11 Dis 2012

Musa Hassan Perlu Buat Laporan Polis Terhadap Ismail & Phang - Jingga 13

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mahu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang atas kesalahan jenayah.

Ketua Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa dalam satu kenyataan media hari ini menggesa bekas KPN Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis terhadap mereka berdua.

“Tindakan Phang dan Ismail adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas KPN, Musa Hassan seharusnya lebih memahami peraturan undang-undang negara.

“Musa wajar dipersalahkan sekiranya beliau gagal bertindak melaporkan kepada pihak polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh Phang dan Ismail,” Tegas Fariz.

Semalam Musa mendedahkan bahawa beberapa pegawai polis di Bukit Aman telah dipindahkan apabila tidak memberi kelulusan untuk projek pembekalan alat komunikasi mudah alih yang gagal bernilai RM1 bilion sekitar penghujung tahun 2008.

Beliau turut mendedahkan bahawa Phang menjadi juru runding di dalam projek dan bertindak sebagai orang tengah di antara pihak polis dan syarikat telekomunikasi tersebut.


Semasa sidang media semalam Musa mendakwa bahawa Phang mengugut untuk memindahkan pasukan teknikal polis dalam usaha mendapatkan kelulusan dan Phang juga menawarkan dirinya sebagai penasihat tetapi tawaran itu ditolak.

“Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

“Projek itu disub-kontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel,” kata Fariz. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg pelik pemerintahan skg...... (sudah tukar ka) belum (Jom tukar)

Tanpa Nama berkata...

"We want the police to take action with the evidence gathered for three days before we make a report today. DB Mall

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kalau sebenarnya beberapa pegawai tinggi itu yang memeras komisen.

Adakah pegawai tinggi punyai sijil bertauliah serta kelayakkan bidang telekomunikasi? Semua tahu pengalaman2 yang ada hanya kerasuahan bukan kejuruteraan.

Tanpa Nama berkata...

Penasihat SPRM terlibat seleweng wang
Ketua Polis terlibat jenayah.
Polis rogol orang.
Menteri rogol amah.
Menteri agama menipu.....

Orang yg sama claim nak bela rakyat.
Bela agama.
Bela bangsa.
mendahulukan rakyat..
5 tahun lagi dapat mandat jaga Malaysia : fikir sendiri la akibatnya


Tanpa Nama berkata...

Sila buat laporan Polis cepat - cepat, sebagai tanda you tak lagi mengikut orang - orang munafik dan orang - orang rasuah. At least kita dapat maafkanmu atas kesalahan menfitnah dan menggangu parti pembangkangkan semasa jadi KPN dulu. Or else kau sama sahaja dengan 2 orang yang yang kau sebut tu.

Tanpa Nama berkata...

Cakap saja tak guna, buktikan di mahkamah. Oleh itu buat repot segera.