Batu Pahat: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.
Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.
Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.
Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).
(Gambar: Haji Ramlan), Bekas Pengarah Pelajaran Johor
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
11 ulasan:
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
alhamdulillah serta hidayah ALLAH.se-
moga semua terus bersama HANCURKAN ke
bobrokan um NO/b end@PARASIT B arua N
gara/B angkai N asional.walau ia drp
bekas-bekas pegawai@golongan mana se-
kalipun ia akan memberi BEKAS BESAR pd mereka yang mengkhianat amanah agama rakyat dan negara.insha allah.
tiada yg kekal hingga akhirat melaink
ALLAH DAN KERAJAAN AGONGNYA.
Pembetulan: Bukan Hj Mohd Sais Joned tetapi Hj Mohd Said bin Joned.
TAHNIAH CIK MAT.YANG LAIN TU TUNGGU APA LAGI.DAPAT SURAT PENCEN TERUS ISI BORANG AHLI PAS.
ALLAHUAKBAR!!
Syabas kpd bekas2 pegawai ini....Malah ramai lagi yang belum menyertai tapi tetap akan memberi undi....
org dah pencen, kalau yang menerima hidayah, tuhan buka hati, tuhan bagi nur, dia akan berhijrah ke PAS. Tapi kalau yang tak terima hidayah tu, sampai ke lubang kubor pun tak berubah. Hati keras bedi untuk terima nur!!
Yang benar-benar namanya manusia; tidak dapat tidak sebenarnya mahukan kebenaran mahukan keadilan tetapi kekadang atas sebab kepentingan peribadi, jati diri menjadi lemah. Namun akhirnya yang benar-benar bernama manusia akan kembali mencari yang Terbaik pada penghujung perjalanannya !
Alhamdullillah !!
Cukuplah menghambakan diri pada Manusia untuk harta dunya yang tak seberapa, Ghaddafi pun dah meninggal dunia, Mubarak tengah tunggu time kot...
Umur sudah lanjut, panggilan kubur semakin kuat. Eloklah taubat sebelum terlambat...darah daging duit rasuah kuat dalam badan sehingga ke anak cucu, susah juga hendak menjawab nanti.
Puak UMNO tidak hairan dengan kemasukkan mereka ini mejnadi ahli Pas sebab tidak ramai pula ahli yang tahu latar belakang mereka sebelum menjadi ahli Pas dan apa yang emreka buat dan lakukan untuk menjadi usahwan yang bergelar 'Ahli Koperat'
Elok juga mereka menjadi ahli pas sekurang nya tak payah bersusah payah pemuda lujnah membuka kopiah puti atau membawa tabung tin mengutip derma keran mereka-mereka ini sedia mengeluar jumlah wang yang besar asalkan dapat bernaung dibawah payung syurga Pok Nikk.
Mudah-mudahan taubat semua ummat diterima...
Ramai yang sudah insaf dan sedar, cumanya hanya sedikit yang berani menzahirkannya. Yang lain mahu menzahirkannya di peti undi. Umno/BN tungguuuuuuu....
INSYAALLAH KITA TAWAN JOHOR DAN PUTRAJAYA, TAKBIR.....
Yang berkhidmat dengan kerajaan terikat dengan AKU JANJI. Bila dah pencen dah tak terikat dengan AKU JANJI lagi.
Catat Ulasan