Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.
“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu.
“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.
Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.
“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.
“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.
Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.
“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.
“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.
Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.
Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang
5 ulasan:
kerajaan barisan nasional manjakan sangat pendatang indon sampai mengadai negara. program pemutihan, cow kit jadi bandar indon, rakyat tempatan berniaga cepat saja dewan bandaraya kejar, indon berniaga secara haram pejam kedua belah mata.
Kita jangan ada mentaliti bahawa Rais Yatim mesti dihantar penjara atas kesalahan dia. Kita ikut cadangan DSAI iaitu kalau PR menang hantar Najib jadi Duta Mongolia, jadi kita hantar juga Rais Yatim jadi Duta Indonesia dan Musa Aman untuk jadi duta Hong Kong. Kan Senang???
Wak yakin ini kes akan tutup begitu saje macam ke Rahim anak Tambi tu juge.
alhamdulillah moga kebenaran terdedah jua ,ABU jangan lupa !
Kebenaran Kat Malaysia nie tak akan kita tgk selagi UmNO parti syaitan yg telah mereka sendiri akui memerintah.. Yg dok kena rakyat bawah je.. Lu pikir la sendiri...sejarah dah membuktikan semua tu..
Catat Ulasan