dahi....maka Ana Rasa ramai org2 UMNO akan terkencing ketakutan Dan bertaubat...tp sbb x nampakkan...jd firaun le...
Pemimpin-pemimpin puak UMNO memang bengong.
Anon 22.53 rajin2 la gi kuliah menadah kitab. Kalau malas, pi cari kita mustika hadis keluaran KPM. Takpun search ja google tengok perkara yg boleh mendorong murtad... Jangan jadi bodoh tak makan ajar, cerdik tak leh nak tumpang...
Beza ahli umno & pas
Ahli pas suka jemaah di masjid...
Ahli umno suka main dam di kedai kopi..
Ahli pas suka pi ceramah...
Ahli umno suka jom heboh..
Ahli pas berpakaian tutup aurat..
Ahli umno banyak berseluar pendek & ketat..
Ahli pas pejuangkan Islam...
Ahli umno pejuangkan sekular & bangsa..
Nak taip semua benda & perkara,
sampai lusa pun tak habis...
Ahli umno suka putar belit fakta..
Ahli umno silalah bertukar ke pas..
Org gila tak ngaku gila, yg dah Jadi kapir lagi la tak nak ngaku dia kapiaq
Kenapa lah bodoooooh sangat orang camnie.... Kan amanat tu menjelaskan macamana, bagaimana, kenapa kita boleh jatuh murtad...... Bukan galakan orang jadi murtad........ EhhhH bodohnya. Bahasa melayu simple pun tak paham. Patut lah yg sokong UMNOngok jenis orang bebal, bodoh, bahalol macam hang.
Catat Ulasan