6 Nov 2012

Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah

Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.

Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.

“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

“Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan,” jelas Rafizi.

Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah.

“Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan,” tegasnya.

Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13.

Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.
-mk



Ulasan GB

Seperti kata Rafizi:

Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?”

Apakah kerana pemimpin Sabah sudah terhidu bahawa laporan SPRM yang dilakukan oleh Rafizi bakal menjerat mereka, maka sebab itu wang RM40 juta dimasukkan ke akaun UMNO Sabah bagi menjustifikasikan dakwaan bahawa wang tersebut sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah bagi mengelakkan dari siasatan SPRM?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka cuba menipu rakyat dan sekalipun SPRM enggan untuk melakukan siasatan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Secepat - cepat UMNO Sabah masuk RM 40 juta ke akaun UMNO Sabah akhirnya terdedahkah juga di tangan rakyat yang akan disebarkan melalui blog, twiter dan facebook tidak lama lagi. Dedah jangan tak dedah biar rakyat M'sia tahu muka sebenar UMNO ini dihadapan rakyat M'sia.

Tanpa Nama berkata...

Sprm ni kje dia tangkap ikan bilis yang bagi rasuah 1000 kebawah je..klu kes mcm tu mmg diorg blh siasat smp ke lubang cacing..maklum la ikan bilis..tapi kes profil tinggi ni..sprm pun kena ngap dgn jerung tu..hehehe..nasib baik aku x kje dgn sprm..malu la woi dgn uniform,slogan yang korang pakai tu..!!!

En Putat berkata...

Umpama perompak yang dah tertangkap memulangkan hasil rompakan....kesalahan merompak tetap telah berlaku...apa ingat rakyat bodo macam unmo?

andre irwan berkata...

kalaulah SPRM nak siasat, dah tentu boleh cekup puak ni. Mudah aje. kan ada tranksasi berlaku, tarikhnya, amaunnya, dari akaun mana? TETAPI maukah SPRM berbuat sedemikian? Haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya sebelum wang RM40 juta dimasukkan ke dalam akaun UMNO Sabah, wang tersebut disimpan dalam akaun siapa?

Cuba kita fikirkan sejenak masalah ini. Seseorang terima rasuah. Apabila dia tahu pihak berkuasa sedang menyiasat kes ini, dia pun hantar balik wang tersebut kepada pemberi. Adakah kes ini tidak dikira kes rasuah lagi dan boleh tutup kes? Yang jelas kes ini tidak boleh ditutup malah perbuatan memulangkan balik wang rasuah tersebut merupakan bukti yang kuat bahawa ia terima rasuah. Ini keterangan (bukti) yang kuat untuk di bawa ke mahkamah.

Dalam kes RM40 juta ini, perbuatan rasuah/salah guna kuasa/penyelewengan sudah berlaku, hanya masalah mahu siasat atau tidak, mahu dakwa atau tidak. Cuma kita harap pendakwaan dibuat supaya berlaku adil kepada tertuduh yang lain kerana kesalahan kes yang sama telah berlaku.

Di mana prinsip integriti dan nilai-nilai murni yang dilaungkan selama ini? Pikullah amanah dengan adil dan saksama.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah penyamun dan perompak tu, gitu la jadinya

Tanpa Nama berkata...

aku rasa payah sprm nak siasat. mereka nak jaga periuk nasi mereka, mereka teringinkan pingat datuk, datuk sri, tan sri, tun. kalau mereka menungkah arus sampai pencen pun mereka tak kan d rekomen kan pingat2 tersebut.maka nya sprm tu lebih kurang "serkap pesalah rakyat marhaen" saja le . percaya lah cakap gue. gua tabik spring jika sprm hadapkan musa, nazri,chia,ank nazri kemahkamah.

Najib Bini Rosmah berkata...

Mak lembu dengan bapak lembu serta anak-anak lembu...

Bila la nak kena lokap?

Ni mak bapak lembu taraf dewata jerung....

BAFIA da bicara - LEMBU membisu....

ayah berkata...

mcm mana sprm nak gerak utk menyiasat perasuah umno kerana tengkok dia dipegangkan oleh menteri2 umno tu..
hanya tumbangkan umno baru sprm jd jantan..xnak menikus didepan umno/bee end skrg ni

Osama berkata...

Ya beda bedu Umat Melayu Naif Otak sabah dpt 40 juta! Bravooo brambus Be End!

Bombo berkata...

Hair toyol pun belum masuk penjara mak bapak lembu pun sprm membisu,inikan pula nenek rasuah berpangkat datuk seri,ini semua utk mentebeliakkan biji mata rakyat,kes disiasat namun tak ada unsur2 rasuah,hanya terdapat d 1malasia dlm dunia je MALAYSIA BOLEH!!!YG MENGHAIRANKAN RAKYAT SATU HARI UMNO BOLEH BERKUASA D DUNIA...tak apa undi saja umno biar dgn kita ni akan terlingkup..hidup najib...

Bombo berkata...

Hair toyol pun belum masuk penjara mak bapak lembu pun sprm membisu,inikan pula nenek rasuah berpangkat datuk seri,ini semua utk mentebeliakkan biji mata rakyat,kes disiasat namun tak ada unsur2 rasuah,hanya terdapat d 1malasia dlm dunia je MALAYSIA BOLEH!!!YG MENGHAIRANKAN RAKYAT SATU HARI UMNO BOLEH BERKUASA D DUNIA...tak apa undi saja umno biar dgn kita ni akan terlingkup..hidup najib...

Tanpa Nama berkata...

lembu-lembu BN mana tahu guna wang...

Tanpa Nama berkata...

SPRM lagi dan amat besar dosanya drp Menteri2 umno yg rasuah....juga berdosa kpd semua pesalah rasuah yg telah ditangkap dan didakwa...krn mereka tdak berlaku adil...harap2 mereka dan kita d beri petunjuk oleh yg Maha Esa...amin....