28 Dis 2012

Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah


Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.

Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.

GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.


Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waduh ringan pula hukuman makan rasuah untuk ahli UMNO. sepatutnya harta si perasuah mesti dirampas dan orang tersebut mesti dilucutkan warganegara dia barulah betul. Sebab dia sudahpun mengkhianat amanah yang diberikan.

Tanpa Nama berkata...

baru baca pertuduhan dan pengsan.. jatuh hukuman mau meninggal dibuatnya..kesian2..mana pemimpin ameno yg lain..xnk bela ke ???

Tanpa Nama berkata...

ini baru BILISnya.mana yang JERUNG serta RAKSAKSAnya.IBARAT irama dan lagu...RASUAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARI UMAT um NO dan B angkai N egara.
slogan SAPUU SATU MALAYSIA RAKYAT AKAN DIPERBODOHLEMBUKAN DAHULU.......
PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN memang jd
pegangan DULU KINI DAN SELAMAYA mereka.

Tanpa Nama berkata...

sendiri buat sendiri tanggung, sendiri buat sendiri yg dapat malu, masa makan rasuah tak rasa malu, bila tertangkap tau pulak malu, ish ish ish....padan muka.

Tanpa Nama berkata...

walaupun konon ikan jerung boleh terlepas dari hukuman dunia, mereka ini tidak akan terlapas dari hukuman dan azab dari Allah SWT tidak kira mereka ini dari pihak atau parti mana pun....dan itu PASTI, kerana Allah SWT tidak pernah memungkari janjiNya dari menghukum dan mengazab puak2 pengisap darah dan puak2 munafik yg selama ini tidak pernah takut dengan amaran dan peringatan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Dia dipenjarakan kerana dia sudah tidak berguna lagi kepada UMNO.

Osama berkata...

moral of the story,
kita tolak umno be end pd pru ke 13 nanti! kita martabatkan Najib jdi ketua pembangkang! kita bersihkan mlaysia dri gejala2 rasuah. kita bebaskan ulamak2 muktabar bersuara! kesiani org2 umno yg selama ni bergelumang dgn dosa rasuah, fitnah, khianat & hasad dengki. Pencenkan umno be end!
usah abaikan doa2
hancurkan umno
be end ko ko be end!
ko ko ko umno!
umno ko ko be end!
Justru itu maka kita tunjukan solidariti rakyat prihatin yg inginkan perubahan! jom kita ramai2 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pasca PRU ke 13 pd 12hb January 2013 di Stadium Merdeka! Kita realitikan 1 juta kehadiran utk beri isyarat kpd SPR agr usah jdi kaldai tunggangan umno!!

ambo D7 berkata...

Sayang sekali dengan tindaklan tuan ini. Bayangkan tuan kena meringkok dalam penjara 8 tahun kerana wang yang hanya RM2.80 satu jam ( selama 8 tahun )Hamba bukan baik sangat tapi dengan jumlah ciput niee eh eh tak sanggup hamba !