23 Nov 2012

ADUN UMNO Keluarkan Kata Lucah Dan Seksis Dalam Dewan

ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli.

Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong.

Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan.

"....(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi.

Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer.

Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya.

"Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah.

"Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah.Ini Umno-BN," kata Wong.

Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa.

Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak ajaran CSL sudah menelur ke dalam orang melayu UMNO sendiri.

Tanpa Nama berkata...

memang ADUN UMNO taraf dan perangai "binatang"!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat kebodohan Mat Isa nie, konon nak tunjuk jaguh lah dalam Persidangan Dun, rupanya tertunjuk kebodohdan yang amat sangat. Sapa lah yang pi beri undi dekat enko nie haa? Apa punya turr hang nie!! Bikin malu sama orang Melayu sahaja. Kalau tak ada modal tu duduk diam2, bahalol!

Syhasnan.

Tanpa Nama berkata...

Datuk, you buat malu bangsa Melayu aje. Masya'Allah, umat Melayu sudahlah sikit tetapi jika pemimpin Melayu benggap bahalol sembab dan lembap, buat habis beras aje mak bapak kasi makan siang malam. kalau tak mampu nak jadi pemimpin Melayu berkaliber, bagi ajelah pada Melayu lain.

GEBU berkata...

Tengok muka pun kita dah tau Mat Isa jenis Melayu bodoh dan bengap.
Kamu tunggu aje PRU13 nanti tentang kedudukan kamu. Kalau dah rasa diri tak layak jadi ADUN, letak jawatan je jangan tunggu sampai orang kutuk.

GEBU berkata...

Tengok muka pun kita dah tau yang Mat Isa ni merupakan ADUN yang bodoh dan bengap.
Tunggulah PRU13 nanti sama ada dia ni layak atau pun tidak. PRU12 dulu orang Melayu masih bodoh kerana diperbodohkan oleh UMNOngok.

Tanpa Nama berkata...

ADUN yang takde "kelas"- Leceh dan hina.