3 Dis 2012

Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat


Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

“Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu.

Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku,” tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday.

Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.

Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

“Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini,” kata Vethaamoorthy.

Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya.

“Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ,” tambahnya.

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat “amat memalukan” dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zaman skrg di mana2 negara pun, bile hampir PRU, rakyat nak dgr apa yg parti ingin lakukan jika dpt mandat. meningkatkan ekonomi, mengatasi isu semasa, mengurangkan beban hidup, memperbanyakkan peluang pekerjaan dan lain2. camtu la nak pikat hati rakyat untuk undi.

Tapi si kak jat ni, masih mengulang skrip sama. dia ni ingat mentaliti rakyat skrg macam zaman 70-80an ke? cubaan membodohkan tu sebenarnya dah terbalik pada diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

biasa la,mereka sanggup meng'Anjingkan' rakyat terutama penyokong totok karat mereka dari sanggup masuk penjara,,ayuh pakatan rakyat,,kalo da pegang putrajaya,tubuhkan suruhanjaya bebas khas menyiasat kes
peyelewengan mereka..dan dedahkan kepada umum...mungkin memerlukan masa tapi hukuman tetap hukuman..

PokAmid berkata...

Dia fikir rakyat akan porak peranda macam NFC jugak la!!

Tanpa Nama berkata...

Tahap pemikiran dah maxima. Tak ada edia baru.Ibarat "surat khabar lama".Olih itu -ayuh humbankan BN fikiran yang dah berkarat ini tukar kepada pemimpin yang ada fikiran yang positif untuk membangunkan rakyat dan negara kedaya yang lebih bersaing.

Tanpa Nama berkata...

...begitulah ayat2 an perkataan yg keluar dari mulut org yg kelemasan..apa yg Izat kata sinonim dgn kenyataan Mahathir sbb yg nak buat kacaubilau ialh pihak yg kalah...tiada sesiapa yg hidup didunia ini mahu negaranya kacaubilau...hanya mereka yg hilang kuasa akan hilang pertimbangan(terutama kpd pihak yg tidak pernah kalah dlm pilihanraya)...fikir2kanlah

Tanpa Nama berkata...

Apa, dia ingat angkatan tentera, polis, FRU dll semuanya nak tengok saje ke? Itu namanya ugutan untuk menakut2kan rakyat yang lemah semangat.

Tanpa Nama berkata...

Kak Jad ni asyik main rekod lama.Khairi Jamaluddin pun dah tak berani nak cabut keris.Kad Jad tak fahamke ahli UMNO hanya ada lebih kurang sejuta aje tapi rakyat Malaysia (tolak UMNO) ada 27 juta.Cubalah bayangkan apa yang akan berlaku.Bangang punya mentaliti.

Tanpa Nama berkata...

Lembu sudah takut dengan kandang lembu

Mynun berkata...

mentaliti anak didik mamakdir,sebenarnya mereka2 ini yg takut kuasa mereka hilang,yg ahli2 umno pun kata biar mampus umno utk satu pengajaran buat pemimpin2 umno,namun kami ahli2 umno hanya ikut rentak yg tak ada berkepentingan lagi mana2 parti dlm malasia yg tolong melayu islam yg miskin dan rakyat bermasaalah....kita pasti sokong..