19 Dis 2012

[BERGAMBAR] Lagenda Tunjong Mercu Tanda Baru Kota Bahru


Lagenda Tunjong, yang dahulunya dikenali sebagai Kota Bharu Sentral@Tunjong, akan memulakan fasa pertama pembangunan bandar baru dengan CheSiti Village Mall di Kota Bharu, Kelantan.

CheSiti Village Mall merupakan bahagian pertama dimajukan dan akan menjadi pusat membeli belah paling unik di timur laut Malaysia, demikian menurut Tunjong Development Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan.

Pembangunan mega berkenaan akan dilaksanakan dalam tujuh fasa dalam tempoh lebih lima tahun.

Ia berkata reka bentuk terbuka itu akan menampilkan ciri-ciri modern bertemakan jalan pejalan kaki antaranya seperti jalan Kelantan, Malaysia, Antarabangsa dan Arabesque.

Fasa pertama pembangunan akan terdiri daripada lebih 200 kedai, butik, kafe unik, bistro dan kedai khusus yang terdiri daripada fesyen, kesihatan dan kecantikan hingga permainan, buku, peralatan sukan, IT dan peranti berkaitan.

Pusat baharu itu juga menawarkan lebih 300 pangsapuri, yang berkeluasan antara 600 dan 1,500 kaki persegi dengan pilihan dua dan tiga bilik tidur yang yang termasuk unit annex satu bilik tidur, ideal yang bujang atau pasangan yang tinggal dengan anggota keluarga, kata kenyataan itu.- Bernama

Lagenda Tunjong, Kota Bharu

Lagenda Tunjong, Kelantan, is a 7 year joint venture with Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) and Urban Developer, Sara-Timur.

The Lagenda Tunjong urban development will introduce a new destination for Kota Bharu that will create a whole new unique experience for shopping, living, cultural, work and leisure pursuit.

This project is envisaged to set the momentum and propel the sustainable growth of Bandar Baru Tunjong into an exciting destination of international significance.

- sara-timur.com








8 ulasan:

NurWangi berkata...

Serancak manapun pembangunan, UBN masih menganggap Kelantan 'ketinggalan zaman'. Itulah sebenar-benar kebodohan yang nyata!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, meskipun agak lambat, tetapi terus melangkah maju sesuai dengan keupayaan yg dimiliki, Yg pastinya tiada skaldal dan penyelewengan,

Manakala projek Jambatan Sultan Ismail , gah beritanya, nampak drastik perasmiannya, lambat gak siap dan penuh dengan skandal.

Inilah beza kualiti kerja dua kerajaan yg terbina dari dua parti yg bertentangan dasar. Islam menjadikan Kerajaan PAS / PR Kelantan dihormati, disegani kawan dan lawan dan rakyat hidup dlm limpahan berkat ILlahi.

Insya ALlah hancur umnoapco! Tumbang Be eNd!

Tanpa Nama berkata...

Inilah bezanya antara janji kerajaan PAS dengan janji yang dibuat oleh UMNO. Setiap kali PAS membuat janji dengan rakyat dia mesti mulakan "alhamdulilah jika diizinkan oleh Allah" atau seumpamanya, menunjukkan PAS berjanji dengan cara merendahkan diri dengan rakyat. Kalau UMNO pula, setiap kali dia berjanji dengan rakyat, dia berjanji dengan cara cukup sombong dan angkuh seolah - olah dia lebih berkuasa macam firaun. Ingat Orang munafik adalah orang tidak boleh berpegang pada janji. Fikirlah sebelum anda mengundi pada PRU akan datang.

Unknown berkata...

Sdr, Admin dan NurWangi

Mereka berbohong dengan orang luar yang tak pernah jejak Kelantan bolehla!

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah merahmati Kelantan & semoga Kelantan terus membangun bersama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kwn x nampok jalan ameno nak ambik Kelantan. Mintak2 la negeri kwn Pahang ni pun ameno jatuh jgk

Tanpa Nama berkata...

Yang sedihnya yang mengutuk Kelantan terdiri pemimpin2 UMNO Kelantan sendiri termasuk Raja Katak.

Kalau pembangunan mencanak naik dan dimiliki majoriti bukan Melayu buat apa. Kalau secara perlahan Melayu sempat mengejarnya untuk menandingi bukan Melayu.

Jangan jadi seperti Johor di mana penempatan Melayu dalam bandar raya Johor Bharu semakin terpinggir. Maknanya Melayu diusir secara halus.

Tanpa Nama berkata...

Kelate hebat...ambe rakyat ganu kagum ngn pmbgunan kelate...nk banding ngn ganu jauh beza weh!!kaye minyok tp nape ade?stadium runtuh dok beki lagi!berat nanang!!