30 Dis 2012

Bekas Tentera Bakal ‘Serbu’ Syarikat Yang Bayar Kepada Deepak

PPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu.

“Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama.

Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.

Namun, dana Bakti Wira dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.

Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik.

“Ini lebih teruk daripada bail out,” katanya.

Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd.

“KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang,” katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.

“Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan,” kata Rafizi. -KD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Rafizi krna berani, ko menolong mereka2 yg selama ni ditipu.. smuga Allah beri mu & lain2 pejuang keadilan kekuatan & istiqamah.
Berjuang ke arah kebenaran mmg bnyak rintangan & halangan, mcm Rasulullah & para anbira, ulama2 yg telus, as sahid Hasan Al Bana dll. Kita yg x dpt buat spr tu, mampu berdoa, menyokong, tolak UMNO haramjadah sangat lah ok

Unknown berkata...

Lagu versi baru anak kecil main api tak perlu tumpahkan air mata, boleh nyanyi dengan penuh semangat dan penuh keinsafan.zaman sudah berubah dahulu lagu disebut dikarang kerana rakyat dijajah oleh British, realiti skrg rakyat dijajah oleh pengkhianat2 bangsa sendiri yang Brainwash dan oriented pemikiran rakyat dengan media yang dikuasai mereka untuk menutup rompakan yang dilakukan oleh golongan elit bangsa sendiri.

Pimpinan UMNO Khianat Rakyat
(versi zaman terkini bg gantian lagu anak kecil main api)

Pimpinan UMNO khianat rakyat
Penuh poket duit beratus juta
Komisyen, Rasuah, Nepotisma menjadi amalan
Bumi dipijak milik tauke, kroni

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta-benda
Akibat Tamak haloba dan rasuah
Cinta harta lenyapkan bangsa

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke poket tauke, kroni
Rakyat terus ditindas, kerja wajib 60 tahun

Jangan buang waktu lagi
Hutang negara lebih 550 billion
Hapuskan rasuah, Bayar hutang negara
Tukar kerajaan, pilih PR

din berendoi berkata...

Woi ayah ibu ;
Hang punya lagu lintang pukang, belasah ikut suka hang saja TETAPI senikata penuh bermakna, janji mesej sampai... kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

ayuh, bekas2 tentera, tunjukkan keperwiraan mu, penat lelah menabung dan berbakti tetapi tabung telah ketirisan, mengapa tabung bekas tentera yg bocor, mengapa dan mengapa ...siapa yg perlu di selamatkan..rakyat atau kroni.